Powered By Blogger

Monday, May 16, 2011

Susah Sangat Ke Nak Bagi Solat?

Solat fardhu lima waktu sehari semalam. Tu perkara kedua dalam Rukun Islam selepas mengucap syahadah. Dikatakan bahawa ketika diakhirat kelak perkara pertama yang akan disoal oleh Yang Maha Esa adalah solat. Jika sempurna solatnya insyaAllah sempurnalah juga amal ibadat yang lain.

Hari ini berapa ramai antara kita semua yang solat fardhu cukup lima waktu sehari semalam? Tanya diri kita. Berapa ramai yang solat tepat pada waktunya? Tanya diri kita. Berapa ramai yang solat berjemaah? Tanya diri kita. Aku pernah mendengar bahawa hanya seramai 20% golongan remaja di Malaysia ini yang solat fardhu cukup lima waktu. Jika benarlah statistik ini dinilai dengan menggunakan kaedah pemantauan 100% dalam kehidupan para responden yang terpilih. Tapi macam mana pula dengan bakinya?

Aku bukanlah seorang Islam yang betul-betul sempurna. Tapi sedari kecil lagi terutama sekali dengan arwah nenek aku, aku diajar supaya solat dengan sempurna dan cukup lima waktu walau macam mana sekali pun. Alhamdulillah aku dapat ikutinya walaupun kadang kala agak tersasar dan terpaksa solat di hujung-hujung waktu atau pun dalam keadaan tergesa-gesa terutama sekali bila bekerja sementara.

Sepanjang pengalaman aku pernah bekerja sementara ni sejak dari lepas SPM dan juga masa cuti semester waktu aku buat diploma dulu aku tak nafikan ramai majikan-majikan dan supervisor-supervisor yang susah nak bagi solat pada staf-stafnya terutama sekali solat Jumaat. Banyak cerita dan pengalaman dari kawan-kawan aku yang aku dengar dan hampir semuanya tak enak tentang hal ni. Contohnya untuk solat Jumaat. Ada kawan-kawan aku yang pernah terpaksa solat Jumaat mengikut giliran. Minggu ni dia, minggu depan orang lain. Kadang-kadang tu sampai sebulan dan lebih lagi tak dapat nak pegi masjid untuk solat Jumaat. Bila dapat pergi pun bukannya dapat pergi dalam keadaan cool dan releks tapi pergi dalam keadaan tergesa-gesa. Khutbah Jumaat jangan cakaplah memang tak pernahnya dapat dengar penuh. Selalu sampai masjid pun masa dah nak abis khutbah. Terukkan. Itu aku pernah lalui dan aku lalui dalam keadaan aku kerja sementara. Macam mana dengan diorang yang kerja tetap kat situ? Itu baru hal solat Jumaat belum lagi masuk hal solat fardhu.

Sebagai contoh kalu seorang tu kerja di kedai dalam shopping complex. Bayangkan nak pergi surau yang selalunya memang tersorok dan kadang-kadang susah nak jumpa pun dah amik masa lebih 10 minit (bergantung pada jarak kedai tempat kerja tu dengan surau) Pastu nak amik wuduk lagi, nak mulakan solat lagi. Solat pun buat yang wajib saje. So memang waktu yang perlu adalah lebih kurang 15-20 minit. Supervisor ni mana suka kalu dah anak buah keluar lama camtu. Kadang-kadang setengah tempat yang ada toilet dengan stor tu bolehlah kot dijadikan sebagai tempat untuk solat dan selalunya tempatnya memanglah sempit. Kalau sape yang pernah kerja di Parkson, memang ada ruang solat yang kira ok untuk staf dia dan ini memang boleh dipuji. Tapi macam mana pulak bagi yang kerja di kiosk jualan? Aku pernah kemukakan hak aku untuk diberi peluang solat Jumaat setiap minggu dan aku sendiri pernah berjumpa dengan bahagian personel di supermarket tempat aku pernah keje dulu. Aku dapat hak aku tapi aku tak dapat elaun kehadiran sebab alasan aku pergi solat Jumaat lebih dari sejam waktu rehat. Takpelah apalah sangat elaun tu dengan benda wajib ni.

Sometimes ada setengah staf yang amik kesempatan melepak dan tido kejap dengan guna alasan solat dan sebab tu ada setengah supervisor dan majikan yang tak bagi staf diorang solat. Ini memang satu keje yang tak patut dan memalukan. Gunakan agama dalam masa yang sama untuk kepentingan diorang. Aku memang tak suka orang camni serius sangat-sangat dan sebab malaun-malaun jenis camnilah yang menyusahkan orang-orang yang betul-betul nak solat.

Malaysia ni negara Islam tapi kes macam ni tak pernah nak selesai. Maybe setengah majikan je yang peka dengan benda ni. Tapi majoriti? Memang diakui yang ekonomi di Malaysia ni bukan Islam yang pegang tapi malang kan sebab yang Islam ramai yang taknak sedarkan benda ni sesama mereka untuk diperjuangkan. So tak heranlah bila statistik kata 20% sahaja yang solat lima waktu bila dah jadi macam ni. Kita ni macam pandang remeh soal solat yang sebenarnya tak lama dan mudah jadi sebab tu lah majikan-majikan ni tak heran pasal benda ni. Semuanya dari sikap kita sendiri. Mungkin sebab kita sendiri yang tak solat jadi sebab tu ramai pekerja Islam di shopping complex, supermarket, restoran makanan segera dan banyak lagi yang tak solat Jumaat. Solat fardhu lain? Aku taknak cakap dan nilai pasal itu bukan hak aku. Sedih sebab benda ni berlaku di negara kita. Aku harap sangat-sangat kerajaan pantau perkara ni dengan serius. Aku mohon sangat-sangat. Dan kepada semua Umat Islam aku pesan dan ingatkan benda ni kat diri aku dan kita semua. Walau macam mana sibuk dengan susah sekalipun janganlah kita abaikan solat kita. Kerja yang kita semua dapat ni punca rezeki kita yang Allah bagi. Jadi korang dan aku jangan lupa benda ni. Aku percaya hidup dan kerja kita akan lebih berkat kalau kita pentingkan solat fardhu kita. Moga kita semua dirahmati Allah…amin