Powered By Blogger

Saturday, September 24, 2011

Sistem Yang Kita Lalui...

Assalamualaikum...






Golongan muda pada hari ini kesemuanya berlumba-lumba melebarkan sayap ruang dalam hidup masing-masing dengan hati yang senang. Ada yang hendak menjadi jutawan, ada yang nak skor tinggi-tinggi dalam exam lepas tu masuk ipta, ada yang nak kawen dengan anak vip, ada yang nak hidup ala kadar tapi selesa dan ada juga yang tak mendapat tempat dalam masyarakat dan kumpulan ini disempitkan ruang hidup mereka. Pun begitu fokus saya pada penulisan kali ini lebih ke arah kumpulan yang nak ke ipta.

Sudah ditetapkan sedari kita mula boleh berkomunikasi dengan ibu bapa ketika berusia 4 tahun minda kita sudah ditanam dengan penetapan persoalan cita-cita. Besar nanti nak kena jadi doktor, engineer, lawyer, pilot. Persoalan ini semakin kukuh bila kita mula mendafrkan diri kita ke sekolah ketika berusia 7 tahun. Perasaan kita untuk melebarkan 'harapan' ini bermula dengan rasmi dan kita diajar A, B, C.....1,2,3.....dan seterusnya. Minda kita kemudian didoktrin dengan persaingan akademik (artikel sebelum ini) di mana kita mula berebutkan nombor keramat itu. Waktu ini akan timbul perasaan bangga dan hebat dalam diri dengan kita mula berpegang pada prinsip 'siapa dapat dan siapa hebat dia punya' ataupun dalam kata lain perasaan 'keakuan' mula meracuni minda kita. Siapa yang dapat nombor keramat itu dia disorak, dijulang, dipuji. Siapa yang tidak dapat atau lebih tepat lagi berada di penghujung persaingan ini dihukum dan lebih teruk dihina. Saya pernah melihat bagaimana rakan sekelas saya ketika itu mendapat nombor akhir. Rakan saya itu diperli, dihukum ketuk ketampi di hadapan bilik darjah dan ditertawakan. Dia menangis, sedih, malu manakala saya dijulang, dipuji ketika itu. Tapi timbul dalam hati saya yang kosong ketika itu kenapa dia diperlakukan sedemikian sedangkan dia tidak bersalah mahupun berdosa. Dia mula memberontak dan membenci sekolah.

Berbalik kepada tajuk hari ini, saya tidak nafikan, bagi yang mendapat nombor satu maka dia akan mendapat satu keistimewaan di mana cikgu akan sentiasa memujinya, melebihkannya dan mendapat layanan yang manja. Ini mengikut susunan kedudukan. Kalu ditengah dilayan secara separa sahaja. Tak lebih dan tak kurang. Ketika ini siapa yang mendapat kedudukan lebih baik akan berusaha untuk mendapat perhatian cikgu dan di sini budaya mengipas a.k.a membodek pun bermula.

Di sekolah pengkelasan murid berlaku. Bagi yang memegang jawatan seperti ketua tingkatan (kelas atas) akan dipandang tinggi cikgu. Bagi yang memegang jawatan pengawas (pembantu guru) maka dirinya akan dilihat sangat cool dan hebat dengan murid-murid lain akan mengecop mereka balachi cikgu. Keadaan ini bertambah advance di sekolah menengah di mana saingannya lebih hebat. Tiadk cukup bagi seorang pelajar itu mendapat nombor keramat saja jika tidak mempunyai pakej-pakej tertentu. Pakej-pakej ini bergantung pada penerimaan awek-awek. Ada yang suka jenis melawan cikgu, ada yang suka jenis taat pada cikgu dan menjadi pembaca doa yang mampu meruntunkan hati awek-awek tudung labuh di sekolah dan ada yang suka jenis macho dan stylo dan ada yang suka jenis fly. Sebabnya? bagi mereka ianya cool jika dipenuhi pakej-pakej di atas.

Perspektif pelajar ketika di tahap ini lebih meluas. Ada yang target nak skor tinggi dalam spm, ada yang nak dapat awek cun, ada yang nak jadi paling gangster, nak jadi atlet terbaik dan macam-macam lagi. Kemudian bila musim peperiksaan bermula maka di sini ramailah cikgu-cikgu yang jadi seperti pak belalang mahupun nostradamus dengan meramal soalan-soalan peperiksaan yang bakal keluar. Latih tubi dibuat bertalu-talu dan jika soalan exam yang diramal keluar dengan tepat maka cikgu tersebut akan dicop cikgu yang cukup hebat dan cool. Ketika ini kesemua pelajar-pelajar ini tidak ubah seperti sebuah Canon Copier.

Kemudian bila exam SPM habis dan keluar result maka cano copier yang paling hebat akan mendapat pujian melangit dan berhujan-hujanlah tawaran ipta dan oversea serta scholar yang datang. Yang biasa-biasa akan mendapat tawaran-tawaran ipts, vokasional dan lain-lain manakala canon copier yang paling slow bolehlah bersiap sedia untuk apply kerja di Tesco, Econsave dan McD, kedai baju dan lain-lain. Tapi bagi canon copier terhebat ni ramai antara mereka yang dapat pergi oversea ni hancur, tak boleh bawa diri dan berjalan di sana sebab pelajar di sana rata-rata bukan menjadi canon copier. No wonder ada yang kena rogol dalam kelab dan jadi pelacur.

Bagi canon copier yang dapat ke ipta maka bermulalah life yang baru. Orang kata students life. Ketika mulanya minggu orientasi (minggu membeku minda) maka di sini mereka akan dibrainwash, diajar mengenai birokrasi (isi form hostel kat sana ea...kena ada ni..bla-bla ea...bayaran ni ea.....) diajar mengenai bersorak, senam robik, enjoy dan bergumbira, fahaman politik racist, jerit pekik ketua pemuda pemudi sehingga penat dan tido sehingga mereka lupa apa sebenarnya makna sebenar ipta tu.

Then bila minggu tu berlabuh maka bermulalah kehidupan mereka sebagai seorang canon copier yang berjaya. Apa yang diluah lecturer dicatat, tips dicopy dan direbus dalam minda untuk disalin di dewan exam. Sebagai tambahan asignment diberi dan diberi juga dateline. Inilah rutin harian ketika bekerja kelak dimana bos bagi ketja dengan dateline. Kena siapkan dengan cara yang dibagi dan tak boleh fikir benda lain. If not anda akan dibarred dari exam.Asignment mestilah ikut kriteria dan juga kepala pengajar jika tidak F la gred anda. Segala kreativiti dan idea anda tidak diterima.Inilah masalahnya bila ramai kangkung dari yang tulen di dalam ipta.

Bagi yang meminjam, ketika minggu duit masuk maka ramailah diantara anda yang sorak sorai gembira seolah-olah kerajaan memberikan anda bonus. Dari yang asal makan megi mula ke McD. Belanja awek dan berjoli sakan disamping menyambar moto idaman dan buat muka kereta. Semuanya exited especially yang first time pegang duit banyak padahal pinjam (secara teknikalnya pinjam walaupun itu sebenarnya duit rakyat dan ia mesti diganti semula nanti dengan bunga yang disediakan supaya cukong dan menteri kaya)

Kemudian setelah tamat 3,4 atau 5 tahun bertapa di ipta anda semua akan diberikan jubah dan topi petak serta segulubg kertas dengan bertulis saya telah belajar dengan sistem ini maka saya layak menjual kertas ini untuk mendapatkan kerja. Maka bersorak dan bergembiralah semua orang ketika itu. Kita pulak bolehlah mengenal calon-calon isteri.

Kemudian harapan baru disemai dengan masing-masing nak beli kereta, rumah, dan kawen. Semuanya jemput kawan-kawan baru dan lama dengan Facebook, Myspace, HP dan lain-lain.

Kemudian barulah kehidupan sebenar yakni kehidupan bersistem bermula. Bangun seawal 5.30 pagi bersiap ke tempat kerja, menempuhi jalan jam. Sampai ofis, tempat kerja bos bagi taklimat dan target. Kalau sampai lambat tempat kerja kena maki. Kalau kerja lebih masa dan balik lambat isteri syak ada skandal. Hidup menjadi lesu dan penat demi mengejar sekeping kertas yang dipuja. Dalam sistem ini tidak kira sama ada degree, master atau phd anda harus menurut perintah walaupun bos anda sebangang Bush.Maka dari kecil cita-cita nak dapat kerja best - akhirnya jadi hamba sistem.Tapi oleh kerana desakan kehidupan - kena beli tv,beli perabot,beli blender,beli dapur,beli beras - semuanya kena beli - kenalah terus menghambakan diri.


Dari kecil kita diajar untuk mengikut sistem penghambaan secara intensif ini.Siapa jadi hamba paling setia dia yang paling baik.Untuk menambahkan aksesori seorang "hamba sistem" yang baik dan berjaya,kereta besar atau rumah besar menjadi rebutan.Untuk lebih berjaya menjadi hamba sistem,pembodekan dan pengipasan punggung perlu dilakukan.Buat kerja mengikut arahan - pasaran.Tiada kreativiti.Tiada demokrasi - yang ada cuma angan-angan dan mimpi.

Rumusannya.....Di sini
Kadang-kadang tujuan membuat universiti ni dah lari dari tujuan asal - untuk mewujudkan golongan yang berfikir.Sekarang tujuan universiti adalah bertujuan untuk menyokong kerajaan,bertujuan untuk mencipta pasaran kerja untuk hamba tebusan kapitalis,bertujuan untuk bersuka-ria dan berhibur dengan hiburan karnival asrama,dan bertujuan untuk mengaut keuntungan dengan menindas pelajar (ada ura-ura mengatakan junior baru ipta saya yang berstatus anak yatim piatu hanya berbekal pinggan dan cawan serta baju beberapa helai ke sini dan masih tidak mendapat sebarang bantuan)

Bagi saya kepandaian seseorang tu bukan terletak kat berapa banyak "A" yang dia dapat dalam SPM,tapi kepandaian orang terletak kat macam mana idea dia boleh mempengaruhi orang lain.Seorang tukang kayu yang pandai akan mengkagumkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.Seorang perompak yang genius juga mampu memberi inspirasi kepada kutu-kutu berahak ni untuk melakukan perkara yang sama.Itu baru pandai.

Sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan peperiksaan.Siapa dapat jawab soalan dengan betul(betul dalam kehendak soalan,kehendak pemeriksa dan kehendak skema jawapan) bermakna dia pandai.Siapa yang tulis soalan?Siapa pemeriksa dan siapa yang buat skema jawapan?Itu kita kena check sebelum mengiktiraf seseorang itu genius.

Ingin saya katakan disini,nama tokoh-tokoh besar seperti Alexander Graham Bell,Thomas Jefferson,Ibnu-Sina,Voltaire,Che Guevara,Vladimir Lenin, Robert Owen - mereka ini tidak pernah masuk universiti. Cuba-cuba cari berapa CGPA Edison?Berapa kali Che Guevara dapat anugerah Dekan?Berapa "A" Albert Einstein dapat masa sekolah dulu?

Kebanyakan orang di Malaysia sekarang belajar,pergi sekolah,pergi universiti sebab NAK DAPAT KERJA BEST.Pakai necktie,kasut kulit,lepas tu cita-cita nak bawak kereta BMW,Mercedes,nak kahwin model. Mana niat asal pergi belajar yang Allah berfirman "Iqra bis mirabikal lazi kholaq" tu? Tujuan kita belajar bukan nak dapat kerja best.Tujuan kita belajar sebab NAK DAPAT ILMU.Bila ilmu dah diniagakan macam kat Apex University,bila universiti itu dijadikan satu privilage, dan bukannya hak semua orang untuk belajar - maka wujudlah mentaliti materialistik ni.

Realitinya kapitalis benar-benar mencengkam hidup kita sehinggakan hak-hak kita diniagakan seperti pendidikan. Maka tidak hairan ramai antara kita yang baru jer nak mulakan kehidupan selepas tamat pengajian dah berhutang berpuluh ribu. Hutang ni akan terus mencengkam kita sehingga akhir hayat kita. Tak bayar maka tunggulah hukuman mahkamah. Walhal kita ni belajar dan bukannya pergi beli kereta. 

Impak dari sini juga maka kini sudah begitu banyak institusi hak masyarakat hendak diswastakan atas alasan peningkatan kualiti. Ini telah menyusahkan kita semua. Bayangkan sedikit masa lagi jika pendidikan rendah dan menengah mula diswastakan sedikit-demi sedikit. Selain itu modal insan yang dilahirkan terbeban dengan belenggu arus kehidupan yang semakin moden dan mencabar. Tuntutan hidup semakin tinggi. Kita semakin lupa untuk membantu orang lain (kita asyik fokus pada akademik untuk mengejar matlamat dan cita-cita dan yang tertinggal tu macam mana?). Siapa yang tertinggal dalam sistem ini maka hidupnya sengsara.

Bagi yang rasa dirinya hebat bila memiliki segulung kertas tu kita kena ingat, kita belajar tinggi mana pun, kita tak pandai sebenarnya. Sebenarnya kita hanya MEMINJAM ILMU YANG TUHAN BERIKAN. Kita punya ilmu ni,banding dengan Tuhan,macam setitik air di lautan je. Kita tak pandai, kita hanya mesin canon copier je. Inilah kenyataan yang harus ditelan walaupun pahit oleh kita semua termasuk saya ini di mana kita semua telah menjadi hamba sistem ini.