Powered By Blogger

Monday, November 28, 2011

INSAK Tidak Lagi Perlu Untuk Bakal Guru dan Pengambilan Graduan Pendidikan Januari 2011

Assalamualaikum....

Belek punya belek tengok-tengok adalah satu news dari sumber http://upsikini.blogspot.com/ yang aku kira sedikit sebanyak telah melegakan aku dan mungkin jugak graduan-graduan dan mahasiswa-mahasiswa pendidikan di seluruh negara. Aku harap perkara ini akan menjadi kenyataan dan semoga semua graduan ISMP di seluruh IPTA/IPTS di Malaysia ni akan dapat posting. Bila korang semua dah posting maka aku dan rakan-rakan serta junior2 yang lain akan totally lega dan ini sedikit sebanyak akan menaikkan semula moral kami. InsyaAllah sama-sama kita doakan. Apa pun perjuangan menuntut hak penempatan guru mesti diteruskan sampai berjaya. 


"Dalam proses, ambilan dibuat Januari"-Naib Canselor

Tanjong Malim, 24 Nov - Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa menyatakan bahawa pengambilan graduan pendidikan dalam proses dan akan dibuat pada bulan Januari tahun hadapan.

Menurut beliau ketika dihubungi UPSIkini, "saya dimaklumkan borang permohonan sedang diproses SPP. Pengambilan atau interview akan dibuat pada bulan Januari tahun hadapan", jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau turut mengatakan bahawa tempat dan orang yang lebih tepat untuk dirujuk ialah SPP dan pengarahnya Tan Sri Dr. Zulkarnain sekiranya ingin mengetahui tarikh yang sebenar.

Katanya " biasanya jika kita mencari kerja kita bertanya kepada majikan."

Oleh itu, beliau mencadangkan agar graduan pendidikan terus bertanya kepada pihak yang lebih mengetahui tentang hal tersebut iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP).

Sumber : 

http://upsikini.blogspot.com/2011/11/dalam-proses-ambilan-dibuat-januari.html





Naib Canselor: Tak perlu lagi INSAK

Tanjong Malim, 24 Nov- Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , Prof Dr Zakaria Kasa, menyatakan bahawa graduan pendidikan yang telah mengambil ujian MEdSI tidak perlu lagi ambil ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).

Ketika dihubungi UPSIkini, beliau menyatakan bahawa mengikut persetujuan yang diambil antara KPM dan universiti, mereka yang telah mengambil ujian MEdSI tidak perlu lagi mengambil ujian INSAK. Mereka akan terus melalui temuduga yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Katanya "ikut persetujuan, mereka yang ambil MEdSI tidak perlu ambil INSAK. Mereka perlu lalui temuduga."

Mengulas perkara yang sama, Tim. Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong mengatakan bahawa pengambilan graduan pendidikan pada kali ini akan diuruskan oleh SPP dan tidak lagi menggunakan sistem e-GST sebaliknya terus diproses melalui temuduga.

Mereka juga akan ditempatkan mengikut Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan tidak lagi menggunakan sistem lama bagi memudahkan proses kenaikan pangkat dengan lebih cepat. Graduan yang layak akan terus bermula dengan gred DG 41 berbanding DC 41 sebelum ini.

Untuk rekod, bermula ambilan 2007, semua mahasiswa pendidikan telah diwajibkan melalui ujian MEdSI dan temuduga sebelum layak memasuki IPTA dalam jurusan pendidikan.


Sumber :

http://upsikini.blogspot.com/2011/11/naib-canselor-tak-perlu-lagi-insak.html