Powered By Blogger

Tuesday, July 19, 2011

Keputusan Permohonan Ke IPTA...Apakah Keputusannya?





Assalamualaikum...

Mulai 16 Julai 2011 semua pemohon-pemohon IPTA baik dari kategori Matrik/Asasi, STPM atau Diploma boleh 'check' status permohonan masing-masing. Yang dapat tu tahniah aku ucapkan manakala yang tak dapat tu cuba buat rayuan. Mana tau kalau-kalau ada rezeki dapatlah tu yer InsyaAllah. Ni link dier :


Utk post kali ni aku nak fokus kepada pemohon-pemohon lepasan diploma. Aku ada mendengar banyak story especially dari bdk2 poli yang kata diorg ni seolah-olah macam didiskriminasikan oleh banyak u. Diorang kata banyak u taknak amik bdk2 poli. Honestly aku trkejut sebab ada antara diorang yang cgpa dip memang tinggi 3.5 ke ats. Ada jugak yang 3.7 ke atas but masih tak lepas msuk u dan terpksa buat rayuan. InsyaAllah kalau ada rezeki adalah tu.

Aku tak nafikan memang lepasan diploma ni susah untk masuk ke u. Aku sendiri adalah lepasan diploma dan aku faham kdaan ni. Aku sndri pun penah try apply upsi utk 2nd intake tp tk leps interview. Then aku try lgi sekali intake julai dan akhirnya alhmdlillah aku dpt msuk ukm.

Untk pngthuan anda semua lepasan dip yang hndk ke u kat sni aku akn share sket bgaimana selection utk ke ipta ni dibuat. Ni berdsarkan mklumat dri kwn-kwn aku sndiri yang mempunyai family yg berkerja di kpt dan juga dari info dari beks2 pensyarah aku sndri baik di kolej dan jugak universiti.

Bagi lepsan2 diploma yang dri kolej atau institusi bersekutu mcm uitm, usm, upm dan sbgainya, peluang korang utk smbung dgree kat u terbabit adalah lebih cerh berbanding di u lain (pointer kena tinggi) sebab korang da blaja sukatan-sukatan dri u sana dan jugak boleh transfer kredit (bergantung pada syarat). Bagi student uitm (diploma), peluang korang utk smbung dgree di uitm adalah yg sewajrnya kalu di u lain boleh jer cuma bergantung pd rezeki dan pointer. So bagi korng yng bljar di kolej bersekutu tu adalah lebih baik korng smbung dgree di kolej masing2 (kalau tak dpt ipta) asalkan dgree yg korang amik tu jugak dikeluarkan dri ipta yang terlibat. Konsepnya sama cuma korng akan blajar di kolej dan bukanlah di u tersebut. Konvo nanti korang akan buat di u tu. Ni ikut pngalaman aku msa buat diploma dulu di mana senior2 aku yang buat dgree dgn usm belajar benda yang sama dgn student2 usm dan konvo di usm cuma beza buat di kolej dan yang bestnya lagi diorang pakai pinjaman MARA (kebnyakan member2 diroang yang dapat usm tk dapat JPA so terpksa pakai PTPTN). Bagi aku meminjam dgn MARA adalah lebih baik dari PTPTN sebb selain pnjaman bole bertukar ke biasswa mcm PTPTN ia ada kadar bayaran balik pinjaman ikut pointer msing dan ia sememangnya amat menguntungkan.

Dari info yang aku dapat dri pensyarah aku sndri realitinya pelajar lepsan diploma adalah pelajar plihan ketiga yang akan mengisi kuota penempatan di ipta. Conthnya mcam ni kalaulah bdang kjrutraan awam di uuu offer 100 tempat jer utk intake 2011 so pihak u ni dgn kpt akan susun pljr2 yang mmhon bdang ni dri sluruh negara dan ianya akan disusun ikut 3 plihan (1. mtrik/asasi , 2. stpm , 3. diploma) katalah 70 orang dri mtriks yang pointer antara 4.00 - 3.00 diplih then pastu ada 30 slot lagi. Then baru bdk2 stpm yang layak diplih. Katalah 25 yang terpilih so tinggal 5 tmpt je lagi. Baki 5 ni pulak brulah akan diambil dari bdk2 diploma dan semestinya pointer yang tertinggi dan ada kriteria trtentu macam pernah wakil mana2 ke akan terplih. Keadaan ni berlaku gak kat bdang2 lain dan dah tentu bdang2 yang 'famous' macam engineering, medic dan education akan direbut trlbih dahulu.

Tapi pape pun selebihnya terletak pada score korang dan rezeki masing2. So bagi semua student janganlah asyik focus pda acdmic sja. Korang takkan kemana2. Korang kena focus pd softskill dan mestila aktif ko-k wpun biasa2 jer. Tak kisahla wkil negeri untuk sukan or aktiviti yang biasa2 janji korng ada pglibtan. Lagi tinggi maka lagi tggi merit dan ini akan mmbantu korang utk ke u. So skor pd pointer dan aktif maka pluang korng akan lebih baik lagi selain tawakal banyak2 pada Allah S.W.T.

Bagi yang tak dapat ke ipta tu jangan sedih sebab bukan korng ni tak bgus cuma takde rezeki. Bagi aku bdk2 ipta ni takdelah hebat mana pun cuma rezeki dan nasib diorang je baik. Tak jauh beza pun dgn bdak2 ipts as long korang usaha betul2 sebab blaja mana2 pun sma janji niat korg tu betul dan bila da smpai kt sna blaja btul2 dan sntisa upgrade dri dgn softskill.

Pada kwn2 poli tu aku hrp pasni jgn slh anggap kta student poli yang nak smbung dgree didiskriminasikan. Salah tanggapan tu. Korang kn igt yang prsaingan utk ke ipta adalah amat2 sengit dan apa yang ptut korng wat adalah tawakal dan redha jer dgn rezeki korang. Kalau tak dapat ke ipta korng boleh je ke ipts. Wpun ramai yang kata ipts mahal tapi pada aku asalkan korng bijak memilih dan gunakan kemudhan kewangan yang tepat boleh ajer. Kalau tidak msakan aku wat dip dgn kadar yang ckup murh dimana aku hanya perlu byr balik tak smpai RM4K



Saturday, July 02, 2011

Doa Ketika Sedang Bersedih dan Rahsia Disebaliknya...

Assalamualaikum




عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ كَثُرَ هَمُّهُ فَلْيَقُلْ: " اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ، وَفِى قَبْضَتِكَ ، نَـاصِيَتِى بِيَدِكَ ، ماَضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِـهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَـهُ فِى كِتَابِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِـهِ فِى مَكْنُوْنِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِى ، وَجَـلاَءَ هَمِّى وَغَمِّى " – مَا قَالَهَا عَبْدٌ قَطْ إِلاَّ أَذْهَبَ اللهُ غَمَّـهَ وَ أَبْدَلَـهُ بِـهِ فَرْحًـا .
(صَحِيْحٌ – رَوَاهُ أَحْمَدُ وَابْنُ حِبَّانٍ)
Dari Abdullah Bin Mas'ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yanny selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri)ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku". Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.
(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)



SYARAH AL HADIS:

Rasulullah SAW. telah mengajar umatnya supaya berdoa dan memohon kepada Allah apabila mereka sedang ditimpa oleh kesedihan. Sesuatu kesedihan lazimnya adalah timbul setelah seseorang ditimpa suatu musibah.

Tidak seorangpun boleh mengatasi kesedihan atau kedukaan yang menimpanya secara sempurna melainkan jika ia berhubungan dengan Dzat Yang Menentukan Segala-galanya (Qadha dan Qadar).

Berhubung dengan Allah SWT dalam keadaan merendah diri, mengakui (i'tiraf) terhadap segara dosa yang pernah dilakukan sambil mengetuk pintu-Nya, memohon pertolongan dengan penuh yakin bahawa hanya Dia sajalah yang sanggup menghilangkan rasa sedih dan duka yang menimpa. Tidak seorangpun selain Dia yang mampu melakukannya. Selain Dia hanyalah sekadar sebab-sebab yang Dia telah tentukan bagi hamba-hamba-Nya.

Atas sebab inilah maka Rasulullah SAW mengajar kita supaya membaca doa diatas jika kita ditimpa oleh rasa gundah dan sedih yang bersangatan di dalam menjalani kehidupan ini, semoga Allah akan gantikan kesedihan dengan kegembiraan.

Dan supaya doa ini benar-benar dapat memberi kesan positif kepada jiwa orang yang membacanya, maka berikut ini akan dijelaskan falsafah atau hikmah atau rahsia dibalik setiap ungkapan dalam doa yang diajar oleh Nabi SAW itu.
اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ،
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, dan anak abdi-Mu, dan anak amah-Mu".
Ungkapan diatas mengandungi makna " ubudiyah " iaitu penghambaan diri. Ibadah mencakupi segala yang disukai dan diredai oleh Allah, apakah dalam bentuk perbuatah atau ucapan, yang zahir atau yang batin. Jadi segala yanq disuruh dan yang ditegah oleh agama adalah termasuk ibadah. Sedangkan ibadah dan agama iaitu al-din mempunyai makna yang sama iaitu " rendah diri ".
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ(11)
Ertinya: Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(At Taghaabun: 11)
Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat diatas: Barangsiapa yang ditimpa suatu musibah, lalu dia menyedari bahawa musibah tersebut adalah qadha dan qadar Allah, oleh itu dia dapat sabar menghadapinya dan reda menerimanya, niscaya Allah akan memberi hidayah (petunjuk) kepada hatinya dan mengganti apa yang luput itu dengan hidayah kepada hatinya serta keyakinan yang benar. Malahan terkadang gantian dari Allah itu lebih baik daripada apa yang luput. (Tafsir Al Quran Al 'Azim 4/375).

Jadi perkatannya: mengandungi makna itu semua. Dan makna yang paling menonjol dalam ungkapan itu ialah ILMU (mengetahui) bahawa yang menentukan segala-galanya ialah Allah. Dan kita sebagai seorang HAMBA tidak mempunyai hak untuk menentang kehendak Tuhannya malahan tidak berhak untuk bertanya mengapa Allah berbuat demikian terhadap kita. Sikap kita semestinya tidak lain hanyalah sabar dan reda dengan ketentuan Allah tanpa bersungut-sungut. Bahkan keredaan tersebut mestilah disertakan dengan RASA KASIH YANG SEMPURNA kepada ALLAh dan PENUH YAKIN bahawa apa saja yang ditakdirkan oleh Allah adalah lebih baik bagi kita, walaupun pada zahirnya bertolak belakang (sebaliknya).
Imam Ibnul Qayyim berkata: "Hendaknya kita menyedari bahawa musibah yang menimpa kita bukanlah untuk memusnahkan kita, sesungguhnya kehadiran musibah tersebut hanyalah untuk menguji sampai dimana kesabaran kita, dengan demikian barulah jelas apakah kita layak menjadi WALI ALLAH ataupun tidak".
Kesedihan yang menimpa seseorang sebenarnya adalah suatu pertanda baik yang membuktikan kecintaan Allah kepadanya. Atas sebab itulah maka para Rasul dan para Nabi adalah orang-orang Jang paling banyak mendapat ujian Allah.

Ka'ab Al Ahbar RA berkata: "Tidaklah semakin mulia seorang hamba disisi Allah melainkan semakin ditambah dugaan keatasnya".

Jadi atas sebab itu semualah maka seorang hamba yang benar-benar ikhlas akan segera mengisytiharkan sejak awal kesedihan lagi: Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu dan anak abdi-Mu dan anak amah-Mu.
وَفِى قَبْضَتِكَ ،
Didalam genggaman-Mu.
Maksudnya: Orang yang berada didalam genggaman lazimnya tidak dapat bergerak kerana dirinya dikuasai sepenuhnya oleh orang yang menggenggam. Dia tidak dapat bergerak kecuali jika yang menggenggam meringani atau melonggari genggamannya.

Jadi ungkapan mengandung makna pengakuan akan hakikat ubudiyah, seolah-olah dia berkata: Aku adalah hamba-Mu dan tawanan-Mu. Aku berada dibawah penguasaan-Mu, Engkau boleh berbuat sesuka hati-Mu terhadap diriku. Aku tidak punya daya dan kekuatan. Engkaulah Yang Maha Kuat dan aku makhluk yang sangat lemah. Engkau Maha Kaya dan Kami sangat fakir dan sangat berhajat kepada-Mu.

Dan sebagaimana orang yang sihat memaksa saudaranya yang sakit agar makan ubat semata untuk kemaslahatan dan manfaatnya, demikianlah Allah berbuat terhadap hamba-Nya adalah semata mata demi kebaikan hamba-Nya.

Kadangkala lenyap dari ingatan kita tentang hikmah dibalik bencana yang menimpa. Tetapi jika perasaan kita begitu yakin bahawa diri kita ini sebenarnya berada di dalam genggaman Yang Maha Pencipta, nescaya perasaan itu akan membuat kita tidak lekas putus asa, dan selanjutnya sedikitpun tidak akan menolak ketentuan-Nya.

Oleh sebab itu ketika kita membaca maka kita mestilah hadirkan makna: iaitu tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Al Imam Ibnu Hajar berkata: maksudnya tiada penyimpangan bagi hamba dari melakukan maksiat melainkan dengan pemeliharaan Allah, dan maksudnya tiada kekuatan bagi hamba untuk mentaati perintah Allah melainkan dengan taufiq (izin) Allah.
نَـاصِيَتِى بِيَدِكَ ،
Ubun-ubunku ditangan-Mu.
Ungkapan ini juga mengandungi pengiktirafan (pengakuan) kita akan kesempurnaan kudrat Allah keatas kita iaitu dengan menerima segala kebijaksanaan Allah dalam semua urusan kita. Allah boleh memperlakukan apa saja terhadap sedikitpun adanya bangkangan dan sungutan.
ماَضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ،
Berlaku padaku hukum-Mu.
Ungkapan ini pula menyatakan bahawa tiada ada satu kuasa pun yang boleh menghalang kehendak Allah berlaku keatas diri kita. Kita sebagai makhiuk-Nya walau apapun yang kita miliki samada kekuasaan, harta dan senjata, namun kita tidak akan mampu merubah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Perasaan seumpama ini akan mendorong seseorang untuk tidak kembali kepada siapapun jika ditimpa kesusahan melainkan hanya kepada Allah, kerana makhluk tidak kira bagaimanapun martabatnya tetap tidak memiliki diri mereka sendiri sedikitpun yakni tidak mampu menolong diri sendiri dan orang lain.

Allah berfirman dalam surah Fathi Maksudnya: Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Said Qutub menafsirkan ayat diatas: "Sekiranya gambaran dalam ayat ini benar-benar tersemat di dalam hati seorang manusia nescaya akan luruslah semua aspek dalam kehidupannya".

Inilah akidah yang wajib dimiliki oleh setiap muslim. Gambaran akidah seperti inilah yang telah ditanam oleh Rasulullah SAW kedalam dada para sahabatnya. Sungguh banyak ayat-ayat Al Quran yang menekankan maksud ini. Baginda Rasul SAW. memantapkan keyakinan ke dalam dada para sahabatnya dalam kehidupan sehari-hari malahan sejak peringkat kanak-kanak lagi.

Ibnu Abbas RA menceritakan kepada kita bagaimana kisah baginda Rasul SAW. menanamkan makna akidah diatas kepadanya.

Ertinya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW. lalu beliu bersabda kepadaku: Wahai anak sesungguhnya aku akan mengajar engkau beberapa kalimat iaitu: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memelihara kamu peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu jika engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau memohon pertolongan maka pohonkanlah pertolongan kepada Allah dan ketahuilah bahawa umat sekiranya mereka bersepakat untuk memberi engkau sesuatu yang bermanfaat nescaya mereka tidak akan dapat berbuat demikian melainkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu, (demikian sebaliknya) jika mereka bersepakat untuk mencelakakan engkau dengan suatu bencana nescaya mereka tidak akan dapat mencelakakan engkau melainkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas kamu kalam diangkat dan lembaranpun kering.
عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ،
Ertinya: Adil padaku ketentuan-Mu.
Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Bijaksana (Hikmah) dalam ketentuan-Nya dan saksama (Adil) adalah dua sifat yang sangat ketara di dalam dialog antara Nabi Musa AS dengan Nabi Khaidir AS. Nabi Musa AS menentang keras perbuatan Nabi Khaidir AS yang merosak sampan nelayan miskin dan membunuh anak kecil yang tidak berdosa dan menegakkan dinding rumah yang condong. Lalu Nabi Khaidir AS kemudian menerangkan kepada Nabi Musa bahawa perbuatan itu semua dia lakukan bukanlah berdasarkan kehendaknya tetapi adalah semata-mata kerana melaksanakan arahan dari Allah (Al Kahfi: 82). Jelaslah dari itu betapa keadilan Allah walaupun pada zahirnya kelihatan seperti tidak adil. (Sila lihat Al Kahfi ayat 79 - 82).

Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh atau Isti’jaal. Mereka selalu menghadapi Qadha Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.

Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya:
فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ[15] وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ [16]  كَلَّا بَل لَا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ [17]
"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).
(Surah Al Fajr: 15-17)
Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah.
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِـهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَـهُ فِى كِتَابِكَ ،
أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِـهِ فِى مَكْنُوْنِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ،
Ertinya: Aku memohon dengan semua nama milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu.
Disini kita diajar oleh Rasulullah SAW agar bertawassul dengan semua nama dan sifat Allah sebelum kita memohon apa yang kita hajati. Malahan diawali juga dengan amal solih lainnya seperti puji-pujian, sanjungan, kerendahaan diri, pengakuan, penyerahan diri kepada Allah.

Lalu setelah itu barulah kita memohon kiranya: Allah hilangkan dari kita rasa sedih dan gundah sambil berdoa:
أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِى ، وَجَـلاَءَ هَمِّى وَغَمِّى
Ertinya: Kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku dan penawar rasa sedih dan gundahku.
Dan selanjutnya apabila rasa sedih dan gundah telah lenyap maka akan menjelmalah kegembiraan dan ketenangan jiwa.

Oleh sebab itulah maka Rasulullah SAW. menjanjikan:
مَا قَالَهَا عَبْدٌ قَطْ إِلاَّ أَذْهَبَ اللهُ غَمَّـهَ وَ أَبْدَلَـهُ بِـهِ فَرْحًـا
Ertinya: Tidaklah seorang hamba membaca doa tersebut melainkan akan Allah hilangkan rasa sedihnya, dan akan menggantikannya dengan kegembiraan.