Powered By Blogger

Friday, August 10, 2012

10 Ogos 2012 = 21 Ramadhan 1433H


Assalamualaikum…

Diam tak diam dah 21 Ramadhan hari ni. Jadi makanya genap 21 hari kita semua Umat Islam berpuasa dan malam ni merupakan malam ke 22 kita bertarawih. Semoga kita semua kekal mendapat kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan baki Ramadhan ni. Ambil peluang yang ada untuk meningkatkan amal ibadat kita di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Tetapi yang paling penting adalah jangan jadi religious hanya di bulan Ramadhan saja tapi kemudian apa pun takde. Inilah lumrah manusia dan sifat inilah yang aku sering perhatikan dalam diri kita semua.

Masjid…

Bercerita pasal masjid apa yang aku perhatikan bermulanya Ramadhan masjid akan jadi sesak dan meriah macam solat Jumaat. Kemudian perlahan-lahan slow dan di penghujung Ramadhan apa yang jadi? ^_^ Sendiri mau ingatlah beb. Sayang kan. Masa Ramadhan bukan main lagi pegi surau, masjid jemaah tapi lepas bis je Ramadhan….Hmm nape jadi macam tu? Malu nak pegi jemaah masa bulan lain? Malas? Itulah sifat kita ni. Membuat sesuatu berlandaskan ‘trend’. Sorry to say but aku rasa ini adalah kebenarannya. Tak perlu susah-susah. Hanya pegi masjid masa raya pertama untuk mana-mana waktu solat wajib. Bukti dan kebenarannya ada di situ. Kemudian selepas beberapa hari lengang.

Bazar Ramadhan...

Masa aku kecik (umur 5, 6 tahun dulu) bazar ni takdela meriah macam sekarang. Ada la jugak orang meniaga di tepi jalan cuma tak meriah macam sekarang sampai diberi istilah bazar. Kalau dah diberi nama bazar maknanya besar dan ramai orang. Tapi dulu tak. Biasa je.Juadah berbuka ni selalunya mak yang masak di rumah. Tapi yela gaya hidup masyarakat dah berubah dan kini orang lebih ramai sibuk bekerja. Berbincang pasal bazar ni trend masa sekarang sampai tapak pasar malam pun dijadikan bazar dan setiap hari peniaga pasar malam yang hakiki dan peniaga musim Ramadhan akan berkumpul berniaga di situ. So faham-faham la masa ni la akan jadi pesta makanan. Macam-macam jenis menu yang ada dan semuanya nampak sedap hehe. Semuanya rasa nak beli tapi finally masa buka nanti lepas kena seteguk dua air dan 2 3 biji kuih sekali dengan bubur sikit dan tersandar sedangkan baki makanan yang dibeli masih banyak lagi. Membazir kan. Tak boleh nak kata apa dah. Bagi aku masa bulan Ramadhan ni orang ramai dan kadang-kadang mungkin jugak aku jadi lebih membazir bila masuk bab pasal nak buka puasa compare dengan bulan lain. So kenalah beringat. Alhamdulillah beberapa tahun belakangan ni aku lebih beringat soal ni. Jadi bila di kampus berbuka di masjid jadi pilihan utama.

Shopping Raya...

Ini merupakan satu perkara yang bagi aku agak menjengkelkan. Bukan tak suka beli baju baru, dapat baju baru. Bergaya di hari lebaran. Tipulah kalau aku cakap aku tak suka. Tapi yang membuatkan aku tak suka adalah sifat boros dan melampau bila shopping raya ni. Cuba korang bayangkan dalam 1 family tu kalau seorang bajet raya adalah sebanyak RM200. Kalau 5 orang? Maknanya RM1000 anggaran satu keluarga. Then darab la dengan let say rakyat Malaysia yang sambut Aidilfitri 15 juta orang. Korang bayangkan berapa billion rakyat Malaysia berhabis untuk sambut raya. Tak salah kalau nak shopping dan memang betul Aidilfitri adalah hari untuk kita bergembira menyambut kemenangan tetapi itu bukan tiket untuk kita melampau dalam tindakan kita. Apa yang aku lihat budaya Hedonisme (Keseronokan dalam tindakan tanpa menghiraukan batasan agama) dah meresap dalam diri kita bila nak sambut raya. Inilah silap kita. Bagi golongan kaya pulak akan menderma masa bulan Ramadhan ni pada fakir miskin dan anak yatim tapi lepas raya?

Sedekah...

Amalan sedekah merupakan suatu yang amat dituntut lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni. One of the best thing about Ramadhan adalah masa bulan ni aku perhati ramai yang suka bersedekah. Bagi makan kat masjid, sedekah duit kat fakir bagus tu. Cuma kalau boleh biarlah konsisten. Tetapi ada suatu perkara yang aku ingin tegur pada diri dan pembaca semua walaupun BENDA NI TAK SALAH DAN AKU TAK KATA ADA ORANG BUAT CUMA ADA ORANG PERNAH BUAT tu je. So jangan salah faham. Bila masuk bab sedekah ni bagus kita sedekah makanan, duit atau apa saja yang bermanfaat. Tetapi ada sesetengah tu (aku tak kata sapa2 ok) bersedekah baki dari yang digunakan. Contoh sorang peniaga kuih kat bazar. Kuih tu tak habis and dia decide nak sedekah kat pelajar tahfiz, pondok…wat ever la. Bukan tak bagus dan tak boleh tetapi cuba fikir kita sedekahkan kepada orang yang bakal mendoakan kita baki dari perkara yang kita taknak. Benda ni tak salah ok. Tetapi adalah lebih baik bila kita nak sedekah tu kita sedekahkan terus bukan dari baki perkara yang kita taknak. Nak sedekah kuih so sedekah yang bukan baki meniaga kita tu lebih baik sebab ni nak bersedekah ni pada orang yang bakal mendoakan kita. Kalau apa yang dikata ni salah aku minta maaf.

In The End...

Apa-apa pun dengan baki Ramadhan yang ada ni kita rebut peluang untuk tingkatkan amalan kita dan biarlah ianya konsisten dan tidak sekadar religious di bulan Ramadhan saja. Why? Sebab dah banyka kali aku tengok orang macam tu. Bagai nak rak ajak orang tarawih siap post kat FB dan macam-macam lagi. Why not tak payah heboh pada orang apa amalan baik yang kita buat. Tu lebih baik kan. Harap jangalah kita jadi macam tu.

Muslimin / Muslimat…..Selamat Berpuasa


‘Antara perkara yang aku suka tentang Ramadhan adalah budaya memberi dan berkongsi makanan sesama umat Islam’ – Fahmi ^_^

Tuesday, August 07, 2012

Mencari Rezeki Atau Mensyukuri Rezeki?


Assalamualaikum...


Terbaca tentang rezeki.. dan terfikir tentang hakikat hidup ini.. 

Kita sepatutnya 'Mencari rezeki' atau 'Mensyukuri rezeki' ?

Rezeki setiap anak Adam telah ditetapkan sejak malaikat meniupkan roh ketika berada di dalam rahim ibu.. Maka hidup kita di dunia ini tidak perlu disibukkan dengan 'mencari rezeki' siang dan malam.. 

Bukan bererti manusia tak perlu berusaha mendapatkan rezeki.. Tapi manusia mesti perhambakan diri kepada Allah yang memberikan rezeki.. Kerana tujuan utama manusia dihidupkan adalah untuk beribadat kepada Allah..

Manusia tidak perlu risau selalu memikirkan tentang rezeki, hidup kita bukan untuk mencari dan mengumpul kesenangan di dunia.. Jangan sesekali berniat pergi bekerja untuk mencari rezeki.. Sepatutnya kita bekerja dengan niat kerana Allah, barulah dikira ibadah.. Dan tidak sesekali pekerjaan kita itu yang memberi rezeki kepada kita.. Allah adalah sumber rezeki bagi makhluk sekalian alam.. 

"Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."(Surah Ibrahim, ayat 7)

Bersyukur dengan rezeki Allah adalah dengan membelanjakannya pada jalan Allah (dikira ibadah kepada Allah).. Kufur nikmat pula adalah membelanjakan harta pada selain dari jalan Allah.. kerana itu Nabi SAW dan para Sahabat bersifat zuhud iaitu mengambil rezeki sekadar perlu selebihnya dibelanjakan pada jalan Allah..

Bila direnungkan sangat berbeza dengan cara hidup umat Islam hari ini.. Harta dikumpul dan disimpan semahu-mahunya.. Digunakan untuk membeli kesenangan dunia yang berlebih-lebihan.. Makan besar, kereta besar, rumah besar dan sebagainya.. Kerana menginginkan kesenangan dan cara hidup mewah telah menyebabkan ramai manusia sibuk 'Mencari rezeki'..

Renungkan balik selama ini kita 'Mencari rezeki' atau 'Mensyukuri rezeki' ?

Kita gunakan FB untuk 'mencari rezeki' atau 'mensyukuri rezeki' ? 

Jangan gunakan FB dengan matlamat untuk mencari keuntungan dunia semata-mata, tapi syukurilah teknologi ini yang memudahkan kita menyumbang sesuatu manfaat pada jalan Allah..

Jangan hanya pos di FB tentang promosi perniagaan semata-mata, tapi utamakanlah pos yang mempromosikan tentang kebesaran Allah dan kebenaran Islam..

Jangan hanya berkongsi di FB tentang peluang melipat gandakan pendapatan kita semata-mata, tapi berkongsilah ilmu Allah yang dapat melipat gandakan pahala kita..

Jangan hanya cenderung menambah kawan FB yang berpotensi mendatangkan pendapatan kepada kita semata-mata, tapi perbanyakkanlah memilih kawan yang dapat mendatangkan kedekatan kita kepada Allah..

Janganlah sibukkan diri 'mencari rezeki' hingga terabai tujuan utama kita diciptakan iaitu sebagai Khalifah untuk mengabdikan diri kepada Allah.. kerana dikhuatiri nikmat yang diperolehi itu bukanlah 'rezeki' yang telah ditetapkan sejak azali lagi, tapi adalah 'Istidraj' di atas kekufuran kita.. Na'uzubillah..

Wallahua'lam..

Sunday, August 05, 2012

Ilmu Pengetahuan 1 - Teknologi Augmented Reality

Assalamualaikum...

Untuk post kali ni sayahendak berkongsi berkenaan teknologi terkini yang diberi nama 'Augmented Reality Technology'.

Apa itu AR?

(AR) merupakan salah satu teknologi baru yang boleh digabungkan di dalam sesebuah penceritaan. AR merupakan suatukeadaan di antara alam realiti dan alam maya (Hafiza & Halimah, 2009). Ia menambah baik persekitaran nyata bukan menggantikan dengan persekitaran baru.

AR adalah variasi kepada persekitaran maya. AR melibatkan interaksi, kandungan maya, persekitaran sebenar, penceritaan digital dan imaginasi. Ini memberi pengalaman belajar yang baru kepada pelajar pemulihan (nampaknya AR ini boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas dan pemulihan kalau dibangunkan ^_^). AR bukan merupakan aplikasi tunggal, ia menggunakan komputer, kamera web atau paparan head-mounted untuk menyokong fungsinya.Penyelidikan mengenai AR dan pendidikan banyak dijalankan di negara-negara barat. Di sini saya lampirkan beberapa kajian lepas yang menggunakan teknologi AR dalam pendidikan:


Augmented Reality and Rigid Body Simulation For Edutainment (Buchanan, P., Seichetr, H., Billinghurst, M., Grasset, R., 2008)

- Membangunkan toolkit untuk menghubungkan dunia nyata dan maya (AR) menggunakan simulasi badan. Kajian ini membangunkan permainan untuk menerangkan chain reaction dan physical contraptions berasaskan belajar sambil bermain (belajar sambil bermain ini merupakan kajian saya untuk tesis ijazah sarjana muda ^_^)

Edutainment with a Mixed Reality Book: A visually augmented illustrative childrens' book (Raphael Grasset et. al, 2008)


- Buku yang telah diterbitkan digunakan untuk menambahkan kesan teknologi realiti campuran.

Supporting Low Ability Readers with Interactive Augmented Reality (Dunser, 2008)

- Mengaji bagaimana kesan AR interaktif terhadap kanak-kanak yang kurang kepandaian (ini amat berguna juga untuk pendidikan khas ^_^)

Ada banyak lagi maklumat yang boleh diperoleh dan salah satu jurnal yang mungkin boleh membantu adalah di link ini :

http://ipgmkdri.academia.edu/AneptMalek/Papers/747485/REKA_BENTUK_DAN_PEMBANGUNAN_PENCERITAAN_DIGITAL_DAN_TEKNOLOGI_REALITI_TAMBAHAN_AUGMENTED_REALITY_UNTUK_MEMBANTU_

Yang menariknya gajet terbaru dari Sony (PS VITA) aduiii nak sangat beli gajet ni ^_^ turut menggunakan teknologi AR. Boleh tengok di link ini

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=90Lp5T2joZ8

Bukan saja untuk permainan dan pendidikan tetapi juga banyak manfaat dari penggunaan teknologi AR ni. Sebagai contoh sebuah kedai perabot memerlukan ruang yang besar untuk mempamerkan produk terbaru mereka. Dengan menggunakan AR ini, setiap produk yang ingin dipamerkan tidak perlu dipasang perabot tetapi boleh melihat produk melalui alat terbantu AR dengan hanya meletakkan ‘marker’ sahaja. Bidang-bidang lain seperti perhotelan, perubatan, pengangkutan malah pertanian boleh mendapat manfaat melalui perkembangan teknologi ini.

http://www.youtube.com/watch?v=tnRJaHZH9lo&feature=player_embedded




Kenapa tiba-tiba saya berminat mempelajari pengetahuan mengenai AR? Kerana saya pernah terbayangkan jika suatu masa nanti saya mampu berkolaborasi dengan mereka yang arif dalam bidang ini untuk merekabentuk suatu produk interaktif pendidikan yang sesuai untuk golongan berkeperluan khas bermasalah pembelajaran untuk belajar direka. Sedih bila mengenangkan mereka ini adakalanya agak terpinggir dan terabai hak mereka untuk mempelajari sesuatu atas alasan kekurangupayaan mental mereka. Moga impian ini tercapai. InsyaAllah


Thursday, August 02, 2012

50 Fakta Mengenai Lelaki


Assalamualaikum...
Sekadar suatu perkongsian

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan​ tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

Wednesday, August 01, 2012

1 Ogos 2012 = 12 Ramadhan 1433H


Assalamualaikum…

Alhamdulillah…syukur pada Allah S.W.T.

-        -   Hari ini genap usia aku 26 tahun
-         -  Hari ini secara sah dan rasmi aku bakal bergraduasi

Macam tak percaya dah habis rupanya pengajian aku kat UKM. Dari 2008 sampai sekarang 2012….4 tahun. Sekejap pulak rasa walaupun hakikatnya kadang-kadang aku rasa lama. Tapi apa pun sekarang semuanya dah berakhir. Tunggu konvo je bulan 10 ni atau lebih tepatnya pada 23 Oktober 2012 bersamaan hari Selasa. Konvokesyen kali kedua untuk aku selepas yang pertama (Diploma) pada 18 Ogos 2007.

Kalau boleh aku nak sangat ‘A’ dating ke konvo aku…kalau bolehlah ^_^. Bukan apa niat hati ni nak raikan bukan saja dengan family tapi dengan yang teristimewa. Terima kasih untuk segala sokongan dan inspirasi yang telah diberi selama ini. Diri ini amat menghargainya.

Tapi walau apa pun perjalanan selepas ini lebih mencabar. Posting adalah sasaran utama dan doaku semoga kami tidak perlu menunggu lama untuk panggilan temuduga dan semoga kami semua dapat melepasi temuduga dan mendapat penempatan guru sebelum pertengahan tahun hadapan. Lagi awal lagi bagus…insyaAllah dengan berkat doa semua orang yang rapat dalam hidup ini ianya bakal direalisasikan.


'Kemanisan sebuah perjuangan mungkin lambat dikecapi tetapi ianya sentiasa menanti'