Powered By Blogger

Monday, March 07, 2011

Industri Seks Di Malaysia : Satu Realiti Atau Andaian?




Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada semua.

Pernah tak korang sedar atau tidak berkenaan tajuk topik di atas? Sedar atau tak korang semua pasti perasan yang sejak 2 3 tahun ni banyak pusat-pusat massage dan spa yang tumbuh melata di setiap bandar. Macam-macam nama yang diguna untuk tarik perhatian kita semua macam 'Taipan Massage", 'Foot Reflexology' dan macam-macam lagi nama. Lebih kurang setahun tinggal di ipoh ni macam-macam pusat urut dan spa yang aku nampak. Actually sebelum ni aku tinggal di penang dan kampung di ipoh. So memang setiap tahun akan ke ipoh. But now dah menetap di sini. Masa di penang dulu aku perhatikan pertumbuhan pusat-puast urut dan spa di sini taklah seaktif di ipoh. Di ipoh bagi aku lebih banyak dan dah tentulah di KL jauh lagi banyak.

Kalau di ipoh di hotel-hotel pun banyak jugak disediakan spa-spa ni. Bukan setakat hotel 5 bintang je. Hotel 2 bintang pun ade. Dari pemerhatian aku sendiri bila aku keluar malam-malam sama ada dengan family atau pun dengan adik aku, aku perhatikan dah kurang pelacur-pelacur yang bersidai kat lorong-lorong gelap. Kalau ade pun dah tentu yang 'tak tulen'. Untuk dapatkan pelacur perempuan pergilah masuk ke spa-spa atau pusat-pusat urut sure akan dapat pada harga lebih kurang RM130-150. Tapi tak semua pusat-pusat urut kaki ni sediakan servis seks. Hanya yang tertetentu sahaja. Tapi bagi spa pulak memang hampir semua sediakan servis seks. Sama ada diorang bagitau pada customer atau tak jer. Info-info ni aku dapat dari cerita-cerita kawan-kawan aku sendiri.

Di lembah klang...KL la....pusat-pusat urut dan spa ni lagilah aktif. memang banyak sangat bilangannya sampaikan banyak iklan pasal servis diorang ni boleh dibaca di internet. Even dalam newspaper pun ade. Paper mane? Korang carilah sendiri ea. Pekerja-pekerja seks ni pulak kebanyakan adalah yang diimport dari China, kemboja, thailand, indonesia, filipina dan macam-macam lagi. Bagi pelangggan-pelanggan tetap diorang ni, banyak istilah yang diorang guna untuk labelkan pelacur-pelacur ni. Yang aku tau bagi pelacur luar yang dari china dipanggil 'china doll'. Kalu dari thailand tak silap 'taipan'. Pelacur local pun ade jugak tapi aku tak da lupe ape istilah yang dibagi maybe char koay teow kot hehe. Dari segi harga, ape yang aku tau kalau local lagi mahal dari import.

Why tetiba aku bukak topik ni then ceritakan bagai nak rak? Semuanya sebab aku terbaca artikel ni :

25 May 2009
By David Yeow
. . . solicited sex in Malaysia is going through a boom. Sources in the local prostitution scene say they raked in more than RM3.2 billion last year. And that’s just the earnings of sex workers, not including the income of pimps and other spin-offs.
. . . a prostitute usually works a seven-day week, charging RM150 an hour. “Serving an average of eight clients a day, she ends up making RM1,200 daily and possibly RM36,000 a month”
. . . the syndicates that run the brothels usually have up to 100 girls under them. This could mean that a syndicate could rake in about RM120,000 a day and a whopping RM3.6 million a month. . . Malaysia has hundreds of such syndicates, each operating several brothels in their designated areas.
Many brothels in Malaysia double as “health centres” offering massage services. . . clients are willing to pay from RM60 to RM100 for an hour of massage, followed by an additional RM150 for sex. “Prostitutes who double as massage ladies also get a fee from their handlers for massage services, usually about RM20 per customer.” . . .  eight out of 10 customers will have intercourse with their masseuse, the remaining two might opt for lesser services such as foreplay.
So, in addition to as much as RM36,000 monthly from sex alone, a prostitute can add on another RM9,000 for offering “half services”, bringing her monthly untaxed income to a whopping RM45,000 (RM540,000 per annum).
. . .  “RM200 a day wages for massaging an average of 10 customers . . . a legitimate RM5,200 a month or RM62,400 a year. They can choose to pay tax on that, but most don’t.” Pimps . . .  usually collect about RM3,000 a month from each sex worker they manage.
Another recent story claimed the opposite, however: ‘Brothels and pimps in Kuala Lumpur are marketing prostitutes as “rent a wife” packages for 6 to 24 hours, says a local tabloid.’
It’s pretty much impossible to know the facts about money made in the grey economy.
– Laura Agustín, the Naked Anthropologist

Cuba korang semua bayangkan betapa mewahnya bagi manusia-manusia yang join industri pelacuran@seks ni. Walaupun di Malaysia kita secara umumnya tidak diberitakan bahawa kite ni memiliki industri seks. Tapi realitinya sama ada setuju atau tak industri seks makin membuak-buak di negara kita ni. Masa dalam kuliah tadi pensyarah aku sendiri pun pernah buat satu kajian berkenaan pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dengan seks. Salah satu respon yang dia dapat dari kaji selidik dia, budak perempuan sorang ni masih bersekolah tapi dah jadi pelacur. Apa yang buatkan aku lagi bertambah 'terkujut' budak ni sanggup flight dari kelantan ke kl setiap hari, setiap pagi. Dia akan balik ke kelantan bila petang. Setiap pagi akan ade sorang yang tunggu and amik dia bawak pegi airport dan beli tiket. Petang dia balik kelantan and sampai dalam jam 4-5 petang. Duit budak tu memang banyak hasil dari kerja dier ni. Hebatkan budak sekolah zaman sekarang.

Semua ini kerana duit dan ditambah lagi dengan pegangan agama yang makin rapuh bak biskut. Dengan tekanan hidup yang makin tinggi, beban kewangan pun makin bertambah. Manusia tak mampu nak penuhi keinginan jadi untuk dapatkan kepuasan mereka akan sanggup buat apa saje untuk memuaskannya. So tak heranlah pada zaman sekarang seorang nenek tua pun dah tak selamat tinggal seorang di rumah dan seorang ibu pun dah tidak boleh percayakan anak lelakinya menjaga adik perempuannya.Sekarang ni pun dah banyak web, blog, friends network yang tubuhkan group-group yang discuss pasal rumah pelacuran, pelacur yang senang dan murah untuk dapat dan macam-macam lagi. Itulah keadaan orang kita hari ni.

Berbalik kepada topik industri seks ni, jadi disebabkan kos yang cukup murah untuk dapatkan pelacur-pelacur asing ni maka jerung-jerung ni dapatkan diorang lebih ramai dari local. Maka diimportnya mereka ni atas pelbagai status. Ada yang pakai passport pelancong dan ade gak secara haram. Dari pembacaan di paper, mereka ni selalunya cukup muda setakat 18-25 selalunya...20 an la. Kalau tua sikit pun dalam 30 an. Bayangkan dalam usia semuda tu diorang dah beranikan diri buat keja camni dan sanggup tinggalkan negara masing-masing semata-mata nak dapatkan duit. Banyak cerita yang aku dengar mengatakan diorang ni sebenarnya tak sanggup nak buat kerja camni tapi apakan daya diorang hidup susah (aku rasa lagi susah dari kebanyakan orang kita) di negara diorang. Kalau tak masakan diorang ni kebanyakan takde pendidikan pun. Jadi untuk salahkan diorang 100% aku rase adalah tak patut. Kalau berbalik pada pelacur local pulak, kite akan dapati kebanyakan diorang ni mempunyai rekod latar belakang yang cukup teruk. Family bercerai, sekolah tak habis, takde sape-sape yang nak bagi perhatian dan kurang didikan agama.
 Jadi walau camnepun perkara yang salah ni tetap dijalankan walaupun ia haram dan sedikit sebanyak ianya menjana pergerakan ekonomi. Perkara ini tak boleh dinafikan.

Bagi aku dalam hal ini yang paling penting adalah agama. Kalau imannya kuat, agamanya kukuh maka insyaAllah walau camne dugaan sekalipun orang itu takkan terlibat dengan kerja seperti ini. Tapi malangnya manusia kini dah kurang sangat jiwa islamnya. Orang kita bila dicabar perkara-perkara berkenaan agama seperti isu penggunaan kalimah Allah cukup pantang dan bersemangat melawan, bila tiba maulidur rasul cukup bersemangat pergi berarak dan selawat. Tapi persoalannya sejauh mana kita sensitif dengan perkara ni? peka tak kita dengan keadaan anak jiran sebelah rumah kita yang mungkin ade masalah tapi kita tak pernah nak amik tau? sejauhmana kita hayati agama kita ni. Cukup ke sekadar solat 5 waktu (ramai dah umat sekarang yang solat tak cukup 5 waktu....mintak dijauhkan lah kita semua), puasa then bila cukup duit pergi haji tapi dalam masa yang sama kita tak pernah nak amik tau hal-hal macam ni? 

Dalam hal ni semua pihak kena main peranan tu penting. Pada aku kerajaan kene lagi tegas dalam bab-bab pasal kemasukan orang luar ke negara kita ni. Dalam 10 tahun terakhir ni jumlah diorang makin ramai dan kalaulah diorang semua ni dicampakkan di dalam sebuah pulau sebesar pangkor maka jadilah pangkor tu sebuah negeri. Memang ramaikan. Aku prefer kalau kita ikut contoh singapore yang cukup tegas dalam kemasukan warga asing ke negara diorang. Kalaulah kita dapat buat camtu nescaya pelacuran yang libatkan pelacur-pelacur asing ni dapat dirobohkan dan mudahlah sikit untuk kita fokus kepada golongan-golongan muda kita ni mula dari sekolah.

No comments:

Post a Comment