Powered By Blogger

Tuesday, June 14, 2011

Tatkala Bersendirian Mengingat Tuhan Dan Merenung Diri

"Aku taubat aku taknak buat lagi...."

"Tapi masalahnya iman ni ada naik ada turun..."

"Macam mana nak mengekang hawa nafsu ni....nafsu terhadap dunia?"

"Syukurlah tadi jadi something....aku terus dapat elak diri aku dari terjebak benda camtu"

"Aduii, apsal la aku ni bodo sangat...aku dah taknak lagi buat tapi apsal aku buat gak...."

"Susah betul aku nak kawal diri kau dari buat benda tu lagi...."

"Aku tak kira...camne sekali pun aku kena kawal diri aku dari buat benda tu lagi...."





Itulah naluri dan kata hati yang sering bermain dalam benak diri kita semua. Aku yakin tiap-tiap manusia baik yang buruk atau yang elok semuanya akan pernah rasai perasaan camtu. Itulah kelemahan kita sebagai manusia yang bukan maksum. Kita sebenarnya sering alpa dan selalu buat salah. Bila kita tersedar barulah kita menyesal dan berazam taknak buat lagi. Tapi masalahnya masih ramai lagi antara kita yang bila dah bertaubat tapi masih lagi ulang kesilapan yang sama. Maklumlah benda yang dah jadi tabiat dan tak terlampau kalau dikatakan benda yang dah menjadi darah daging kita jadi sememangnya bukan mudah untuk kita membuangnya melainkan dengan keazaman yang tinggi.

Bagaimana untuk kita menguatkan keazaman kita ini? Pulanglah kita kepada Allah S.W.T. Hanya DIA sahajalah tempat untuk kita balik ke pangkal jalan dan mengubah diri kita kepada yang sepatutnya. Kerapkanlah diri kita meminta pertolongan agar kita sentiasa dilindungi dari terjebak semula kepada kegiatan atau dosa lama kita. Perlu diingatkan syaitan akan sentiasa menggoda kita untuk kembali semula melakukan dosa. Apabila kita cuba untuk mengubah diri maka semakin kuat godaan syaitan serta cabaran dan dugaan yang bakal kita lalui. Maka banyakkanlah berdoa dan sentiasa meminta perlindungan kerana kita ini lemah dan sering melakukan kesilapan. Sentiasalah cuba mendekatkan diri kita semua ke arah perkara yang baik dan insyaAllah jika kesemua ini dilakukan dengan penuh keikhlasan maka Allah S.W.T. akan membantu kita kerana sesungguhnya kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-hambanya tiada tandingan dan melebihi segala-galanya. Maka jangan kita sia-siakan peluang ini.

Muhasabahlah diri kita semua setiap masa . . .


Saturday, June 11, 2011

Apabila Orang Malaysia Bergantung Hidup Dengan 'Kabel'

Assalamualaikum....



"Oh anak Mak Jemah tu dapat kerje pakai orang dalam ke....senanglah camtu gamaknyer yer..."

"Aku dapat stay kolej pun sebab mintak tolong orang opis hehehe....."

"Aku dengar ada kuota setiap lecturer .... leyh register 3 orang anak diorang masuk blaja sini...."

"Memang hang takkan dapat punyela keje kat perbandaran pasal depa smua dah tetapkan sapa yang akan dapat jawatan tu..."



4 dialog kat atas ni merupakan ayat2 yang biasa kita semua dengar especially dari bani Melayu. Tapi tak dinafikan yang sememangnya rakyat Malaysia terutamanya bani Melayu kita ni amat-amat menyukai, menggemari dan mengidam untuk mendapatkan kabel dalam apa jua yang dilakukan baik dari mendapatkan 'pink slip untuk contractor' sampailah nak beratur jumpa dr kat GH. Kalau bolehlah semua benda dalam dunia ni nak berkabel. Kalau takde kabel tak boleh hidup.

Masalah lagi satu pulak ialah ramai antara orang-orang dalam sesebuah organisasi baik private or gov semuanya nakkan kroni diorang ni dapatkan kerja sekali dengan diorang. Jadi akibatnya ramailah Bani Melayu yang menggelupur kat luar sana yang mengadu tak dapat kerja. Aduh apela nasib....dan perkara ini pernah aku lalui suatu masa dulu dan kemungkinan setahun dua lagi. Inilah realitinya bila majoriti rakyat Malaysia mengamalkan 'kabel'. Apa tak boleh ke? Jeles Ke? Nasiblah.....dan macam-macam lagi.

Realitinya jika perkara ini terus berterusan maka jangan terkejut jika 30 tahun lagi negara kita akan mempunyai sumber tenaga dan daya tenaga yang betul-betul tidak berkaliber dan berkualiti. Camne tak jadi camni kalau dah semua guna tenaga yang masuk kerja smuanya nakkan kabel. Sekarang ni lagilah semuanya nakkan kabel even nak masuk SBP pun nak berkabel hehehe...apelah nasib....apelah nak jadi.......tak yakin ke dengan kemampuan diri sendiri dan ketentuan ilahi?....kamonlah disebabkan sikap2 korang semua ni lah ramai yang takde kerje kat luar sana.

Kerajaan?? hahaha banyak sangat dasar2 merapu yang kononnya baik untuk rakyat tapi realitinya disalahgunakan. Kalau dilaksanakan dengan baik dan telus mungkin takkan jadi camni. Sebagaimana contoh bila had usia persaraan di'up'kan maka korang tak pikir ke ramai graduan-graduan akan susah dapat kerja. Korang kena ingat yang rakyat sekarang ni kebanyakan dah ada kelulusan tinggi kurang-kurang diploma bukan macam 30 tahun sudah. Kan lagi bagus kalau usia persaraan dikurangkan ke 50 tahun. Sedangkan kebanyakan diorang yang dah berumur 50 tahun ni ramai yang pikir nak pencen so why tak bagi chances pada tenaga muda yang ramai ni untuk diserapkan kan agi baik. Inilah jadinya bila keputusan yang dibuat tak pikirkan kesan jangka panjangnya.

Pada golongan muda di luar sana teruskan berusaha dan buktikan anda benar-benar berkualitas dan percayalah pada kebolehan dan rezeki masing-masing. Dan pada pihak kerajaan tolong pikir-pikirkan perkara ni sedalam-dalamnya dan tolong selesaikan dengan cepat. Klau nak mengharap semua orang meniaga memang tak bolehlah sebab tak semua orang mampu atau mempunyai harta tinggalan atau bisnes tinggalan. Kalau semua orang dah ada benda-benda tu ramai dah orang-orang ni meniaga beb. Lagi satu aku harapkan sangat kepada pihak kerajaan janganlah ditawarkan terlalu banyak kursus-kursus kat IPTA or IPTS ni tapi hasilannya tak dapat nak menampung bilangan graduan untuk diserapkan ke sektor pekerjaan sebab penawaran kursus dah melebihi perminntaan pekerjaan . Al maklumlah pekerjaan sekarang ni hampir semuanya adalah atas permintaan golongan kapitalis.....


Monday, June 06, 2011

GGMU - Glory Glory Man Utd



Assalamualaikum

Kepada semua peminat-peminat EPL season 2010-2011 dah pun melabuhkan tirai dan team yang 'munang' season ni dah pun diketahui tak lain tak bukan Man Utd. Team ni dah memang sinonim dengan trofi EPL since EPL ni start season 1992-1993 (A2lly rebranding). So sejak rebranding ni Man Utd dah menang trofi ni untuk kali ke-12 semuanya di bawah Pak Alex Fergie. So bile da build record and reputation yang gah macam ni aku rasa adalah satu tugas yang cukup2 payah untuk management Man Utd mencari pengganti Pak Alex ni bile dier retired. Entah bile dier nak retired tu entahlah. Maybe sampai dier mendiang kot hehe. Now Man Utd dah pecahkan record Liverpool yang sebelum ni di singgahsana dengan 18 kali 'munang' liga. By da way kat bawah ni aku sertakan statistic record Man Utd ni (Amik Dari Wikipedia) :

Domestic

League

Cups

European

Worldwide

Doubles and Trebles

Especially short competitions such as the Charity/Community Shield, Intercontinental Cup (now defunct), FIFA Club World Cup or Super Cup are not generally considered to contribute towards a Double or Treble.

Walaupun kalah pada 'The Best Team In The World Today' - Barcelona tapi papa pun Man Utd berhak diraikan sebab menang kejuaraan EPL season ni dengan kalahkan Chelsea. Aku predict next season sure lebih mencabar and team yang aku rasa akan jadi pencabar terkuat Man Utd adalah Chelsea, Man City and Liverpool. So pape pun GGMU :)