Powered By Blogger

Saturday, August 13, 2011

Perasaan Yang Bercampur Baur....

Assalamualaikum....

Hari ni last day aku wat keje part time aku. Pasni selama lebih kurang sebulan aku akan habiskan masa aku kat rumah dengan berpuasa, terawih dan buat persiapan raya....habiskan cuti. Next month aku kan mulakan balik pengajian aku, sem baru. Pheww honestly agk lemah gak la so aku kn wat preparation cket spya aku tak blank dan beku msa mula kuliah...

Emmm brkaitan dengan prt time job yang aku wat slama 3 bulan ni trus trang aku tak pernah trpikir akan buat balik keja-keja biasa camni. Msa bulan May ari tu dalam kepala aku cuma fikir nak mengajar....nak apply guru ganti. Dah dapat dah pun tapi di Penang. Aku senang-senang dapat job sbgai guru ganti kt sana sebab sebelum ni dah dua kali aku diberi kontak untuk mengajar. 1st SK Bayan Lepas N 2nd SK Batu Lanchang dan ini memudahkan aku untuk mendapatkan 'lesen mengajar' di sana. Tapi masalahnya adalah berkenaan tempat tinggal aku dan juga lokasi sekolah aku. Aku cuma boleh tinggal di rumah abang aku di seberang perai dan sekolah tempat aku mengajar adalah di dalam pulau. Jauh dan ini menyebabkan family aku (especially my mak) tak merestui apa aku nak buat ni. Agak frust n leceh....So aku try la plak rezeki aku untuk jadi cikgu di Ipoh. Tapi sadly sgt2...pegawai2 kat sini adalah sangat-sangat teruk dan memberikan respon yang amat menyakitkan hati aku. Dari info dari kwn2 cikgu di sini diorang kata JPN takde duit nak menggaji guru ganti even terpaksa amik bdak lepasan spm jadi guru ganti di sekolah menengah dengan gaji dari duit PIBG. Sangat2 teruk. Aku tak tau camne orang-orang JPN n PPD kat sini buat keja. Macam mana boleh tak cukup duit nak menggaji. Korang songlap ek??

So finally lepas 2 minggu aku give up dan akhirnya aku buat gak la job biasa ni untuk dptkan duit poket walaupun dalam hati aku taknak. Bukan sebab low standard tapi sebab aku dah jemu dengan keja2 camni tambahan aku nak spend masa yang lebih untuk diri aku gak. Selain tu aku jugak dah banyak kali buat job2 biasa camni. Aku pernah keja di KFC, Toycity, Tesco, Baskin Robbin shopping2 complex, supermarket, dan itu menyebabkan aku kalau boleh taknak lagi wat job2 camni. Tapi takpela mungkin rezeki takde nak mengajar kali ni.

Lebih kurg smgu cri job dpt la gak keja kt cyber cafe. Ni first time aku keja cyber cafe. Apa yang bole aku kta ni keja pling sng pnh aku wat. Aku tk penat cuma ngantuk je sbb ms keja xmnntu dan ni mnybbkn aku xckup tdo kdg2. Owner seorang Malay dan ini mmbggakan aku. Cuma mslhnya adalah managementnya mmg tgang langgang selain gaji yang kejap ok kejp tak....Tak fhm aku. Mybe sbb tu ada org ckp 'Melayu ni mn reti mniaga'...emm agknyalah...

Tapi hikmah dia aku dpt abiskan masa kau dgn wat sumthing...tmpt keja aku ni nk solat pun sng sbb ad surau dan aku dpt kwn since aku ddk Ipoh. Ini yang memberikan mkna kepda aku. kalu sblum ni bila balik rumh cuti jer aku tak tau buat apa sbb tkde kwn. Banyk abiskan masa dengan mak and abah aku jer. Now at least aku da ada kwn2 kt sni wpun majoriti diorang ni study n bukanlah orng Ipoh. Tapi tkpela. Allah telah bwk aku ke sni.

Aku harap pasni bos aku akan lebih bijak kndalikan bisnes dia sbb aku perhatikan cyber dia da mula buat hal. Servis tak berapa tip top. Jangan sekadar pentingkan untung tapi abaikan kebajikan staf. Kalu macam aku takpela sbb aku nak keja sekejap. Tapi camne dgn yang nak keja lama? Itu kn difikirkan. Walaupun aku tak berapa suka dengan bos aku leps tgk apa yang dia buat dengan kwn2 aku sblum2 ni yg da ramai kn buang tapi apa-apa pun aku ttp skong bisnes yang dia buat sbb dia seagama dan sebangsa dengan aku. Aku nk tgk Melayu yang maju dan berjaya tapi tidak lupa diri....itu yang penting.....

Sayonara....

Wednesday, August 10, 2011

When LONDON Burned

Assalamualaikum...





















                                                                         Sumber gambar dari : Huffington Post , Daily Mail dan BBC


Antara fakta dari rusuhan ini :

  • Ia berlaku selepas satu perarakan secara aman diadakan ke balai polis di Tottenham bagi membantah kematian seorang penumpang teksi yang ditembak mati polis dalam satu kejadian berbalas tembakan Khamis lalu (Pemandu tu nama dia Mark Duggan).
  • Kekacauan yang berlaku di Tottenham, utara London tercetus selepas seorang lelaki terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis.
  • Beberapa buah kereta peronda polis dan sebuah bas dua tingkat dibakar ketika beratus-ratus perusuh mengamuk di pekarangan balai polis di Tottenham High Road.
  • Perusuh memecah masuk kedai-kedai di High Road melalui tingkap sebelum dilihat menolak troli yang penuh dengan muatan barangan curi.
  • Kawasan London Tengah sering menyaksikan demonstrasi oleh golongan pelajar dan kesatuan pekerja dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi kekacauan terbaru ini merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam masa bertahun-tahun di kawasan pinggir bandar.


Kesannya pelajar Malaysia (Asyraf Haziq) turut menerima tempiasnya.....


Ringkasan dari aku : Semua ni berpunca dari kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat di mana diorang kini berhutang bertrillion US Dollar. Bila mana ekonomi diorang mengalami kejatuhan maka banyaklah negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan diorang ni turut menerima kesannya. So walaupun UK suatu masa dulu adalah kuasa besar dunia namun kini mereka hanyalah 'balachi' kepada US so  ekonomi diorang kini sedang menuju kehancuran. Begitu juga dengan Sepanyol, Greece (dah bangkrap), Itali, Portugal dan banyak lagi negara eropah lain. Jadi kesan ini juga akan turut dirasai oleh negara-negara membangun macam kita juga.

"Kemiskinan telah mula mencengkam maka kemudian timbul kemarahan dari masyarakat dunia yang memberontak dan ini semua berlaku kerana korupsi yang melanda setiap negara di dunia. Bila mana kekayaan hanya dinikmati oleh golongan elit sedangkan golongan bawahan ditindas maka jangan terkejut jika dunia akan berperang sekali lagi." - MFMY

Tuesday, August 09, 2011

Ramadhan....Puasa...Tarawikh...Beribadat.....

Assalamualaikum...

Emm agk lm tk update blog ni. Maklum je la aku agak sibuk dengan keje dan macam-macam aktiviti dan ini ditambah dengan rumah aku yang takde internet so memang tak update la jawabnya.

Ok apa-apa pun aku nak wish selamat berpuasa kepada diri aku dan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Aku harapkan puasa kali ni akan memberikan makna yang cukup baik dan hebat kepada kita semua. Moga kita manfaatkan sepenuhnya ramadhan kali ni sebab kita mungkin belum tentu akan dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun depan.




Bila story pasal ramadhan antara topik yang paling hot adalah tarawikh, bazar ramadhan dan raye. Dari pengalaman aku 15 hari yang pertama puasa ni kebanyakan orang akan 'pulun' untuk pegi tarawikh. Masjid-masjid dan surau-surau baik di kampung atau bandar akan penuh. Bagi golongan kurang bernasib baik akan pergi berbuka puasa kat sana. Waktu inilah nanti puak-puak yang tak pernah atau jarag ke surau, masjid akan kelihatan. Tapi senario ni berubah bila dah sampai tengah ramadhan. Saf-saf dah mula kurang. Naik 10 hari kemudian bilangan saf akan lagi kurang. Semua akan sibuk untuk persiapan raya.....itulah realitinya..Then bila masuk bulan lain dah tak pegi surau masjid...jadi religous di bulan ramadhan saje...camne tu? Maybe sebab kurang penghayatan dan keikhlasan agaknya dalam diri kita ni.....






Kat bazar Ramadhan pulak. Waktu ni la segala menu yang kadang-kadang tak pernah kita dengar akan dijual. Yang menyakitkan hati harga makanan kat bazar ni bukan main lagi mahal. Keadaan ni adalah amat-amat tidak best memandangkan ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan kalau jual dengan harga yang tak masuk akal tu apa citer beb. Lagi 1 bazar ni aku perhati dah jadi macam pesta makanan pulak. Yang membelinya kebanyakan (kadang-kadang aku) membeli dengan ikut nafsu. Last2 bila buka dapat teguk air da mula kenyang and termenung tengok makanan yang banyak atas meja. Kalu siang letih puasa pas buka puasa letih sebab makan banyak.....walah wei....Kebetulan masa ari ke 2 or 3 puasa kt berita tunjuk kemeriahan bazar...then bila masuk news luar negara story pasal kebuluran kat afrika. Bayangkan kalau kita kat sana? Tak makan sampai dapat malnutrisi.....



Persiapan raya pulak. Aku perhati ramai orang kita ni bukan main rak lagi. Tak salah kita nak beraya ni dan memang patut kita meraikannya tapi sedar tak ramai antar akita ni bila masuk citer baju bukan main lagi story 3 4 pasang la...nak tu nak ni...tu belum masuk perabot, kereta, kadang-kadang rumah pun ada. Awal2 puasa...baru hari pertama da citer pasal baju raya...nape lah orang kita jadi camtu. Tambah-tambah sekarang dengan keadaan ekonomi yang teruk korang pernah tak terpikir macam mana nasib orang-orang susah sambut raye? Jangan tengok orang yang senang jer....



So moralnya bersederhanalah dalam apa jua yang kita buat. Di bulan yang penuh dengan rahmat ni adalah lagi baik kita banyak lakukan sedekah dan beribadat...teruskan dan kekalkan momentum tu walaupun dah abis ramadhan...itu yang terbaik....pape pun kita sama-samalah pikir yang terbaik. Moga Allah ampuni kita semua...aminnn