Powered By Blogger

Thursday, April 28, 2011

Didiklah Jiwa Agar Sentiasa Redha

Mensyukuri nikmat dan sabar ketika ditimpa musibah pengukur darjat keimanan

FIRMAN Allah yang bermaksud:
“Allah maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah al-Mulk, ayat 1-2)
Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah. Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hambanya.

Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar.” (Maksud al-Hadis)
Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah maha mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta,” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati.” (Surah al-Haysr, ayat 2)
Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka.

Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan. Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang.

Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.

Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.

Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati.

Bersyukur kepada Allah dan membilang nikmatnya

Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmatnya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin.” – (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.” (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata:
“Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat.” (Surah an-Namlu, ayat 20)
Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.





Musibah menghapuskan dosa

Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan .
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya.” (Maksud al-Hadis)
Bersabar tanda kemenangan

Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat.” (Surah al-Hadid, ayat 23)
Berdoa dan memohon pertolongan hanya kepada Allah

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan.

Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting. Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.

Membaca al-Quran

Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan fahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.

Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.

Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

Wednesday, April 27, 2011

Imbauan Pengalaman Silam 1 - Persaingan Akademik

 Assalamualaikum...




Suatu masa sekitar awal 2008....Selepas tamat sesi persekolahan

"Cikgu saya asyik kena marah dengan ayah ja pasai periksa teruk."

"Kenapa kamu cakap macam tu kat cikgu?"

"Saya tak macam orang lain cikgu. Saya memang tak pandai. Tahun depan saya nak UPSR tapi banyak lagi benda yang saya tak paham. Macam mana saya nak jawab. Ayah kat rumah tak abis-abis dok bising ngan marah ja. Dia tak nak paham pun apa saya rasa cikgu."

"Kamu ada buat tuisyen ka kat rumah?"

"Ada cikgu tapi saya belajaq kat tuisyen pun payah. Kawan-kawan kat sana dok bising nak main. Saya tak boleh nak belajaq."

"Oh camtu ka. Kat sekolah ni kamu tak pi jumpa mana-mana cikgu yang ajaq kamu ka? Kamu boleh pi jumpa depa pas sekolah takpun kamu pi buat temujanji dengan depa."

"Saya segan cikgu. Ya lah dalam kelas pun ada sorang dua cikgu yang dok marah saya ja pasai tak paham. Kalau saya pi jumpa depa nanti depa kata apa pulak. Saya tegoq depa kadang-kadang nak tanya pasai keja sekolah pun depa macam tak layan."

"Kamu lemah subjek apa? Cuba bagitau kat cikgu."

"Saya tak pandai matematik, sains dengan bi cikgu. Payah nak paham. Saya tak pandai bi."

"Subjek lain?"

"Yang lain tu bolehlah. Tak lah terer sangat tapi takda la sampai dapat E."

"Ohh macam tu ka. Cikgu bolehlah cuba ajaq kamu subjek sains, matematik dengan bi tu. Tapi taklah sampai kamu amik UPSR pasai cikgu pun lagi 2 3 minggu ja lagi kat sekolah ni."

"Cikgu nak tukaq sekolah ka? Awat?"

"Takdalah tukar sekolah. Cikgu ni cuma ajaq ikut kontrak ja. La ni kontrak da nak abis. Elok ja abis kontrak ni cikgu nak pi sambung blajaq kat UKM."

"Tak bestlah camni cikgu, saya dok harap kat cikgu ja pasai cikgu ajaq bm kat kelas. Pasni saya nak harap kat sapa pulak."

"Kamu janganlah cakap macam tu. Lepas ni Cikgu Fatimah masuk sekolah balik. Dia cuti bersalin ari tu. Nanti mesti dia akan tolong kamu sampai UPSR nanti. Takpalah untuk masa yang ada ni cikgu akan cuba tolong kamu. Pada cikgu masalah kamu ni pasai kamu tak paham bi kan? Kalau soalan macam matematik tu terus je direct tanya tambah, tolak,darab,bahagi, timbang kamu boleh jawab?"

"Kalau had soalan camtu saya bolehlah sikit-sikit cikgu. Cuma sains tu payah sangat lah banyak saya tak paham. Ayah dok bising nak saya dapat 5A, nak saya dapat nombor 1, nak saya dapat hadiah sekolah. Saya tak pandai cikgu."

"Ohh macam tu ka. Maaflah kalau cikgu tanya ya. Kamu pernah tak cerita kat ayah kamu pasal masalah pelajaran kamu?"

"Pernah lah gak tapi tu lah ayah asyik dok banding dengan abang, kakak. Depa masuk MRSM dapat 5A salu dapat hadiah. Depa lainlah pandai. Saya ni tak. Tiap kali balik kampung pakcik pulak dok tanya pasal periksa saya. Dia takpalah sepupu saya pun pandai-pandai salu dapat nombor 1. Abang menakan pulak masuk universiti dah. Tu yang ayah dok bising kat saya tu."

"Emm cikgu paham apa kamu rasa. Dahlah tu la ni da dekat pukul 2. Ramai cikgu dah balik. Cikgu pun nak balik ni pasai ada hal petang sat gi. Esok kamu ajaklah 2 3 kawan kamu belajaq sama-sama kat kelas 5 Biru. Pukul 2 petang boleh?"

"Ok cikgu, boleh nanti saya habaq kat kawan-kawan. Cikgu nak buat berapa lama? Saya kena habaq kat ayah pasai dia dok amik saya balik?"

"Takpalah kita buat sampai pukul 3. Sejam ja. Esok cikgu ajaq bi ok. Kalau ada kerja sekolah bi esok pun kamu boleh bawak kita bincang sama-sama ok."

"Ok cikgu terima kasih banyak. Saya balik dulu cikgu. Ayah saya dah mai."

"Ok, sama-sama. Balik elok2."



Dialog antara aku dan bekas anak muridku (A - nama samaran) yang quitely agak panjang namun masih segar di ingatan ini. Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa ini. Sedar tak sedar 3 tahun berlalu. Dia pasti kini sudah berada di tingkatan 2. Khabar akan dia tidak aku dengar hampir 2 tahun lebih. Selepas aku menyambung pengajian aku hanya berhubung dengannya melalui friendster dan ianya tidaklah lama. Namun yang pasti aku sentiasa mendoakan kejayaannya. Amin...

Sepanjang aku mengajar di sekolah tersebut hampir enam bulan, Apa yang aku perhatikan A merupakan seorang murid yang baik. A seorang yang menghormati gurunya, berdisiplin di dalam bilik darjah dan A merupakan salah seorang murid yang disayangi oleh seorang guru agama di sekolah ini kerana kebolehannya membaca al-quran dengan berlagu di samping kerap mendapat A dalam subjek Pendidikan Islam. Namun setiap insan mempunyai kelemahan tersendiri dan A sebenarnya lemah dalam subjek Bahasa Inggeris. Akibatnya ia mempengaruhi pencapaiannya dalam subjek matetik dan sains (pada waktu itu ia diajar dalam Bahasa Inggeris).

A juga tertekan dengan persaingan akademik dan ini boleh digambarkan dengan apa yang diluahkannya kepada aku dalam dialog di atas. Jujurnya aku faham apa yang dirasakannya kerana aku sendiri pernah mengalaminya. Mengenai pembelajaran subjek Bahasa Inggeris itu, pesanan akhir aku kepada A sebelum meninggalkan sekolah adalah bacalah apa sahaja bahan yang disukai dalam Bahasa Inggeris dengan kamus disediakan sekali. Jangan takut salah sebab yang penting dalam Bahasa Inggeris ini adalah faham apa yang terdapat dalam bahan bacaan itu dan jika diamalkan maka perlahan-lahan kamu akan dapat menjawab dan menguasai sedikit sebanyak Bahasa Inggeris itu. Ini adalah petua yang diberikan oleh guru Bahasa Inggeris aku sendiri ketika di sekolah menengah. Pada aku sebenarnya yang menjadi masalah bagi seorang itu menguasai Bahasa Inggeri adalah sikap segelintir orang yang suka memperlekehkan usaha mereka dan juga sikap sesetengah guru yang sering mengkritik kesalahan muridnya namun tidak pernah memberikan tips dan sokongan yang sebenar dan jitu kepada muridnya.

Persaingan dalam akademik...

Apa yang aku perhatikan dan rasai sepanjang aku belajar dari kecil hingga kini adalah sikap orang kita terhadap pelajaran di mana perlu berlumba-lumba. Dalam hal ni seorang murid yang dapat skor dalam exam akan diberi pujian, hadiah dan macam-macam lagi. Bagi yang gagal, mereka tidak akan dipedulikan oleh sesiapa termasuk guru mereka. Setiap tahun kita akan disajikan dengan kejayaan pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM yang skor 'straight A'. Masalahnya di sini gred A tu sebenarnya betul-betul A ke? A dari segi apa sebenarnya? Dari sudut penghayatan? Setau aku kita ni belajar untuk exam sahaja. Itulah budaya kita. Lama kelamaan akibat nak kan sangat A tu maka semua ibu bapa nak anak-anak mereka dapat A. Mereka dibanding-bandingkan dengan semua orang termasuk adik beradik mereka sendiri. Bila musim keluar result exam semua kejiranan akan heboh dan kecoh untuk mengetahui keputusan anak-anak dan jiran-jiran mereka.  Apa yang aku lihat mereka yang tidak mendapat banyak A akan tersisih manakala yang banyak A akan disanjung. Apakah ini yang sistem pendidikan kita mahu dan lahirkan?

Bagi aku persaingan dalam akademik sebenarnya adalah satu perkara yang lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan. Lets all of us think about it.....

Seorang murid yang selalu dibanding-bandingkan ini akan alami esteem kendiri yang rendah. Waktu ni lah mereka akan rasa diri tu tersisih. Tak seperti orang lain. Hidup dalam keadaan yang tidak membangkitkan semangat mereka. Mereka ditekan untuk capai straight A dan untuk mencapainya adalah mengadap buku...study...study...study...tapi hanya dengan buku. Mereka dikunci, dirantai dari keluar rumah. Habis sahaja sekolah pergi tuisyen sampai senja. Malam pula nak siapkan homework yang cikgu bagi dan kadang-kadang homework adalag tidak munsabah sebab cikgu nak abiskan silibus dengan segera. Faham atau tidak murid tu tak pernah difikirkan sangat.Setiap hari perkara yang sama dilakukan dan setiap tahun ianya dipanaskan dengan keluar tajuk di dada-dada akhbar "Murid Pintar 5A Tahun Ini seramai 30000 orang" dan macam-macam lagi. Pintar ke? Pintar apa ye? Itu sahaja yang difikirkan dengan satu tujuan? Kena skor untuk masuk u pastu dapat kerja bagus. Bila tak dapat skor disisihkan dan kadang-kadang tu sampai dibuang. Apa semua ni? Adakah ini yang sistem pendidikan kita nak? Tak kan. Ibu bapa kini aku perhatikan makin menggila hendakkan anak-anak mereka ini mencapai sasaran itu. Bayangkan sejak berusia 2/3 tahun sudah mula mendidik anak mereka membaca, mengira, bertutur dalam Bahasa Inggeris (Ibu bapa yang educated). Bagus bukan. Dan ini berterusan bila mereka ke sekolah. Daftar tuisyen dan setiap tahun hendak pastikan semua rekod akademik adalah A. Subjek-subjek penting dalam exam awam mesti tuisyen. Kalau subjek macam Sejarah Pendidikan Islam tak perlulah. BM, BI, Math kena skor. Apa nak jadi dengan orang Malaysia ni? Belajar semata-mata untuk dapat A semua pastu dapatkan kerja bagus and dapat hidup mewah, Itu sahaja. Macam mana dengan penghayatan? macam mana dengan pembelajaran luar? macam mana dengan bersosial? macam mana dengan pengetahuan dan ilmu yang memang takde dalam buku? Macam mana dengan pengetahuan keadaan semasa? Macam mana?

Keadaan ini akan berterusan sampailah murid tu masuk universiti. Bila masuk hanya tumpu pada kuliah sahaja. Ilmu dari buku sahaja yang berkaitan dengan bidang yang dipelajar sahaja. Macam mana dengan pengetahuan isu semasa? macam mana dengan kemahiran insaniah? macam mana dengan kemahiran mengadaptasi sesuatu keadaan? pengalaman kerja? pengalaman mencari duit sendiri? Tiada....ramai sangat manusia yang macam ni baik di IPTA dan IPTS. Inilah manusia, insan yang kita lahirkan dari sekolah. Itu bagi yang berjaya masuk universiti (maybe pakai kroni, kabel atau pun meniru siapa tau kan?). Bagi yang tercicir? Yang tak dapat nak masuk kerja? Yang takde SPM? Apa nasib mereka. Even yang skor semua A pun ramai yang bermasalah sosial dan lupakan agama serta yang lebih teruk berlagak menjadi tuhan seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Inilah akibat bila belajar takde penghayatan dan inilah yang sedang berlaku kini dan sebelumnya. Inilah realiti bila kita hidup dalam satu sistem yang mengongkong kita. Inilah yang berlaku bila persaingan dalam akademik ini berlaku. Bagi aku persaingan tu hanya dalam sukan contoh bila Man Utd menang dengan Liverpool. Itu baru persaingan. Kalau nak bersaing dalam sukan bukan dalam akademik. Bila bersaing dalam akademik akan berlakulah benda-benda macam bawak nota kecik dalam dewan, tak bagi nota pada kawan-kawan, tak tolong kawan-kawan yang tertinggal dalam kelas, sisihkan mereka yang lemah. Tiada istilah solidariti dalam hal ini. Walhal ilmu pengetahuan adalah perlu dikongsi dan disebarkan dan inilah yang Islam ajar kita bukan. Tapi berapa ramai yang amalkan secara total.....Fikirkan.




Sekadar Lontaran Pandangan Ikhlas Dari Aku.....Untuk Aku Nukilkan Di Sini Bagi Tatapan Kita Bersama....

Tuesday, April 26, 2011

Andainya Lelaki Tahu...




Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.





Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.



Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.