Powered By Blogger

Sunday, March 13, 2011

Nostalgia HP Dalam Keluargaku Yang Tersayang

Assalamualaikum...

HP@Telefon bimbit telah menjadi keperluan setiap insan pada zaman kini. Dulu sekitar awal 80an hingga penghujung 90an sesiapa yang ade hp akan dianggap kaya. Manakan tidak hp merupakan barangan elit yang cukup mahal dan hanya orang-orang yang dianggap berkerjaya hebat mampu memilikinya. Pada sekitar 90an hp dan satu lagi produk iaitu pager merupakan produk yang cukup mahal harganya. Setau saya produk hp dan pager sekitar era ni yang femes berjenama Motorola dan Siemens. Yang lain saya tak pasti pulak. Seingat saya masa saya berumur 8/9 tahun ada satu jenama hp yang dikeluarkan tempatan tak silap namanya smartphone. Saya ingat lagi bentuknya sikit-sikit. Tapi tak jumpa pulak gambranya dalam internet. Kalau salah tolong betulkan yer ^_^



                                              Pager Jenama Motorola

                            
                                     Motorola DynaTAC 8000XA (1983)


Nokia 1610 (1995)    

Motorola MicroTAC 9800X (1989)
Siemens Mobiletelefon C1 (1985)

Siemens S1 (1992)


Motorola DynaTAC @ BEKAL AIR.....Yang ni paling femes kan hehe


Ok dalam family aku, insan yang menjadi pelopor menggunekan hp adalah ayah aku. Seingat aku dia start pakai hp sekitar 1998. Hp yang dia pakai masa tu brand Motorola. Of cos la becoz brand tu yang paling femes in 90s. Cari-cari dalam internet jumpe model hp tu. Nostalgik sungguh hehehe.....







Hp ni dari model Micro TAC Elite. Apa yang saya baca kat internet model ni nipis dari Micro TAC. Tapi seriously saya sukakan bentuknya yang bagi saya classic dan cun. Masa ni simcard memang besar, sebesar ATM kad kita hehehe. Hp ni tak silap saya dibeli dengan harga yang murah dari sorang kawan. Dalam pada tu lebih kurang setahun kemudian datang hp kedua pun dari jenama motorola. Tak sure ayah beli atau kawan yang bagi. Kalau beli pun mesti dengan price yang cukup murah. Tapi hp ni tak pernah dipakai. So saya sure ni mesti orang bagi hehehe. Hp yang saya maksudkan ni dari model Micro TAC 8700.



Then lepas beberapa tahun, Nokia pulak naik femes. Sekitar tahun 2000 kalau tak silap ayah saya pulak menggunakan hp nokia pertamanya Nokia 3210. Bagi saya hp memang cantik designnya. Waktu tu pulak tak silap hp ni jugaklah hp yang pertama boleh tukar housing. Memang canggihlah. Siap boleh hantar sms lagi hehe.



CUN kan hehehe


Tak lama pastu dalam setahun lebih ayah pulak beralih arah pergi tukar hp Nokia 3310. Greatest Nokia HP all time for Malaysian hahaha. Hp ni la orang panggil hp baling anjing. Maybe sebab padat n berat. Sekitar 2002 kawan-kawan sekolah saya dah mula pakai hp jenis ni. Saya? Heheh tak. Tak mampulah. Tengok je dah lah...Waktu ni merupakan waktu panas hp jenis ni. Banyak housing dikeluarkan. Memang best. Lagi emmm...ringtone lagu hehe. Ia dari jenis monotone tapi jadi kegilaan pada semua orang waktu tu untuk mencari kod-kod monotone untuk dicompose menjadi lagu. Cikgu sekolah saya pun gilakan ringtone masa tu. Siapa yang ada ringtone yang latest dia la paling hebat hehehe sampai macam tu sekali. Masa ni tak silap abang saya pun dah guna hp. Tak sure sama ada model ni atau 3210.




Ayah pulak dalam masa ni beli hp Ericsson T28. Gilakan hp tu sampai beli jugak akhirnya walaupun dah mule kureng waktu ni. Hp tu masa sekitar 1999 memang femes sangat sebab mahal hahaha. Masa tu ada rancangan Who Wants To Be A Millionaire. Pengacara dia Jalaluddin Hassan akan gune ayat ni  bile peserta tu gune talian hayat nk contact family/rakan "Baiklah saya akan menghubungi rakan kepada encik.....dengan menggunakan hp ericsson T28 saya". Haha kelakar betul bukan main berlagak lagi. Masa hp ni kuar harga dier lebih RM2K. Hp ni jugaklah yang jadi best hp waktu tu. Paling ringan n nipis di dunia. Siapa yang pakai memang kena jaga betul2 takut hilang dicuri orang.
 Kalau orang pakai sekarang pun still releven.
Kemudian sekitar 2003 ayah beli hp Nokia lagi hehe...model 8250. Hp ni orang panggil butterfly. Quitely really nice design dier. Hp ni jugak merupakan hp pertama saya masa mula-mula further study di kolej. Tapi malangnya hilang sebab kecuaian saya sendiri. :-(    tertinggal di public phone. Masa tu nak call kawan tapi takde kredit. Baru je masuk office pastu kluar tengok kat public phone dah hilang. Emm takde rezeki...redha jer lah.


Kemudian sekitar 2004 kalau tak silap ayah tukar hp lagi. Tapi kali ni kepada Samsung. Model SGH310. Hp poliponik and kaler hahaha yang first dalam family saya. Masa tu memang canggih sangat bila tengok hp ni. Dalam box siap dengan CD ringtone dengan wallpaper. Hp ni ayah beli....emmm tak tau berapa mungkin dalam sekitar 600-700 time tu agaknya.


Kemudian dalam sekitar 2005 nak masuk 2006 ayah tukar lagi hp. Hahaha aduyai memang penggemar hp la ayah saya ni kan. Back to Nokia. Masa tu nokia kuarkan hp kamera. Wah sape boleh tahan kan. Ayah dapat hp ni 2nd hand kalau tak silap. Kaler purple...still igt lagi.


Lupa nak cerita. Masa hp Nokia 8250 saya hilang, ayah telah belikan saya hp 2nd hand Nokia 2100. Thanks abah. Maaf susahkan abah.     
Haa Kaler ni lah sejibik hahaha

Hp ni sampai sekarang ada tapi dah bagi pada pakcik kat kampung hehe


Abang saya pulak waktu ni dah tukar hp Nokia 3310 kepada Sony Ericsson K500i. 

 Sony Ericsson K500i

Lepas tu saya kumpul duit hasil dari kerja masa cuti di Gurney Plaza Penang. Cukup je duit saya sambar pulak hp ni Motorola E398. Entah nape tetiba sambar hp ni sedangkan ramai yang masa tu pakai nokia termasuk kawan-kawan. Maybe sebab design dia yang saya suke.


Hp ni memang banyak kenangan. Saya pakai sampailah saya tukar kepada model seterusnya. N-Gage QD sekitar 2006. Yang kelakar masa pakai N-Gage QD ni abang saya pun terus tukar gak ke model yang sama 2 3 hari pastu hahaha. Waktu ni ayah dah tukar pakai hp Nokia 7610....Antara hp paling femes pada era 2000 ni pada saya selain sabun 6600 hehe. Kawan-kawan panggil daun sebab design dier yang macam daun. Yeke?


Nokia 7610....cun

Disebabkan saya dan abang memang suke main game, jadi hp ni dijadikan pilihan yang paling ideal. Masa mule-mule pakai memang banyak game yang kami masukkan dalam mmc sekali dengan lagu. Time tu kami gune software oggplay sebab saiz lagu yang tak besar disamping kualiti bunyi yang best. Hp ni memang saya sayang sangt n banyak nostalgia. Tapi sayang masa 2008 hilang dicuri orang sewaktu saya kerja di Ultimate Sports Tesco. Memang terkilan dan sedih sangat sebab banyak nombor contact kawan yang lost. Sampai sekarang tak dapat balik nombor-nombor tu. emmmmm

Ohya sekitar 2007 ke 2008 ayah gune hp Nokia model 6680. Hp 3G first yang ayah beli. Design dier tak berapa best pada saya. Tapi function dia memang tip top waktu tu.


Nokia 6680

Waktu ni mak pun dah mule gunekan hp. Hehe lama btul baru mak nak belajar gune hp. Maybe sebab kawan-kawan dier pun dah ade hp. Hampir semua pulak tu. Ni la model dier. Nokia 1600. Simple but ade kaler n poliponik....nice phone


Berbalik pada cerita hp saya yang hilang tu. Kira-kira sebulan kemudian saya beli hp Sony Ericsson K800i. Hp yang saya gunakan sampai sekarang. Dah calar2 dah pun hehehe. Tapi hp ni memang best. Masa masuk UKM pun ramai kawan-kawan pakai. Saya beli dalam price RM750. Ade rosak sekali. Hantar repair di kedai pakai warranty kedai. Tapi lambat betul siap dekat sebualn lebih. So nak tak nak terpaksalah beli lagi satu hp sebab susah sangat takde hp kat kampus ni. Saya belilah Nokia 1200 hehe back to basics. Until now saya pakai dua hp ni. Nokia 1200 ni memang superb. Tak pernah rosak. 2 Hp ni la kawan baik saya sepanjang pengajian yang dah 3 tahun di UKM. Setahun je lagi InsyaAllah abislah...aminnn



Ayah pulak dah tukar hp yang mana hp ni masih digunakan sampai sekarang. Nokia N70. Hp ni antara feveret saya sebab design dier yang cantik. Dah 4 tahun rasanya ayah pakai hp ni. Lama kan. But masih dijaga dengan baik and takde calar pun.


Sementara tu adik saya pun dah pakai hp. Tapi dia ni memang cuai seperti saya or mungkin lebih lagi sebab ade beberapa model hp yang dia pakai dah hilang or kena curi. Antara model yang pernah dier pakai tak silap Sony Ericsson 530i dengan Nokia 7610 (Ayah bagi). Sayang betul dua tu hilang dicuri. Pastu ayah marah sangat and tak nak bagi dah dier pakai hp. Tapi ayah kan. Sayang kat anak tu tetap ade. Dia belikan jugak hp walaupun 2nd hand LG (KG 800). Tapi lama gak la baru adik dapat pakai hp. hahaha

Sony Ericsson 530i

LG KG 800

Masa pun dah berlalu dan setiap hp yang pernah kami semua gunakan mempunyai kisah yang tersendiri. Sekarang ni hp yang saya pakai macam saya kata tadi Nokia 1200 dan Sony Ericsson K800i. Macam tu jugak dengan ayah, masih setia dengan hp Nokia N70.

Adik pulak dah tukar hp baru Nokia 5530 Xpress Music....beli dengan duit simpanan hasil kerja...bgus

Nokia 5530 Xpress Music


Mak pulak dah guna Nokia N73 SE. Hehe ayah belikan 2nd hand untuk dia tak silap dalam RM 200 ...

 Nokia N73

Abang pulak dah kahwin dengan kak ipar. Masing-masing menggunakan hp yang canggih. Abang pakai Nokia X6. Kak ipar pulak guna Nokia 5800 Xpress Music

Nokia X6
Nokia 5800 Xpress Music

Hp sekarang dah makin canggih. Kalau dulu saya selalu amik port pasal perkembangan hp ni sekarang tak lagi. Malas nak amik tau. Kalau dulu setiap function hp mesti nak tau and kena ade n gune tapi skrang saya guna hp cume utk sms, call n kadang2 je mms. 3G tak pernah pun gune hehe. Quitely agak membazirkan. Tapi cume pada saya je la sebab saya tak gunakannya. Family saya yang lain gune. Kalau ayah kerap gune 3G sebab nak tengok rupenye cucu dier same2 dengan mak saya hehehe.

Bile dikenang balik walaupun hanya dengan hp. Tapi kita boleh imbas setiap perkara, kenangan dan peristiwa yang terjadi sepanjang kita gunakan hp tu. Peristiwa yang baik kita kenangkan, yang tak baik jadikan iktibar. Kalau yang hilang tu redha jerlah sebab tu semua rezeki dari Allah yang dipinjamkan untuk kita semua. Saya yakin anda juga pasti ada kenangan dengan setiap barangan yang dibeli dan digunakan. Bukan sekadar hp saja tapi apa jua baik dari yang percuma hinggalah kepada murah dan mahal. Apa yang paling penting ialah nilai kenangan tu sebab masa takkan berlalu dan hanya dengan menatap barangan kesayangan kita ini kita boleh imbas semula apa yang berlaku dan jadikan iktibar bagi semuanya.

Apa yang baik semuanya datang dari Allah S.W.T...moga kita semua dirahmatiNYA. Aminn......

No comments:

Post a Comment