Powered By Blogger

Thursday, June 23, 2011

Kisah Benar Seorang Bintang Porno

Assalamualaikum...

Kepada semua gang-gang lelaki kat luar sana yang suka sangat-sangat tengok blue film/porn movie aka filem lucah kat bawah ni ada satu pengakuan dari sorang bintang filem lucah yang dah 'resign' dari buat kerja tu. Dia storykan gak realiti sebenar kehidupan seorang porn star. Maybe bila dilihat dalam video tu diorang nampak enjoy, ghairah dan feel good tapi realitinya tidak. Diorang ni kalau boleh nak hidup macam orang lain gak. Tapi apakan daya ramai antara diorang yang kecundang. So kepada anda semua yang selalu kutuk-kutuk diorang ni aku harap pasni janganlah korang nilai diorang ni ikut suka korang jer. Aku bukanlah nak sokong pe yang diorang buat tapi sebagai seorang manusia kita janganlah menilai sesapa pun walaupun dia tu seorang pelacur sekalipun. Hidup ni penuh dengan dugaan dan cabaran. Hanya Allah sahaja yang berhak menentukan nasib hamba-hambanya. Bukan kita. Ingat tu pesanan ikhlas untuk diri aku dan jugak korang semua.


Berikut merupakan sebuah kisah dari seorang bintang filem seks yang kini sudah bertaubat. Kini Shelley aktif berkempen untuk meninggalkan dunia perfileman porno. Berikut merupakan kenyataan dari beliau. Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila ke laman web http://www.shelleylubben.com

Gadis cantik, bertubuh seksi, memiliki mata yg membangkitkan ghairah seakan-akan berkata "aku menginginkanmu". Itu yg biasa kamu lihat di muka hadapan filem lucah, boleh jadi itulah penipuan terbesar sepanjang masa. Percayalah, aku tahu. Aku dulu pernah melakukannya sepanjang waktu dan aku melakukannnya kerana "nafsuku" akan kekuasaan dan kecintaanku kepada WANG.

Aku tidak pernah menyukai seks. Bahkan aku tidak menginginkannya dan kebenarannya aku lebih banyak minum "Jack Daniels" daripada bersama lelaki-lelaki yg dibayar seperti aku untuk "berpura-pura" di filem. Ya benar tidak ada diantara kami – gadis-gadis berambut perang yg menyukai "being in porn movie". Kami benci disentuh oleh orang yang tidak dikenali yang sama sekali tidak peduli dengan kami. Kami benci dipandang rendah oleh mereka, lelaki dengan kelibat menjengkelkan mereka dan berbau busuk.
Ada diantara kami sampai muntah di bilik mandi ketika rehat penggambaran. Ada diantara mereka yang lain berusaha menenangkan diri dengan merokok tanpa henti. Tapi industri porno ingin agar "ANDA" berfikir bahawa artis porno seperti kami sangat menggemari seks.

Mereka ingin kamu percaya bahwa kami senang diperlakukan seperti binatang dalam berbagai jenis adegan di dalam filem. Kebenarannya, artis porno sering tidak tahu apa saja adegan yang akan mereka lakukan di saat pertama kali datang ke lokasi penggambaran dan kami hanya diberi dua pilihan oleh produser : "Lakukan atau Pulang Tanpa Bayaran". "Kerja atau tidak akan boleh bekerja lagi."

Ya memang benar kami mempunyai pilihan. Ada diantara kami memang sangat memerlukan wang. Tapi kami dimanipulasi, dipaksa bahkan diancam. Diantara kami ada yang dijangkiti AIDS kerana kerjaya ini atau berbagai jenis penyakit kelamin lain yang sukar disembuhkan. Salah seorang artis filem porno setelah tamat penggambaran dengan menahan sakit sepanjang hari setelah membunuh diri dengan menembak kepalanya dengan pistol setelah tiba di rumah.

Kebanyakan dari artis porno mungkin berasal dari keluarga yang bermasalah dan pernah mengalami penderaan seksual dan diperkosa sama ada dari ahli keluarga atau kenalan rapat mereka sendiri. Ketika kami kecil apa yang kami inginkan adalah bermain dengan anak patung bukannya menjadi hamba pemuas nafsu lelaki dewasa. Jadi sejak kecil kami belajar bahawa seks boleh menjadikan diri kami lebih berharga.

Dan dengan semua pengalaman mengerikan itu kami menipu anda semua di hadapan kamera padahal sebenarnya kami membenci setiap minit yang melibatkannya. Kerana trauma kebanyakan pelakon lucah hidupnya bergantung kepada alkohol dan dadah. Hhidup kami juga selalu diliputi ketakutan akan dijangkiiit HIV atau penyakit kelamin yang lain. Herpes, gonorrhea, siplis, chlamydia, dan lain-lain setiap hari menghantui kami.

Memang setiap bulan kami diperiksa tetapi ianya tidak akan dapat mengelakkan kami dari dijangkiti penyakit-penyakit bahaya tersebut. Selain penyakit, adegan di set penggambaran tidak kurang juga menyeksa kami. Ramai diantara kami mengalami kecedaraan atau luka pada organ tubuh bahagian dalam tubuh kami. Ketika di luar set penggambaran kami sering berharap agar dapat hidup dengan normal seperti orang lain.

Namun begitu adalah amat sukar untuk kami menjalin hubungan yang normal dengan lelaki biasa, maka dari itu kebanyakan dari kami berkahwin dengan penerbit filem lucah atau menjalani hidup sebagai seorang lesbian. Bagi saya saat tidak akan dapat dilupakan adalah ketika tanpa sengaja anak perempuan saya melihat ibunyaberbogel dan sedang bercumbuan dengan gadis lain.

Anak saya pasti akan terus mengingatinya juga. Pada hari yang lain kami boleh berubah menjadi seperti 'mayat hidup' dengan botol bir di tangan kanan dan gelas wiski di tangan kiri. Kami tidak boleh membersihkan diri dan tempat tinggal maka oleh itu kami mengupah pembantu rumah untuk membersihkan kami dan tempat tinggal kami. Selain itu artis porno tidak pandai memasak sendiri.

Biasanya kami memesan makanan yang kemudian kami muntahkan lagi kerana kebanyakan dari kami menderita *bulimia*. Bagi artis porno yang memiliki anak, kami adalah ibu yg paling BURUK. Kami menjerit dan bahkan memukul anak kami tanpa alasan. Seringkali di saat itu kami mabuk dan mendera anak kecil kami dengan menyeret ke lantai.

Dan ketika ada tetamu (kebanyakan kerana alasan sex) kami harus mengunci anak kami terlebih dahulu dibilik mereka dan menyuruh mereka untuk diam. Saya sendiri sehingga ke tahap memberikan telefon mudah alih kepada anak saya untuk memudahkan saya menghubunginya setelah melakukan kegiatan tidak bermoral itu. Kebenarannya ada di luar sana….

Realitinya 'Tidak Ada Fantasi di dalam Industri Perfileman Lucah'. Semuanya hanyalah penipuan dan pembohongan semata-mata... Jika anda boleh melihat ke dalam kehidupan sebenar bintang filem lucah mungkin kamu akan kehilangan minat menonton filem tersebut. Kenyataan sebenarnya kami artis filem lucah ingin mengakhiri semua rasa malu ini dan semua trauma dalam hidup kami. Tapi sayangnya kami tidak mampu melakukannya sendiri.

Kami berharap anda terutamanya kaum lelaki membantu kami, memperjuangkan kebebasan dan kehormatan kami. Kami ingin anda memeluk kami di saat kami mengesat air mata dan menyembuhkan luka di hati kami. Kami berharap anda berdoa untuk kami dan semoga Tuhan akan mendengar dan mengampuni semua kesalahan kami di masa lalu.

Filem lucah tidak lebih dari sekadar seks palsu dan penipuan di hadapan kamera. Percayalah…….!

Ikhlas dari Shelley Lubben

2 comments:

  1. I'm Sonja McDonell, 23, Swiss Airlines Stewardess with 13 towns in oversea, very tender with much fantasies during emergency cases in my wonderful job. Oh yes, we've some cells in our brains in a young age, wich so called normal girls don't have. These cells become active during the early puberty, mostly with 9-10 yo. They can never be erased & it's important to keep them active. I had my best sex every night with girls in the night club in the Travel hotel in Jakarta. I was enchanted, how 5 girls, 21-27 years old, did it with me, which is rather unusual between girls.
    sonjamcdonell@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. saya mengetahui akan pekara ni...filem porno hanya lakonan semata...dan kebayakkan editing yang berlebihan...so kalau jumpa korang...harap korang dah berubah

    ReplyDelete