Powered By Blogger

Tuesday, June 14, 2011

Tatkala Bersendirian Mengingat Tuhan Dan Merenung Diri

"Aku taubat aku taknak buat lagi...."

"Tapi masalahnya iman ni ada naik ada turun..."

"Macam mana nak mengekang hawa nafsu ni....nafsu terhadap dunia?"

"Syukurlah tadi jadi something....aku terus dapat elak diri aku dari terjebak benda camtu"

"Aduii, apsal la aku ni bodo sangat...aku dah taknak lagi buat tapi apsal aku buat gak...."

"Susah betul aku nak kawal diri kau dari buat benda tu lagi...."

"Aku tak kira...camne sekali pun aku kena kawal diri aku dari buat benda tu lagi...."





Itulah naluri dan kata hati yang sering bermain dalam benak diri kita semua. Aku yakin tiap-tiap manusia baik yang buruk atau yang elok semuanya akan pernah rasai perasaan camtu. Itulah kelemahan kita sebagai manusia yang bukan maksum. Kita sebenarnya sering alpa dan selalu buat salah. Bila kita tersedar barulah kita menyesal dan berazam taknak buat lagi. Tapi masalahnya masih ramai lagi antara kita yang bila dah bertaubat tapi masih lagi ulang kesilapan yang sama. Maklumlah benda yang dah jadi tabiat dan tak terlampau kalau dikatakan benda yang dah menjadi darah daging kita jadi sememangnya bukan mudah untuk kita membuangnya melainkan dengan keazaman yang tinggi.

Bagaimana untuk kita menguatkan keazaman kita ini? Pulanglah kita kepada Allah S.W.T. Hanya DIA sahajalah tempat untuk kita balik ke pangkal jalan dan mengubah diri kita kepada yang sepatutnya. Kerapkanlah diri kita meminta pertolongan agar kita sentiasa dilindungi dari terjebak semula kepada kegiatan atau dosa lama kita. Perlu diingatkan syaitan akan sentiasa menggoda kita untuk kembali semula melakukan dosa. Apabila kita cuba untuk mengubah diri maka semakin kuat godaan syaitan serta cabaran dan dugaan yang bakal kita lalui. Maka banyakkanlah berdoa dan sentiasa meminta perlindungan kerana kita ini lemah dan sering melakukan kesilapan. Sentiasalah cuba mendekatkan diri kita semua ke arah perkara yang baik dan insyaAllah jika kesemua ini dilakukan dengan penuh keikhlasan maka Allah S.W.T. akan membantu kita kerana sesungguhnya kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-hambanya tiada tandingan dan melebihi segala-galanya. Maka jangan kita sia-siakan peluang ini.

Muhasabahlah diri kita semua setiap masa . . .


No comments:

Post a Comment