Powered By Blogger

Thursday, June 30, 2011

Sejarah Sebenar Melayu

Assalamualaikum...



Sejarah Hilang Angkara British

Berikut ialah penyelidikan dari Indonesia yang saya rasa kita perlu baca untuk mengenali serba sedikit tentang bangsa Melayu Islam yang benar-benar hebat dan pencapaian yang mengkagumkan.. Baca dan pastikan anda faham kerana ia bukanlah sekadar bacaan, ia adalah juga untuk memastikan kita bahawa Melayu sedah berada di Malaysia dari awal lagi dan bukan seperti yang dipelajari melalui buku-buku sejarah Malaysia ciptaan British lakhnat. Siapa yang terus merahsiakan kehebatan Melayu? Fikir dan jawab sendiri.

Sejarah Melayu


Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.

Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan gunung Himalaya, yang mana di dalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat.

Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang mengikut jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja yang bernama Mus, belayar ke timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan beliau bersama rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai Sungai Musi yang bererti Sugai Mus Punya.

Dikatakan bahawa Nabi Ibrahuim a.s., itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s., dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan, sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.

Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai agama bermula dari syari'at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, Kristen dan Islam. Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun. Contohnya, dari segi ilmu senggama, praktik meletakkan kain putih di bawah pengantin perempuan pada malam pertama perkahwinan telah dipraktikkan oleh bangsa Cina dahulukala. Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu senggama Melayu juga mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa India dan Cina. Asal usul seetengah-setengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India, menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari Sri Vijaya, Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi mengembangkan ajarannya, termasuklah bidang persilatan.

Kedatangan Islam menerusi saudagar-saudagar dari Hadratulmaut dan juga pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah dari segi ilmu-ilmu mistik bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa itu yang tebal dengan ilmu mistik bagi memeluk Islam. Pemah dikatakan terjadi pertentangan ilmu antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa yang berakhir dengan kematian Sami tersebut. Wali Sembilan juga dikatakan telah membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk- habuk kayu yang dijadikan tiang menerusi pengetahuan mistik. Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya maka banyak ilmu yang berkaitan dengan perkara ghaib dikaitkan dengan Wali Sembilan walaupun sebenamya mungkin ilmu tersebut berasal dari ajaran Hindu atau Buddha. Saudagar-saudagar yang datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang berasal dari jalinan budaya Hindu, Buddha, Islam dan budaya Arab, Israel, Rom dan Khurasan. Jalinan ini kelihatannya lebih menekankan cara jima' Islam, sedangkan praktik lain seperti ubat-ubatan dan sebagainya mempunyai pengaruh dari agama Hindu serta Buddha...............

Pada zaman awal kehidupan masyarakat Melayu, mereka belum memiliki kemahiran menulis. Semua perhubungan dilakukan dengan cara lisan. Pada waktu itu juga mereka masih menganuti fahaman animisme. Oleh kerana mereka percaya bahawa hantu, jin, jembalang, atau penunggu; maka sesuatu benda yang besar seperti pokok besar, bukit besar, atau apa sahaja benda yang mengagumkan akan mereka sembah. Pada masa inilah kedudukan pawang sangat dihormati.

Pawang, yang pada mulanya mendapat ilmu pengetahuan secara semula jadi itu menjadi tempat bertanya bagi menyelesaikan semua kemusykilan dan meminta ubat bagi orang yang sakit. Bagi keperluan ini, Pawang menggunakan mantera, jampi, atau kata-kata hikmat yang lain dengan bahasa yang teratur, indah, dan berkesan.

Pawang ini kemudian menurunkan ilmunya kepada orang yang paling dipercayainya. Penurunan ilmu ini adalah dengan cara hafaz dan amalan. Biasanya tidak semua ilmu yang dimiliki oleh pawang itu akan diturunkannya kepada muridnya dan ada pula murid yang mahu belajar secara khusus sahaja sehingga timbullah datu (orang yang pandai mengubati orang sakit), dukun (orang yang pandai membuat orang sihat menjadi sakit), dalang (orang yang pandai bercerita), dan kemahiran lainnya.

Di antara kemahiran yang disebutkan di atas, dalang atau pencerita menjadi orang yang terkenal. Ia bebas mengembara ke mana-mana menyebarkan ceritanya. Masyarakat waktu itu memberi layanan yang istimewa kepada pencerita. Di mana sahaja pencerita berada, orang kampung akan berduyun-duyun mendengar cerita yang biasanya berbentuk penglipur lara. Ia kemudian dikenali sebagai pelipur lara.

Pelipur lara yang terkenal bijak ini bukan sahaja menyampaikan ceritanya apabila sampai di sesuatu tempat. Sekali-sekala ia cuba juga menduga kepintaran orang di situ melalui teka-teki. "Satu di antara jenis hasil sastera Melayu yang terawal dan dipercayai terbitnya pada zaman orang Melayu belum memiliki kemahiran menulis, ialah teka-teki. Salah satu teka-teki yang terkenal ialah:

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senanglah hati

Di antara cerita yang paling disukai oleh masyarakat pada masa itu ialah cerita tentang haiwan. Hal ini berkait rapat dengan kehidupan masyarakat yang suka berburu. Para pencerita pula akhirnya memanfaatkan cerita haiwan ini sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran. Dengan kehalusan budi dan bahasanya si pencerita mengisahkan kehidupan haiwan untuk menceritakan hidup dan kehidupan manusia yang sebenarnya. Cara ini sangat berkesan. Orang yang kena sindir tidak marah dan orang lain mendapat teladan. Salah satu cerita yang paling digemari ialah cerita Sang Kancil.

Berkurun-kurun kemudian, pengalaman masyarakat Melayu semakin bertambah. Para cerdik pandainya cuba memikirkan cara untuk merakamkan bahasa mereka. Pengalaman dan pengetahuan mereka tentang alam cukup luas. Oleh yang demikian, mereka mulai menulis dengan meniru cabang, ranting, potongan kayu, dan bentuk sungai. Lama-kelamaan terbentuklah tulisan yang kemudian dinamai sebagai Tulisan Rencong.

Orang Melayu ketika itu menuliskan tulisannya pada kulit kayu, kulit binatang, batang buluh, atau daun lontar. Oleh yang demikian, ia tidak dapat bertahan lama kerana lama-kelamaan bendanya reput, hancur, atau tulisannya hilang. Bagaimanapun, huruf asli Melayu ini diperkirakan lebih awal daripada huruf Kawi dan huruf Wenggi yang ditemui di Nusantara ini terutama di Pulau Jawa.

Orang Melayu yang sejak awal memang sebagai pelaut ulung, telah sampai ke mana-mana. Begitu juga dengan Si Pelipur Lara. Ia telah mendengar cerita yang dibawa oleh penyebar kepercayaan Hindu ke Nusantara ini. Ia pun melengkapkan ceritanya dengan cerita Hindu ini dengan mengubahsuaikan cerita asalnya menjadi corak tempatan. Dengan demikian, semakin berkembanglah kesusasteraan Melayu berbentuk lisan tersebut.

No comments:

Post a Comment