Powered By Blogger

Wednesday, September 05, 2012

Menuju Ke Gerbang Perkahwinan

Assalamualaikum

Wadah ini dihadiahkan kepada pasangan-pasangan yang bercinta dan sudah merancang untuk melepasi satu lagi tahap dalam kehidupan iaitu PERNIKAHAN.



Pernikahan bukanlah maksudnya kita mencari pasangan yang tepat, akan tetapi pernikahan merupakan bagaimana kita menjadi pasangan yang benar-benar tepat. Kata “menjadi” mencerminkan suatu proses pertumbuhan yang harus dijalani oleh kedua pasangan agar mereka boleh menjadi pasangan yang tepat. Apabila setiap pasangan berfikir bahawa mereka menikah kerana telah “menemui” pasangan yang tepat maka apabila ternyata setelah menikah pasangan mereka tidak “tepat” seperti yang mereka harapkan maka mereka akan kecewa dan pernikahan itu akan mengalami banyak kesulitan dan masalah. Dalam pernikahan dituntut komitmen dan keupayaan agar pernikahan itu berjaya. Ada banyak hal yang harus dititik-beratkan pada kedua-dua pihak (lelaki & perempuan) agar “perbezaan” yang ada dapat digunakan sebagai suatu kekuatan demi mewujudkan keluarga yang bahagia dan sejahtera zahir dan batin.

Tujuan Pernikahan

Sebelum memasuki bahtera rumah tangga setiap pasangan harus memikirkan dan membicarakan secara terbuka tujuan pernikahan mereka. Tujuan ini sangat penting karena akan berfungsi sebagai kompas. Pernikahan tanpa didasari suatu tujuan yang ditetapkan secara benar dan berhati-hati akan berlaku seperti sebuah kapal yang tidak tahu pelabuhan mana yang hendak dituju. Akibatnya kapal itu tidak akan dapat ke mana-mana dan hanya diam di tempatnya.

Pengertian Cinta

Ada banyak maksud & pengertian mengenai kata “Cinta”. Ada yang mengatakan bahawa cinta adalah perasaan yang sukar dilukiskan dengan kata-kata. Cinta itu indah, tetapi ia sangat misteri. Cinta itu penuh pengertian di sebaliknya. Cinta lebih sebagai suatu keputusan. Mengapa demikian ? Perasaan yang muncul pada saat 1 –2 tahun pertama masa berkasih-kasihan (couple) itu tidaklah dapat dikatakan sebagai cinta. Karana pada masa ini yang lebih berperanan adalah emosi. Kita hanya melihat hal yang baik saja dari pasangan kita sedangkan hal yang kurang baik kita abaikan. Setelah masa ini dilalui, mulalah kita melihat kekurangan pada diri pasangan kita. Jadi pada ketika inilah, kita memutuskan untuk menerima pasangan kita apa adanya dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk tetap meneruskan hubungan tersebut, itu baru namanya cinta. Cinta dalam bahasa Inggris adalah “love”. Dan dalam bahasa Inggris cinta / to love adalah kata kerja. Di sini kita dituntut untuk aktif melakukan suatu tindakan untuk menyatakan cinta kita pada pasangan kita.

Penerimaan Seutuhnya

Kerana ada 2 individu yang bersatu membentuk rumah tangga maka pasti ada perbezaannya, baik pada perbezaan sikap, pola pemikiran, prinsip hidup, cara pengaturan kewangan, kebiasaan dll. Di sini setiap pasangan diharapkan untuk saling menerima kelebihan dan kekurangan pasangannya. Penerimaan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mempertahankan “status quo”. Maksudnya jangan pernah meminta pasangan anda untuk hanya menerima kelemahan anda. Sedangkan anda tidak mahu berubah. Ini namanya ego. Jika anda menyedari kelemahan anda dan pasangan anda mahu menerima kelemahan ini maka gunakanlah penerimaan ini sebagai suatu batu loncatan untuk meningkatkan diri. Sehingga berkat penerimaan dan bantuan dari pasangan anda apa yang tadinya merupakan suatu kelemahan / kekurangan kini seterusnya telah meningkat menjadi suatu keunggulan anda.

Sikap Selalu Ingin Belajar

Ada hal yang kita tahu dan kita benar-benar tahu. Ada hal yang kita tahu tapi sebenarnya kita tidak tahu. Dan ada hal yang kita tidak tahu dan kita benar-benar tidak tahu. Dan ada juga hal yang kita tidak tahu tapi sebenarnya kita tahu. Semua hal mengenai hidup boleh kita pelajari. Jika anda menemui kesulitan / ujian dalam kehidupan rumah tangga ini merupakan berita yang baik. Mengapa demikian ? Karana hanya dengan menemui masalah dan memecahkan masalah itu anda baru boleh berubah menjadi manusia yang lebih dewasa. Jadi setiap kesulitan / ujian yang anda hadapi sebenarnya menyiapkan anda untuk sesuatu hal yang lebih besar dari apa yang telah anda miliki saat ini. Semakin banyak masalah yang anda hadapi dan atasi maka akan semakin cepat proses pertumbuhan keperibadian anda dan akan semakin cepat proses sinergi antara anda dan pasangan anda.

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."

Friday, August 10, 2012

10 Ogos 2012 = 21 Ramadhan 1433H


Assalamualaikum…

Diam tak diam dah 21 Ramadhan hari ni. Jadi makanya genap 21 hari kita semua Umat Islam berpuasa dan malam ni merupakan malam ke 22 kita bertarawih. Semoga kita semua kekal mendapat kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan baki Ramadhan ni. Ambil peluang yang ada untuk meningkatkan amal ibadat kita di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Tetapi yang paling penting adalah jangan jadi religious hanya di bulan Ramadhan saja tapi kemudian apa pun takde. Inilah lumrah manusia dan sifat inilah yang aku sering perhatikan dalam diri kita semua.

Masjid…

Bercerita pasal masjid apa yang aku perhatikan bermulanya Ramadhan masjid akan jadi sesak dan meriah macam solat Jumaat. Kemudian perlahan-lahan slow dan di penghujung Ramadhan apa yang jadi? ^_^ Sendiri mau ingatlah beb. Sayang kan. Masa Ramadhan bukan main lagi pegi surau, masjid jemaah tapi lepas bis je Ramadhan….Hmm nape jadi macam tu? Malu nak pegi jemaah masa bulan lain? Malas? Itulah sifat kita ni. Membuat sesuatu berlandaskan ‘trend’. Sorry to say but aku rasa ini adalah kebenarannya. Tak perlu susah-susah. Hanya pegi masjid masa raya pertama untuk mana-mana waktu solat wajib. Bukti dan kebenarannya ada di situ. Kemudian selepas beberapa hari lengang.

Bazar Ramadhan...

Masa aku kecik (umur 5, 6 tahun dulu) bazar ni takdela meriah macam sekarang. Ada la jugak orang meniaga di tepi jalan cuma tak meriah macam sekarang sampai diberi istilah bazar. Kalau dah diberi nama bazar maknanya besar dan ramai orang. Tapi dulu tak. Biasa je.Juadah berbuka ni selalunya mak yang masak di rumah. Tapi yela gaya hidup masyarakat dah berubah dan kini orang lebih ramai sibuk bekerja. Berbincang pasal bazar ni trend masa sekarang sampai tapak pasar malam pun dijadikan bazar dan setiap hari peniaga pasar malam yang hakiki dan peniaga musim Ramadhan akan berkumpul berniaga di situ. So faham-faham la masa ni la akan jadi pesta makanan. Macam-macam jenis menu yang ada dan semuanya nampak sedap hehe. Semuanya rasa nak beli tapi finally masa buka nanti lepas kena seteguk dua air dan 2 3 biji kuih sekali dengan bubur sikit dan tersandar sedangkan baki makanan yang dibeli masih banyak lagi. Membazir kan. Tak boleh nak kata apa dah. Bagi aku masa bulan Ramadhan ni orang ramai dan kadang-kadang mungkin jugak aku jadi lebih membazir bila masuk bab pasal nak buka puasa compare dengan bulan lain. So kenalah beringat. Alhamdulillah beberapa tahun belakangan ni aku lebih beringat soal ni. Jadi bila di kampus berbuka di masjid jadi pilihan utama.

Shopping Raya...

Ini merupakan satu perkara yang bagi aku agak menjengkelkan. Bukan tak suka beli baju baru, dapat baju baru. Bergaya di hari lebaran. Tipulah kalau aku cakap aku tak suka. Tapi yang membuatkan aku tak suka adalah sifat boros dan melampau bila shopping raya ni. Cuba korang bayangkan dalam 1 family tu kalau seorang bajet raya adalah sebanyak RM200. Kalau 5 orang? Maknanya RM1000 anggaran satu keluarga. Then darab la dengan let say rakyat Malaysia yang sambut Aidilfitri 15 juta orang. Korang bayangkan berapa billion rakyat Malaysia berhabis untuk sambut raya. Tak salah kalau nak shopping dan memang betul Aidilfitri adalah hari untuk kita bergembira menyambut kemenangan tetapi itu bukan tiket untuk kita melampau dalam tindakan kita. Apa yang aku lihat budaya Hedonisme (Keseronokan dalam tindakan tanpa menghiraukan batasan agama) dah meresap dalam diri kita bila nak sambut raya. Inilah silap kita. Bagi golongan kaya pulak akan menderma masa bulan Ramadhan ni pada fakir miskin dan anak yatim tapi lepas raya?

Sedekah...

Amalan sedekah merupakan suatu yang amat dituntut lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni. One of the best thing about Ramadhan adalah masa bulan ni aku perhati ramai yang suka bersedekah. Bagi makan kat masjid, sedekah duit kat fakir bagus tu. Cuma kalau boleh biarlah konsisten. Tetapi ada suatu perkara yang aku ingin tegur pada diri dan pembaca semua walaupun BENDA NI TAK SALAH DAN AKU TAK KATA ADA ORANG BUAT CUMA ADA ORANG PERNAH BUAT tu je. So jangan salah faham. Bila masuk bab sedekah ni bagus kita sedekah makanan, duit atau apa saja yang bermanfaat. Tetapi ada sesetengah tu (aku tak kata sapa2 ok) bersedekah baki dari yang digunakan. Contoh sorang peniaga kuih kat bazar. Kuih tu tak habis and dia decide nak sedekah kat pelajar tahfiz, pondok…wat ever la. Bukan tak bagus dan tak boleh tetapi cuba fikir kita sedekahkan kepada orang yang bakal mendoakan kita baki dari perkara yang kita taknak. Benda ni tak salah ok. Tetapi adalah lebih baik bila kita nak sedekah tu kita sedekahkan terus bukan dari baki perkara yang kita taknak. Nak sedekah kuih so sedekah yang bukan baki meniaga kita tu lebih baik sebab ni nak bersedekah ni pada orang yang bakal mendoakan kita. Kalau apa yang dikata ni salah aku minta maaf.

In The End...

Apa-apa pun dengan baki Ramadhan yang ada ni kita rebut peluang untuk tingkatkan amalan kita dan biarlah ianya konsisten dan tidak sekadar religious di bulan Ramadhan saja. Why? Sebab dah banyka kali aku tengok orang macam tu. Bagai nak rak ajak orang tarawih siap post kat FB dan macam-macam lagi. Why not tak payah heboh pada orang apa amalan baik yang kita buat. Tu lebih baik kan. Harap jangalah kita jadi macam tu.

Muslimin / Muslimat…..Selamat Berpuasa


‘Antara perkara yang aku suka tentang Ramadhan adalah budaya memberi dan berkongsi makanan sesama umat Islam’ – Fahmi ^_^

Tuesday, August 07, 2012

Mencari Rezeki Atau Mensyukuri Rezeki?


Assalamualaikum...


Terbaca tentang rezeki.. dan terfikir tentang hakikat hidup ini.. 

Kita sepatutnya 'Mencari rezeki' atau 'Mensyukuri rezeki' ?

Rezeki setiap anak Adam telah ditetapkan sejak malaikat meniupkan roh ketika berada di dalam rahim ibu.. Maka hidup kita di dunia ini tidak perlu disibukkan dengan 'mencari rezeki' siang dan malam.. 

Bukan bererti manusia tak perlu berusaha mendapatkan rezeki.. Tapi manusia mesti perhambakan diri kepada Allah yang memberikan rezeki.. Kerana tujuan utama manusia dihidupkan adalah untuk beribadat kepada Allah..

Manusia tidak perlu risau selalu memikirkan tentang rezeki, hidup kita bukan untuk mencari dan mengumpul kesenangan di dunia.. Jangan sesekali berniat pergi bekerja untuk mencari rezeki.. Sepatutnya kita bekerja dengan niat kerana Allah, barulah dikira ibadah.. Dan tidak sesekali pekerjaan kita itu yang memberi rezeki kepada kita.. Allah adalah sumber rezeki bagi makhluk sekalian alam.. 

"Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."(Surah Ibrahim, ayat 7)

Bersyukur dengan rezeki Allah adalah dengan membelanjakannya pada jalan Allah (dikira ibadah kepada Allah).. Kufur nikmat pula adalah membelanjakan harta pada selain dari jalan Allah.. kerana itu Nabi SAW dan para Sahabat bersifat zuhud iaitu mengambil rezeki sekadar perlu selebihnya dibelanjakan pada jalan Allah..

Bila direnungkan sangat berbeza dengan cara hidup umat Islam hari ini.. Harta dikumpul dan disimpan semahu-mahunya.. Digunakan untuk membeli kesenangan dunia yang berlebih-lebihan.. Makan besar, kereta besar, rumah besar dan sebagainya.. Kerana menginginkan kesenangan dan cara hidup mewah telah menyebabkan ramai manusia sibuk 'Mencari rezeki'..

Renungkan balik selama ini kita 'Mencari rezeki' atau 'Mensyukuri rezeki' ?

Kita gunakan FB untuk 'mencari rezeki' atau 'mensyukuri rezeki' ? 

Jangan gunakan FB dengan matlamat untuk mencari keuntungan dunia semata-mata, tapi syukurilah teknologi ini yang memudahkan kita menyumbang sesuatu manfaat pada jalan Allah..

Jangan hanya pos di FB tentang promosi perniagaan semata-mata, tapi utamakanlah pos yang mempromosikan tentang kebesaran Allah dan kebenaran Islam..

Jangan hanya berkongsi di FB tentang peluang melipat gandakan pendapatan kita semata-mata, tapi berkongsilah ilmu Allah yang dapat melipat gandakan pahala kita..

Jangan hanya cenderung menambah kawan FB yang berpotensi mendatangkan pendapatan kepada kita semata-mata, tapi perbanyakkanlah memilih kawan yang dapat mendatangkan kedekatan kita kepada Allah..

Janganlah sibukkan diri 'mencari rezeki' hingga terabai tujuan utama kita diciptakan iaitu sebagai Khalifah untuk mengabdikan diri kepada Allah.. kerana dikhuatiri nikmat yang diperolehi itu bukanlah 'rezeki' yang telah ditetapkan sejak azali lagi, tapi adalah 'Istidraj' di atas kekufuran kita.. Na'uzubillah..

Wallahua'lam..