Assalamualaikum...
Terbaca tentang rezeki.. dan
terfikir tentang hakikat hidup ini..
Kita sepatutnya 'Mencari
rezeki' atau 'Mensyukuri rezeki' ?
Rezeki setiap anak Adam telah
ditetapkan sejak malaikat meniupkan roh ketika berada di dalam rahim ibu.. Maka
hidup kita di dunia ini tidak perlu disibukkan dengan 'mencari rezeki' siang
dan malam..
Bukan bererti manusia tak
perlu berusaha mendapatkan rezeki.. Tapi manusia mesti perhambakan diri kepada
Allah yang memberikan rezeki.. Kerana tujuan utama manusia dihidupkan adalah
untuk beribadat kepada Allah..
Manusia tidak perlu risau
selalu memikirkan tentang rezeki, hidup kita bukan untuk mencari dan mengumpul
kesenangan di dunia.. Jangan sesekali berniat pergi bekerja untuk mencari
rezeki.. Sepatutnya kita bekerja dengan niat kerana Allah, barulah dikira
ibadah.. Dan tidak sesekali pekerjaan kita itu yang memberi rezeki kepada
kita.. Allah adalah sumber rezeki bagi makhluk sekalian alam..
"Jika kamu bersyukur
nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat
pedih."(Surah Ibrahim, ayat 7)
Bersyukur dengan rezeki Allah
adalah dengan membelanjakannya pada jalan Allah (dikira ibadah kepada Allah)..
Kufur nikmat pula adalah membelanjakan harta pada selain dari jalan Allah..
kerana itu Nabi SAW dan para Sahabat bersifat zuhud iaitu mengambil rezeki
sekadar perlu selebihnya dibelanjakan pada jalan Allah..
Bila direnungkan sangat berbeza
dengan cara hidup umat Islam hari ini.. Harta dikumpul dan disimpan
semahu-mahunya.. Digunakan untuk membeli kesenangan dunia yang
berlebih-lebihan.. Makan besar, kereta besar, rumah besar dan sebagainya..
Kerana menginginkan kesenangan dan cara hidup mewah telah menyebabkan ramai
manusia sibuk 'Mencari rezeki'..
Renungkan balik selama ini
kita 'Mencari rezeki' atau 'Mensyukuri rezeki' ?
Kita gunakan FB untuk 'mencari
rezeki' atau 'mensyukuri rezeki' ?
Jangan gunakan FB dengan
matlamat untuk mencari keuntungan dunia semata-mata, tapi syukurilah teknologi
ini yang memudahkan kita menyumbang sesuatu manfaat pada jalan Allah..
Jangan hanya pos di FB tentang
promosi perniagaan semata-mata, tapi utamakanlah pos yang mempromosikan tentang
kebesaran Allah dan kebenaran Islam..
Jangan hanya berkongsi di FB
tentang peluang melipat gandakan pendapatan kita semata-mata, tapi berkongsilah
ilmu Allah yang dapat melipat gandakan pahala kita..
Jangan hanya cenderung
menambah kawan FB yang berpotensi mendatangkan pendapatan kepada kita
semata-mata, tapi perbanyakkanlah memilih kawan yang dapat mendatangkan
kedekatan kita kepada Allah..
Janganlah sibukkan diri
'mencari rezeki' hingga terabai tujuan utama kita diciptakan iaitu sebagai
Khalifah untuk mengabdikan diri kepada Allah.. kerana dikhuatiri nikmat yang
diperolehi itu bukanlah 'rezeki' yang telah ditetapkan sejak azali lagi, tapi
adalah 'Istidraj' di atas kekufuran kita.. Na'uzubillah..
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment