Powered By Blogger

Sunday, August 05, 2012

Ilmu Pengetahuan 1 - Teknologi Augmented Reality

Assalamualaikum...

Untuk post kali ni sayahendak berkongsi berkenaan teknologi terkini yang diberi nama 'Augmented Reality Technology'.

Apa itu AR?

(AR) merupakan salah satu teknologi baru yang boleh digabungkan di dalam sesebuah penceritaan. AR merupakan suatukeadaan di antara alam realiti dan alam maya (Hafiza & Halimah, 2009). Ia menambah baik persekitaran nyata bukan menggantikan dengan persekitaran baru.

AR adalah variasi kepada persekitaran maya. AR melibatkan interaksi, kandungan maya, persekitaran sebenar, penceritaan digital dan imaginasi. Ini memberi pengalaman belajar yang baru kepada pelajar pemulihan (nampaknya AR ini boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas dan pemulihan kalau dibangunkan ^_^). AR bukan merupakan aplikasi tunggal, ia menggunakan komputer, kamera web atau paparan head-mounted untuk menyokong fungsinya.Penyelidikan mengenai AR dan pendidikan banyak dijalankan di negara-negara barat. Di sini saya lampirkan beberapa kajian lepas yang menggunakan teknologi AR dalam pendidikan:


Augmented Reality and Rigid Body Simulation For Edutainment (Buchanan, P., Seichetr, H., Billinghurst, M., Grasset, R., 2008)

- Membangunkan toolkit untuk menghubungkan dunia nyata dan maya (AR) menggunakan simulasi badan. Kajian ini membangunkan permainan untuk menerangkan chain reaction dan physical contraptions berasaskan belajar sambil bermain (belajar sambil bermain ini merupakan kajian saya untuk tesis ijazah sarjana muda ^_^)

Edutainment with a Mixed Reality Book: A visually augmented illustrative childrens' book (Raphael Grasset et. al, 2008)


- Buku yang telah diterbitkan digunakan untuk menambahkan kesan teknologi realiti campuran.

Supporting Low Ability Readers with Interactive Augmented Reality (Dunser, 2008)

- Mengaji bagaimana kesan AR interaktif terhadap kanak-kanak yang kurang kepandaian (ini amat berguna juga untuk pendidikan khas ^_^)

Ada banyak lagi maklumat yang boleh diperoleh dan salah satu jurnal yang mungkin boleh membantu adalah di link ini :

http://ipgmkdri.academia.edu/AneptMalek/Papers/747485/REKA_BENTUK_DAN_PEMBANGUNAN_PENCERITAAN_DIGITAL_DAN_TEKNOLOGI_REALITI_TAMBAHAN_AUGMENTED_REALITY_UNTUK_MEMBANTU_

Yang menariknya gajet terbaru dari Sony (PS VITA) aduiii nak sangat beli gajet ni ^_^ turut menggunakan teknologi AR. Boleh tengok di link ini

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=90Lp5T2joZ8

Bukan saja untuk permainan dan pendidikan tetapi juga banyak manfaat dari penggunaan teknologi AR ni. Sebagai contoh sebuah kedai perabot memerlukan ruang yang besar untuk mempamerkan produk terbaru mereka. Dengan menggunakan AR ini, setiap produk yang ingin dipamerkan tidak perlu dipasang perabot tetapi boleh melihat produk melalui alat terbantu AR dengan hanya meletakkan ‘marker’ sahaja. Bidang-bidang lain seperti perhotelan, perubatan, pengangkutan malah pertanian boleh mendapat manfaat melalui perkembangan teknologi ini.

http://www.youtube.com/watch?v=tnRJaHZH9lo&feature=player_embedded




Kenapa tiba-tiba saya berminat mempelajari pengetahuan mengenai AR? Kerana saya pernah terbayangkan jika suatu masa nanti saya mampu berkolaborasi dengan mereka yang arif dalam bidang ini untuk merekabentuk suatu produk interaktif pendidikan yang sesuai untuk golongan berkeperluan khas bermasalah pembelajaran untuk belajar direka. Sedih bila mengenangkan mereka ini adakalanya agak terpinggir dan terabai hak mereka untuk mempelajari sesuatu atas alasan kekurangupayaan mental mereka. Moga impian ini tercapai. InsyaAllah


No comments:

Post a Comment