Assalamualaikum…
Diam tak diam dah 21 Ramadhan hari ni. Jadi makanya genap 21
hari kita semua Umat Islam berpuasa dan malam ni merupakan malam ke 22 kita
bertarawih. Semoga kita semua kekal mendapat kekuatan dan kesihatan yang baik
untuk meneruskan baki Ramadhan ni. Ambil peluang yang ada untuk meningkatkan
amal ibadat kita di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Tetapi yang paling
penting adalah jangan jadi religious hanya di bulan Ramadhan saja tapi kemudian
apa pun takde. Inilah lumrah manusia dan sifat inilah yang aku sering
perhatikan dalam diri kita semua.
Masjid…
Bercerita pasal masjid apa yang aku perhatikan bermulanya
Ramadhan masjid akan jadi sesak dan meriah macam solat Jumaat. Kemudian
perlahan-lahan slow dan di penghujung Ramadhan apa yang jadi? ^_^ Sendiri mau
ingatlah beb. Sayang kan. Masa Ramadhan bukan main lagi pegi surau, masjid
jemaah tapi lepas bis je Ramadhan….Hmm nape jadi macam tu? Malu nak pegi jemaah
masa bulan lain? Malas? Itulah sifat kita ni. Membuat sesuatu berlandaskan ‘trend’.
Sorry to say but aku rasa ini adalah kebenarannya. Tak perlu susah-susah. Hanya
pegi masjid masa raya pertama untuk mana-mana waktu solat wajib. Bukti dan
kebenarannya ada di situ. Kemudian selepas beberapa hari lengang.
Bazar Ramadhan...
Masa aku kecik (umur 5, 6 tahun dulu) bazar ni takdela
meriah macam sekarang. Ada la jugak orang meniaga di tepi jalan cuma tak meriah
macam sekarang sampai diberi istilah bazar. Kalau dah diberi nama bazar
maknanya besar dan ramai orang. Tapi dulu tak. Biasa je.Juadah berbuka ni
selalunya mak yang masak di rumah. Tapi yela gaya hidup masyarakat dah berubah
dan kini orang lebih ramai sibuk bekerja. Berbincang pasal bazar ni trend masa sekarang
sampai tapak pasar malam pun dijadikan bazar dan setiap hari peniaga pasar
malam yang hakiki dan peniaga musim Ramadhan akan berkumpul berniaga di situ.
So faham-faham la masa ni la akan jadi pesta makanan. Macam-macam jenis menu
yang ada dan semuanya nampak sedap hehe. Semuanya rasa nak beli tapi finally
masa buka nanti lepas kena seteguk dua air dan 2 3 biji kuih sekali dengan
bubur sikit dan tersandar sedangkan baki makanan yang dibeli masih banyak lagi.
Membazir kan. Tak boleh nak kata apa dah. Bagi aku masa bulan Ramadhan ni orang
ramai dan kadang-kadang mungkin jugak aku jadi lebih membazir bila masuk bab
pasal nak buka puasa compare dengan bulan lain. So kenalah beringat.
Alhamdulillah beberapa tahun belakangan ni aku lebih beringat soal ni. Jadi
bila di kampus berbuka di masjid jadi pilihan utama.
Shopping Raya...
Ini merupakan satu perkara yang bagi aku agak menjengkelkan.
Bukan tak suka beli baju baru, dapat baju baru. Bergaya di hari lebaran.
Tipulah kalau aku cakap aku tak suka. Tapi yang membuatkan aku tak suka adalah
sifat boros dan melampau bila shopping raya ni. Cuba korang bayangkan dalam 1
family tu kalau seorang bajet raya adalah sebanyak RM200. Kalau 5 orang? Maknanya
RM1000 anggaran satu keluarga. Then darab la dengan let say rakyat Malaysia yang
sambut Aidilfitri 15 juta orang. Korang bayangkan berapa billion rakyat
Malaysia berhabis untuk sambut raya. Tak salah kalau nak shopping dan memang
betul Aidilfitri adalah hari untuk kita bergembira menyambut kemenangan tetapi
itu bukan tiket untuk kita melampau dalam tindakan kita. Apa yang aku lihat
budaya Hedonisme (Keseronokan dalam tindakan tanpa menghiraukan batasan agama)
dah meresap dalam diri kita bila nak sambut raya. Inilah silap kita. Bagi
golongan kaya pulak akan menderma masa bulan Ramadhan ni pada fakir miskin dan
anak yatim tapi lepas raya?
Sedekah...
Amalan sedekah merupakan suatu yang amat dituntut
lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni. One of the best thing about Ramadhan
adalah masa bulan ni aku perhati ramai yang suka bersedekah. Bagi makan kat
masjid, sedekah duit kat fakir bagus tu. Cuma kalau boleh biarlah konsisten. Tetapi
ada suatu perkara yang aku ingin tegur pada diri dan pembaca semua walaupun BENDA
NI TAK SALAH DAN AKU TAK KATA ADA ORANG BUAT CUMA ADA ORANG PERNAH BUAT tu je.
So jangan salah faham. Bila masuk bab sedekah ni bagus kita sedekah makanan,
duit atau apa saja yang bermanfaat. Tetapi ada sesetengah tu (aku tak kata
sapa2 ok) bersedekah baki dari yang digunakan. Contoh sorang peniaga kuih kat bazar.
Kuih tu tak habis and dia decide nak sedekah kat pelajar tahfiz, pondok…wat
ever la. Bukan tak bagus dan tak boleh tetapi cuba fikir kita sedekahkan kepada
orang yang bakal mendoakan kita baki dari perkara yang kita taknak. Benda ni
tak salah ok. Tetapi adalah lebih baik bila kita nak sedekah tu kita sedekahkan
terus bukan dari baki perkara yang kita taknak. Nak sedekah kuih so sedekah
yang bukan baki meniaga kita tu lebih baik sebab ni nak bersedekah ni pada
orang yang bakal mendoakan kita. Kalau apa yang dikata ni salah aku minta maaf.
In The End...
Apa-apa pun dengan baki Ramadhan yang ada ni kita rebut
peluang untuk tingkatkan amalan kita dan biarlah ianya konsisten dan tidak
sekadar religious di bulan Ramadhan saja. Why? Sebab dah banyka kali aku tengok
orang macam tu. Bagai nak rak ajak orang tarawih siap post kat FB dan
macam-macam lagi. Why not tak payah heboh pada orang apa amalan baik yang kita
buat. Tu lebih baik kan. Harap jangalah kita jadi macam tu.
Muslimin / Muslimat…..Selamat Berpuasa
‘Antara perkara
yang aku suka tentang Ramadhan adalah budaya memberi dan berkongsi makanan sesama
umat Islam’ – Fahmi ^_^
No comments:
Post a Comment