Assalamualaikum…
Alhamdulillah…syukur pada Allah S.W.T.
- - Hari ini genap usia aku 26
tahun
- - Hari ini secara sah dan
rasmi aku bakal bergraduasi
Macam tak percaya dah habis rupanya pengajian aku kat UKM.
Dari 2008 sampai sekarang 2012….4 tahun. Sekejap pulak rasa walaupun hakikatnya
kadang-kadang aku rasa lama. Tapi apa pun sekarang semuanya dah berakhir.
Tunggu konvo je bulan 10 ni atau lebih tepatnya pada 23 Oktober 2012 bersamaan
hari Selasa. Konvokesyen kali kedua untuk aku selepas yang pertama (Diploma)
pada 18 Ogos 2007.
Kalau boleh aku nak sangat ‘A’ dating ke konvo aku…kalau
bolehlah ^_^. Bukan apa niat hati ni nak raikan bukan saja dengan family tapi
dengan yang teristimewa. Terima kasih untuk segala sokongan dan inspirasi yang
telah diberi selama ini. Diri ini amat menghargainya.
Tapi walau apa pun perjalanan selepas ini lebih mencabar.
Posting adalah sasaran utama dan doaku semoga kami tidak perlu menunggu lama
untuk panggilan temuduga dan semoga kami semua dapat melepasi temuduga dan
mendapat penempatan guru sebelum pertengahan tahun hadapan. Lagi awal lagi
bagus…insyaAllah dengan berkat doa semua orang yang rapat dalam hidup ini ianya
bakal direalisasikan.
'Kemanisan sebuah perjuangan mungkin lambat dikecapi tetapi
ianya sentiasa menanti'
No comments:
Post a Comment