Powered By Blogger

Thursday, March 31, 2011

Malaysia Kini

Assalamualaikum...

Agak lama saya menyepi kerana tugasan-tugasan kuliah yang perlu disiapkan. Alhamdulillah dah banyak yang selesai tapi masih banyak lagi yang menanti hehe sabar jelah. Saya akan siapkan satu demi satu sebelum exam menjelma....11 April akan datang adalah paper pertama exam. Hope semua berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Emm dalam bulan ni banyak peristiwa yang menggegarkan kita semua. Awal bulan ni kita digegarkan dengan tragedi tsunami di Jepun dan ianya berlarutan dan membawa kepada tragedi letupan reaktor nuklear. Hampir seluruh Jepun dilanda musibah. Ramai yang melarikan diri ke luar negara, ramai yang kerugian, ramai yang kehilangan nyawa, tempat tinggal dan insan yang tersayang. Tapi walau bagaimanapun semangat dan ketabahan rakat Jepun harus kita jadikan contoh. Saya melihat di dada akhbar bagaimana tabahnya orang Jepun. Tatkala berada di pusat keselamatan mereka hidup dalam keadaan yang cukup tertib. Mereka tidak berebut mendapatkan bantuan makanan, peralatan dan sebagainya. Tidak seperti rakyat negara lain. Sikap ini perlu dicontohi. Berdasarkan pengalaman lepas saya yakin mereka akan bangkit dengan cepat.

Dalam seminggu dua ini perhatian rakyat beralih ke kes video seks yang dikatakan membabitkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Habis segala perhatian kita menuju ke kes itu. Segala kisah lain diabaikan dan ada diantara kita yang seolah-olah lupa tentang masalah negara seperti harga barangan yang mahal, kemungkinan kenaikan harga minyak, kos hidup yang makin membebankan, masalah pengangguran dan macam-macam lagi. Semuanya gara-gara kes video ini. Yang peliknya kes video ini timbul sempena dengan PR Sarawak tidak lama lagi dan juga PRU yang rasanya tidak lama pun lagi.

Hakikatnya saya dah naik bosan dengan kisah sebegini. Pemimpin kita sebenarnya terlalu kuat berpolitik. Pentingkan kuasa, pangkat sedangkan rakyat sebenarnya menderita. Apa yang mereka fikirkan di hati mereka itu? Entahlah sukar untuk diungkapkan. Masing-masing dengan alasan tersendiri. Saya bukanlah hendak berpihak kepada mana-mana pihak tetapi di sini apa yang saya lihat seolah-olah Dato Seri Anwar Ibrahim ni tiada yang elok semuanya buruk sahaja. Manakala bagi pemimpin kerajaan seolah-olah semuanya betul. Dunia akhir zaman.....

Simple to say.....jangan kita terlalu percayakan media di kita. Fikir dengan sedalamnya dalam menilai sesuatu isu. Banyakkan mencari info dari pelbagai sumber dan bukan dari 1 paksi sahaja. Takut berlaku fitnah kita yang menanggung dosa. Dalam hal ini saya tidak mahu menuduh siapa betul siapa salah. Akan tetapi apa yang ingin saya katakan di sini, sedarlah wahai pemimpin akan nasib rakyat marhein. Jangan terlalu leka dengan berpolitik sehingga lupakan kami semua, kelak nanti binasa dan merana diri.

No comments:

Post a Comment