Powered By Blogger

Wednesday, April 13, 2011

Kata Semangat 1 Malaysia....Tapi

Assalamualaikum...

2 paper dah lepas. Tadi pagi dan juga dua hari lepas. Next paper lagi 5 hari. Ada banyak gap so kena gunakan masa dengan baik untuk study dan siapkan baki tugasan yang tertangguh. Mudah mudahan saya akan terus rajin untuk siapkan semua (nak taknak kena siapkan jugak ok).

Ok untuk post kali ini saya nak story sikit tentang 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh PM kita sekarang Pak Jib. First mari kita lihat dulu apa dia sebenarnya 1 Malaysia ni dan matlamat dia...



Hakikat Gagasan 1Malaysia
  • Gagasan 1 Malaysia menganjurkan nilai-nilai yang mampu membantu mengukuhkan perpaduan nasional . Nilai-nilai ‘inclusive’ diterapkan dalam masyarakat Malaysia dalam membina sebuah nation-state atau sebuah negara Malaysia. 
  • Gagasan 1 Malaysia menganjurkan budaya hidup  bahawa walaupun agama, budaya, cara hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia berbeza-beza, mereka  perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif  “Malaysian”. 
  • Gagasan 1 Malaysia menekankan  pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara. 
  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan malah menyuburkan cara hidup harmonis antara kaum. Setiap anggota dalam masyarakat  berbilang kaum perlu menganggap dirinya sebagai seorang  ahli dalam satu  keluarga besar ‘keluarga Malaysia’. 
    Persoalan:
  • Persoalannya, ada yang beranggapan bahawa Gagasan 1 Malaysia member i hak sama rata kepada rakyat pelbagai kaum dan mendakwa kaum Melayu,Cina ,India dan kaum lain setaraf dari segi Perlembagaan. Sekiranya 1 Malaysia melaungkan perinsip semua kaum adalah sama rata dan penting bagi kerajaan , kenapakah dasar kedudukan keistimewaan  kaum bumiputra masih diteruskan? Kenapa kaum bumiputra dibeli kemudahan khas dalam bidang pendidikan, lesen, perjawatan dalam sektor kerajaan?
     Jawapannya:
  • Gagasan 1 Malaysia adalah bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.  Perlembagaan Malaysia adalah merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Perlembagaan Malaysia pula merupakan satu dokumen yang mengandungi semua perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh semua kaum semasa negara mencapai kemerdekaan (kontrak sosial).
  •  Tidak dapat dinafikan bahawa menurut Perlembagaan Malaysia, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8)  dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang, kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan Malaysia.  Dalam konteks ini, Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia  memberi  hak yang terasas kepada golongan Bumiputra (orang Melayu).
  • Perkara 153,  sambil  menjamin kedudukan keistimewaan kepada kaum bumiputra, ia juga memelihara kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan ini. Kerajaan tidak menghalang atau sekat kemajuan mana-mana kumpulan masyarakat atas dasar kaum atau etnik.
  •  Perkara-perkara  yang tersebut dalam Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan sokongan majoriti 2/3 dalam parlimen.Namun, beberapa Perkara penting, terutamnya  Perkara 153, tidak mudah dipinda kerana ianya perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja. 

Sumber dari :

http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/27-what-non-malay-newspapers-said/381-apa-matlamat-sebenar-gagasan-1malaysia-.html

Ok baik the main point yang saya faham dari konsep 1 Malaysia ini adalah 'perpaduan kaum'. Itu rumusan utama saya. Persoalan dalam diri saya pula kat sini adalah sejauh mana perpaduan kaum antara kita semua ini terjalin baik sebelum atau selepas wujud 1 Malaysia?

Kita selalu kata yang perpaduan antara kaum ini penting. Pihak kerajaan dari dulu sampai sekarang pun kata benda yang sama tapi masalahnya di sini adalah saya lihat perpaduan antara kaum ini makin teruk dan tak macam dulu. Kita ambil contoh di IPTA dulu. Kalau di sini berapa ramai antara pelajar-pelajar di sini yang 'kamceng' dengan kawan-kawan yang berlainan bangsa dan agama? Saya lihat baik sesama kita Melayu, Cina, India atau lain-lain semuanya berkawan dan ada kawan baik dari golongan bangsa dan agama yang sama. Pergilah tengok di semua IPTA di Malaysia ini. Saya yakin hampir semua macam tu. Baik nak pergi kelas, enjoy, makan, semuanya akan pergi dengan kelompok masing-masing. Ada sekali tu saya makan semeja dengan seorang amoi di kafe kolej. Semua orang tak kiralah Melayu ke Cina ke India ke apa-apa ke semua tengok pelik. Saya sendiri pun sampai rasa tak selesa nak makan dan akhirnya makanan yang saya makan tu saya rasa takde 'feel'. Mana silapnya?

Saya dibesarkan dan sekolah dengan suasana saya bercampur dengan ramai kawan dari golongan Cina dan India. Saya masih ingat nama rakan-rakan ni seperti Anand, Haribalan, Alwynia, Kenny, Ganesh dan ramai lagi. Cuma masa di sekolah menengah tak ramai sebab sekolah saya tu takde student dari bangsa lain melainkan Melayu. Kalau lain sikit pun mamak tapi still dalam kategori Melayu kan. Tapi kenapa bila saya masuk IPT saya tak nampak keadaan macam masa saya di sekolah dulu? Saya ada rakan-rakan kelas dari bangsa lain Cina dan India. Tapi realitinya walaupun saya tegur diorang, sometimes buat joke, usik tapi 'feel' yang saya dapat compare dengan masa saya bergaul dengan kawan-kawan bangsa selain Melayu masa di sekolah dulu cukup lain sangat-sangat. Masa saya kerja part time cuti kolej dulu, saya boleh rapat dan keluar makan sama-sama dengan kawan-kawan dari bangsa lain. Sebelum masuk IPTA saya memang rapat dengan supervisor saya yang berketurunan India (Kristian), nama dia Vincent. Masih contact kadang-kadang and kalau pergi balik ke tempat kerja lama akan jumpa and tegur dia. Kami boleh share macam-macam story. Kawan-kawan lain pun still ada tapi ramai dah yang lost contact especially kawan-kawan masa kerja dulu (kawan-kawan selain Melayu). Suasana ni saya tak dapat masa di IPTA sekarang.

Dari pengalaman dan pemerhatian saya, student yang dari sekolah kebangsaan yang ada rakan-rakan bangsa lain dan rapat tak kekok untuk bercampur dengan kawan-kawan bangsa lain tak kiralah baik Melayu, Cina atau India. Contoh seorang rakan dari bangsa Cina yang pernah ada dan rapat dengan kawan Melayu waktu sekolah dulu takkan rasa kekok dan boleh campur and rapat dengan rakan Melayu. Macam tu jugak sebaliknya. Di sini saya perhatikan hampir semua student-student IPTA ni tak boleh buat macam ni.

Kalau anda perasan dari kita semua sekolah lagi banyak usaha pihak kerajaan cuba buat untuk kuatkan perpaduan kaum. Sampaikan dalam buku teks nama-nama macam Ali, Ah Chong, Ramasamy mesti ada dan ditunjukkan mereka ini 3 sekawan yang cukup rapat. But now? mana ada dah 3 sekawan macam tu. Terlalu susah nak jumpa. Sorry to say but bagi orang Melayu yang membesar dalam suasana yang memang tak ramai kawan bangsa lain ini akan cukup susah nak rapat dengan kawan bangsa lain. Kalau dah macam tu macam manalah agaknya nanti kalau ditakdirkan kena kerja sama-sama dalam satu tempat. How? Macam tu jugak dengan kawan-kawan bangsa lain. Akan menghadapi masalah yang sama. Trust me benda ni memang selalu berlaku dan saya pernah lihat dan rasakan sendiri bila kawan bukan Melayu yang saya cuba nak berkawan rasa berat nak berkawan dengan saya.

Mungkin persekitaran ini yang paling penting untuk kita atasi masalah ini. Macam saya, arwah nenek saya adalah seorang Cina mualaf dan masih ada lagi di kalangan keluarga arwah yang masih lagi hidup dan juga saling berjumpa bila ada perayaan macam Hari Raya Aidilfitri atau Chinese New Year. Saya dibesarkan di Penang dan sekarang pindah ke negeri asal, Perak di Ipoh dimana suasana persekitaran saya ramai Melayu, Cina dan India. Benda ini bagi saya main peranan penting.

Tapi macam mana pun paling penting adalah sikap keterbukaan dan mentaliti individu itu sendiri untuk adapt benda ini. Saya yakin anda semua sedar yang perpaduan kaum antara kita kini dah makin rapuh. Gagasan 1 Malaysia dah diwujudkan tapi masih tak nampak lagi perkembangan positif yang ketara dari segi perpaduan kaum ini. Tengok benda yang simple iaitu filem. Kalau dalam filem 'Gila-Gila Remaja' yang famous sekitar tahun 1986 dulu tu kita boleh lihat kukuh dan akrab satu hubungan persahabatan antara Roy dengan rakan-rakan dia yang berbilang bangsa (tak ingat nama kawan-kawan Roy tu). Macam tu jugak dengan filem-filem lama macam 'Do Re Mi' yang turut ada tunjukkan watak-watak dari berbilang kaum (ceti kutip hutang dalam filem tu). Tapi filem-filem sekarang ada? Mungkin ada mungkin tak. Fikirkan sendiri. Cuma yang asaya boleh katakan di sini perpaduan dan ikatan masyarakat kita yang berbilang kaum pada zaman itu jauh lebih akrab dan rapat berbanding kini.

Saya ingin katakan di sini idea Gagasan 1 Malaysia ni ada baiknya dari segi matlamat untuk kukuhkan perpaduan kaum tapi malangnya keadaan perpaduan kaum pada masa kini adalah cukup teruk dan makin teruk. Tidak ada lagi kesan positif yang dicapai. Sebaliknya isu ini sering dipolitikkan. Memang kena akui yang pemimpin kita semua ini terlalu kuat berpolitik sampai perkara-perkara asas dalam mengukuhkan sesebuah negara tu tak boleh nak diselesaikan. Mungkin ini kesan dari politik perkauman yang diamalkan pada masa kini. Sebagai contoh ayat macam 'undi kaum....mempengaruhi kemenangan....dalam PRK.....bla...bla..bla'. Tak banyak sikit pun benda ini akan mempengaruhi dan sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan....so fikirkan....

No comments:

Post a Comment