Belek punya belek tengok-tengok adalah satu news dari sumber http://upsikini.blogspot.com/ yang aku kira sedikit sebanyak telah melegakan aku dan mungkin jugak graduan-graduan dan mahasiswa-mahasiswa pendidikan di seluruh negara. Aku harap perkara ini akan menjadi kenyataan dan semoga semua graduan ISMP di seluruh IPTA/IPTS di Malaysia ni akan dapat posting. Bila korang semua dah posting maka aku dan rakan-rakan serta junior2 yang lain akan totally lega dan ini sedikit sebanyak akan menaikkan semula moral kami. InsyaAllah sama-sama kita doakan. Apa pun perjuangan menuntut hak penempatan guru mesti diteruskan sampai berjaya.
"Dalam proses, ambilan dibuat Januari"-Naib Canselor
Tanjong Malim, 24 Nov - Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa menyatakan bahawa pengambilan graduan pendidikan dalam proses dan akan dibuat pada bulan Januari tahun hadapan.
Menurut beliau ketika dihubungi UPSIkini, "saya dimaklumkan borang permohonan sedang diproses SPP. Pengambilan atau interview akan dibuat pada bulan Januari tahun hadapan", jelasnya.
Walau bagaimanapun, beliau turut mengatakan bahawa tempat dan orang yang lebih tepat untuk dirujuk ialah SPP dan pengarahnya Tan Sri Dr. Zulkarnain sekiranya ingin mengetahui tarikh yang sebenar.
Katanya " biasanya jika kita mencari kerja kita bertanya kepada majikan."
Oleh itu, beliau mencadangkan agar graduan pendidikan terus bertanya kepada pihak yang lebih mengetahui tentang hal tersebut iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP).
Sumber :
http://upsikini.blogspot.com/2011/11/dalam-proses-ambilan-dibuat-januari.html
Sumber :
http://upsikini.blogspot.com/2011/11/naib-canselor-tak-perlu-lagi-insak.html
No comments:
Post a Comment