Powered By Blogger

Sunday, June 24, 2012

Jika Masa Boleh Kembali...

Assalamualaikum...



Sedih aku bila melihat post aku termasuk post untuk ibu aku didelete oleh....takpelah dia mungkin gatal tangan agaknya, maklumlah nakal budak katakan. Aku maafkan sahaja dia. Thanks pada yang bagitau...dah takdir

Banyak pengalaman dan pengajaran yang telah aku peroleh sepanjang sebulan yang penuh dengan dugaan ini. Syukurlah aku masih lagi mempunyai kekuatan untuk menempuhinya. Mungkin ini yang ditentukan oleh Allah untuk aku sebagai :

a. Satu pengajaran untuk mematangkan diri
b. Pembersihan/balasan kesilapan lampau sama ada sedar atau tidak
c. Menguji sejauh mana kesabaran aku
d. Menguji sejauh mana sayang yang aku selalu ungkapkan dalam diri untuk diri, keluarga dan juga W
e. Sebagai petunjuk untuk aku

Apa pun yang bakal berlaku selepas ini aku hanya mampu sandarkan pada Allah. Aku sedar aku ini hanyalah insan biasa. Tidak punya harta, rupa dan kemewahan. Apa yang ada?....hmm biarlah orang lain yang menentukannya.

Ternyata keputusan aku untuk pulang ke ipoh merupakan suatu keputusan yang tepat. Hati ini rasa hendak sangat-sangat bertemu dengan orang tua ku. Rasa rindu, risau semuanya ada. Rupanya betul ibuku kurang sihat. Namun dia masih lagi mampu gagahkan diri menemani anak bujangnya untuk mendengar sendiri kata hati dan pengalaman anak bujangnya. Air mata mak menitis namun itu lumrah kerna sifat ibuku yang sememangnya cukup lembut dan mudah tersentuh. Semalam merupakan antara hari yang paling tidak akan aku lupakan. Ibu memberi semangat, pesanan dan dorongan pada aku dalam menghadapi masalah ini. Ibu bersyukur kerana selama ini pada ibu aku merupakan anak yang baik secara keseluruhannya. Walaupun tidak dinafikan banyak kelemahan diri ini tapi bagi ibu, aku tetap anak yang baik kerana sanggup untuk sabar dan memahami keadaan keluarga. Air mata ini menitis...Apa pun ibu restui jika W adalah pilihanku cuma pesan ibu...biarlah aku sendiri yang mengetahuinya

Hari ini abah pula mendengar kata hati ini. Aku telah berjanji untuk menceritakan kepadanya. Ternyata abah juga seperti ibu. Segala yang dipesan oleh abah akan menjadi pegangan untukku. Bagi abah dia tidak kisah jika W menjadi pilihanku cuma apa yang perlu baginya adalah aku dan W mesti saling menerima 1 sama lain sepenuhnya. Masing-masing kena jujur dengan diri sendiri dan pasangan. Dari situ barulah keluarga kedua belah pihak perlu diperkenalkan. Ternyata memang benar abah juga mengatakan sebagaimana pendapat aku bahawa dalam hal memilih pasangan memang jodoh itu menjadi ketentuan. Tapi faktor keluarga pasangan juga memain peranan penting. Itu yang perlu aku dan W pelajari bukan sekadar berkasih antara kami. Kelemahan kami berdua juga perlu dikaji dan diperbaiki. Tapi pada akhirnya abah kata jika pasangan tu saling jujur, setia maka insyaAllah ianya akan mampu kearah yang lebih baik. Segala mainan emosi mesti diketepikan. Aku akan terus berdoa. Walaubagaimanapun ini adalah dugaan. Aku tahu walaupun dalam diri ini masih lagi terkejut dengan petunjuk dan gerak hati ku yang mengatakan W sebenarnya mempunyai seseorang yang lebih dicintainya berbanding aku tapi apa yang dihadapi ini aku terima dengan pasrah. Aku jauhkan diri dari dia kerana aku hendak memberi dia masa untuk berfikir sedalamnya. Dan aku mengharapkan agar dia terus berdoa dan memohon petunjuk untuk membuat pilihan. Jika aku yang dipilih aku terima baik buruknya dengan seadanya dan aku juga mengharapkan dia begitu. Jika tidak aku redha. Kenapa aku buat begitu? Jika 1000 kali W bertanya kepada ku nescaya aku akan menjawab aku cintakan dia. Tiada keraguan untuk itu. Tetapi bagaimana dengan dia? Walau apa pun bagi aku W seorang yang sangat baik dan dia sentiasa ada di dalam hatiku...di tempat yang cukup istimewa dalam hati ini. Aku akan terus memberinya masa.

Tatkala aku membelek album lama, aku terjumpa gambar-gambar ini. Ini adalah 'harta' yang tidak ternilai dalam diriku. Inilah pengalamanku. Dan jika W melihat warkah nurani ini...inilah wajah-wajahku :



Kenangan manis...W di depan ku


Gambar paling awal....ketika berumur setahun...Kem Bakri Batu 6 Muar, Johor



 Masa umur setahun...dengan abah... :)



Mak suruh 'dancing' time ni haha....


5 tahun...kat zoo negara KL...ni la pertama kali dalam hidup pegi zoo negara..skali ni je pun. Sebelah tu dengan sepupu aku azam 


 Dan pindah Penang waktu ni. 1992. 'Konvo' Tadika Kemas Jalan Patani...hehe...


 Masa baru-baru pindah penang tahun 1992. Dengan adik...irwan dia lahir 2 bulan lepas kami pindah ke sini. 


1993...Dengan mak. Masa ni darjah 1. Dapat hadiah nombor 1 hehe....Sek Keb. Kampong Jawa...

Dengan melihat kembali gambar-gambar lama ni ia membawa aku mengimbau kenangan lama aku. Kalaulah aku boleh kembali ke saat ini...

Walau apa pun hidup mesti terus









No comments:

Post a Comment