Assalamualaikum…
Hmm….sudah agak lama aku menyepi dari laman cetusan hati
ini. Komitmen aku terhadap tugasan baru ini menyebabkan aku agak sibuk
belakangan ini. Tapi walau bagaimanapun aku tetap akan mencuri masa yang ada
untuk terus merungkai isi hati ini.
Alhamdulillah aku telah pun menamatkan praktikal dan tesis
aku dengan jayanya. Kini sedang menanti keputusan di mana ianya akan dapat diketahui
menjelang 1 OGOS 2012. Mudah mudahan apa yang bakal aku perolehi nanti adalah
yang baik-baik sahaja. InsyaAllah.
Posting….
Ini merupakan suatu igauan dan ianya bakal menjadi suatu
penantian yang sukar untuk dijawab melainkan dengan bersandarkan pada doa dan
harapan agar ianya dapat direalisasikan dengan secepat yang mungkin. Pada
jangkaan aku jika tiada aral melintang pada tahun hadapan sama ada awal ataupun
paling lambat pertengahan tahun hadapan aku bersama-sama rakan akan dapat
penempatan guru. Semoga doa kami semua dimakbulkan. Cukuplah selama ini aku
menanti dan sanggup menukar bidang dengan risiko mengambil masa yang lebih lama
untuk mendapatkan ijazah dengan harapan untuk mendapat peluang yang lebih baik.
InsyaAllah…apa yang boleh aku sandarkan kini hanya padaMU ya Allah.
Sementara menanti posting aku kini bekerja secara kontrak di
sebuah organisasi yang mempunyai perkaitan dengan Kerajaan Negeri Perak.
Organisasi ini membuat banyak program dalam membantu golongan sasar yang
terdapat di negeri ini. Sudah hampir dua minggu aku di sini. Masih lagi
menyesuaikan diri dan dalam masa yang sama masih lagi buntu dengan tugas yang
aku lakukan. Mengapa masih lagi buntu?
Hal ini disebabkan oleh aku diletakkan dibawah jabatan baru
dimana hampir keseluruhan perancangan, rangka kerja, proses dan perjalanan
kerja digerakkan oleh aku sendiri. Aku merupakan satu-satunya staf di bahagian
ini. Dibantu dan dibimbing oleh seorang eksekutif yang mana dia sendiri pun
sudah mempunyai banyak bebanan tugas yang lain. So aku ini diharapkan untuk
memegang tugasan ini secara sendirian dan dia hanya akan membantu bila aku
memerlukan. Aku sendiri pun agak sukar untuk sering bertanya kepada dia kerana
dia sendiri pun sudah dibebani dengan pelbagai program. Jadi tugas aku…..pandai-pandailah
bawak diri. Bos aku pula merupakan seorang yang baginya segalanya mudah dan dia
meletakkan segala tanggungjawab tugas kepada aku seorang. Agak rumit kerana aku
tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini dan aku sendiri tidak menyangka aku
akan mendapat tugas ini. Memang 100% lari dari bidang aku. Tak mengapalah aku
terima saja sementara mendapatkan peluang yang lebih baik walaupun hakikatnya
setiap hari aku bekerja dalam keadaan aku sendiri tidak tahu apa yang aku
lakukan dan apa hala tujunya. Memang aku tak minat dengan tugasan kini bukan
memilih tetapi aku masih lagi tidak faham dengan apa yang aku buat dalam
keadaan aku sendiri tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Alangkah
baiknya kalau seorang lagi staf yang berpengalaman dapat ditambah.
Sekurang-kurangnya dapat juga aku bekerjasama dan meminta pandangan.
A…
Setiap hari aku memikirkan A. Detik hati ini sering
merindukannya. Facebook dia sering menjadi tatapanku. Setiap hari doa dan
Al-Fatihah ditujukan kepadanya disamping mak dan abah dengan harapan moga
A…Diampunkan dosa
A…Dirahmati Allah
A…Dimurahkan rezeki
Entahlah apalah penghujung kepada kisah ini. Jujur aku katakan
setiap hari aku risau, takut dan gelisah memikirkan kesudahan kisah ini. Doa
tidak putus-putus aku ungkapkan agar biarlah kisah ini berakhir dengan
kegembiraan dan bukannya kedukaan. Jodoh di tangan Allah dan kita sebagai
hambaNYA hanya mampu berusaha, mengharap dan bertawakal agar biarlah apa yang
diharapkan menjadi kenyataan. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi.
Itulah hakikatnya bukan mudah untuk seseorang itu hendak menuju ke’baitul qura’
atau dalam bahasa mudahnya mendirikan masjid. Kerana apa? Kerana syaitan itu
sendiri akan mencari jalan dan berusaha sehabisnya untuk menghalang penyatuan
cucu dan cicit Adam dan Hawa. Bila mana penyatuan ini berjaya maka menangislah
syaitan itu. Inilah yang diberitahu oleh seorang sahabat aku sendiri. Masih
lagi teringat pertemuan aku dengan sahabat aku ini pada suatu petang jumaat
ketika praktikal masih lagi berbaki beberapa minggu. Aku amat menghormatinya
kerana banyak ilmu berkenaan agama dan hidup aku dapat pelajari dari dia. Aku
menangis di hadapannya dan mengadu berkenaan perihal aku ini. Selama ini aku
tak pernah rasa sebegini dan aku bersungguh-sungguh untuk menjadikan A sebagai
pasangan aku dunia dan akhirat. Sahabat aku menenangkan aku dan memberikan
beberapa pandangan dan nasihat. Apa yang kami bincangkan tidak perlulah aku
rungkaikan lebih mendalam. Biarlah hanya aku dan dia sahaja yang mengetahuinya.
Tetapi itulah hanya doa pada Allah sahaja yang menjadi harapan pada aku kini.
Dalam masa yang sama aku agak risau bagaimanakah penerimaan
keluarganya terhadap aku? Penerimaan orang tuanya terhadap aku dan yang paling
penting penerimaannya sendiri terhadap aku?.........entahlah. Bila masanya tiba
nanti aku akan berhadapan dengan semua ini dengan hati yang terbuka. Aku sudah
tanamkan dalam diri bahawa aku sanggup menerima dirinya, baik buruknya dengan
seadanya. Harap dia juga begitu…perkara ini amat merumitkan dan walau apa pun
setiap dari kita perlu menghadapinya tidak kiralah siapa pilihan kita.
Apa yang pasti Al-Fatihah dan doa yang terbaik aku tujukan
kepada A. Aku sedar aku ini tidak punya apa. Kadang-kadang terbit rasa rendah
diri bila berbicara dengannya. Oleh itu doa dan Al-Fatihah aku sedekahkan
kepadanya agar hidupnya diberkati olehMU Ya Allah. Itu yang mampu aku lakukan
untuk masa ini. Apa yang harapkan adalah keikhlasan dan komitmen yang
berterusan. Jika ada sedikit pun jadilah.
Apa yang paling penting moga Allah restui dan redhai
hubungan ini….amin
No comments:
Post a Comment