Powered By Blogger

Monday, August 29, 2011

Dah 54 Tahun Rupenyer...


Merdeka...

1 ungkapan keramat yang diimpikan setiap hidupan di dunia
1 ungkapan yang menggambarkan kebebasan hakiki
1 ungkapan penyatuan semua penghuni bumi

Itulah antara makna kemerdekaan bagi kita semua….

31 Ogos 1957 tarikh keramat di mana Tanah Melayu disepakati mencapai kemerdekaan dengan izin British. Sejarah telah membuktikan bahawa kita telah dijajah sejak runtuhnya empayar kesultanan Melayu Melaka lebih 500 tahun dulu. Portugis, British, Jepun....dan macam-macam lagi semua ni dah jajah kita...adik-adik kena tau semua ni

Tapi sejauh mana kemerdekaan tu amat bermakna buat diri kita?
Sekadar dapat gantung jalur gemilang di rumah, kereta, motosikal mau pun traktor?
Sekadar dapat rumah, kereta, kawen dengan gadis/janda idaman, dapat kerja yang berincome tinggi?
Sekadar dapat pergi kemana-mana dengan bebas dan buat ape yang kite suke?
Tu jer?

Bagi aku kemerdekaan tu hanya dapat dikecapi bila semua insan dan hidupan dapat berkongsi nikmat kehidupan, kekayaan, dan kebebasan mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa sebarang diskriminasi. Tapi sayangnya aku masih tak nampak semua tu berlaku di depan mata aku.

Mungkin korang akan kata aku ni tak tau bersyukur, tak reti dek untung, tamak, penyokong pakatan rakyat dan macam-macam lagi. Well tu korang punya pasal. Kalaulah dengan sekadar luahkan apa yang aku rasa dalam rumah aku ni aku dianggap begitu maknanya betullah kita ni semua masih belum menikmati kemerdekaan yang sejati.

Tiap tahun bila kita sambut merdeka ratusan juta kita abiskan dengan hanya tengok bom di langit. Time tu berduyun-duyun anak-anak muda akan pergi bergonjeng dengan couple masing-masing pergi berkumpul di tempat-tempat letupan untuk tengok konsert dan bom. Membuat countdown sebelum tengok bom dan kemudian bersorak kegembiraan. Lepas tu blah dari situ untuk buat aktiviti masing-masing. Ade yang pergi kelab, race, main game dan bersenggama. Sampah dari diorang ni bersepah-sepah di mana akhirnya pakcik dan makcik perbandaran akan pegi kutip esok paginya. Seumur hidup aku sekali jer aku penah pegi tengok bom ni tu pun dengan family aku. Aku berhimpit-himpit dengan ribuan orang dan pas abis event bom semua blah camtu jer. Dalam pada berhimpit tu banyaklah couple-couple yang separa bersenggama yang aku tengok depan mata aku. Well merdeka kan. Pastu masa balik time lalu di sekitar Jalan Penang ramai mat salleh minum beer, champagne baling-baling botol tengah jalan dan mabuk-mabuk. Sejak tu aku da taknak lagi pegi tengok event bom ni sebab ianya membuang masa aku. Kita terlalu banyak sangat berhibur dalam buat sesuatu event sampai tak sedar apa sebenarnya yang kita buat ataupun buat-buat tak sedar. Botol-botol yang dibuang tu apa yang jadi? Dikutip oleh nyonya dan apek yang aku perhatikan dah uzur dan patut rest je di rumah tapi sebab nak dapatkan sesuap nasi diorang kutip jugak botol-botol tu. Nyonya dan apek tu dengan bermuka simpati tapi tak dapat sebarang simpati pun dari sape-sape kat situ. Ni merdeka yang kita laungkan tiap-tiap tahun?
 
Tu baru kes nyonya dan apek. Belum lagi kira dengan kes-kes mualaf yang tak dapat bantuan, kes orang miskin kat kampung yang selalu ade anak OKU atau berpenyakit kronik yang tak dapat bantuan dan yang terbaru walaupun sebenarnya dah lama kes orang Islam dapat bantuan dari gereja. Korang nak salahkan diorang gak sebab dapat bantuan gereja? Mana pegi duit pusat zakat yang aku percaya dah cecah berbillion ringgit tu? Lagi satu tiap tahun aku tengok bila pusat zakat ni bagi bantuan balik-balik beras, sardinn, susu. Kalu ok sikit tu adelah baju ngan basikal. Aku rasa tak setimpal benda-benda tu dengan yang patutnya korang bagi kat diorang ni. Ini kemerdekaan yang sejati? Kekayaan negara hanya dikawal oleh golongan tertentu jer. Then bila jadi camni korang kata gejala murtad dah mula menular dan nak tunjuk hero selamatkan akidah dan selamatkan keislaman diorang. Piirah...mana keislaman korang kalau agihan bantuan zakat tu pun boleh dipertikaikan oleh ramai orang. Benda murtad ni dah lama dan mufti Perak story. Dia penah cadangkan satu akta untuk benda ni. Penah korang amik pot? Masa dia banyak bagi ceramah, kuliah kat masjid pasal gejala murtad yang dah mula susa nak dikawal 4 5 tahun sudah penah korang amik peduli? Takde pun...

Nak jadi citer benda ni jadi kat Selangor maka korang sibuklah salahkan kerajaan negeri sebab hal-hal berkaitan agama ni adalah dibawah kuasa kerajaan negeri dan bukan pusat. Jangan ingat aku sokong PR pasal aku tulis benda ni. Yang pusat zakat negeri ni pun satu hal apsal la banyak sangat birokrasi orang nak dapatkan bantuan zakat. Takkan tiap kali nak mintak zakat kene pakai surat sokongan ahli parlimen baru korang nak bagi? Berapa banyak orang Islam kita yang kesempitan duit untuk sambung belajar, nak hidup, nak dapatkan rawatan, belanja harian. Jadi bila pihak gereja bagi korang ingat diorang yang terdesak ni nak tolak? Salahkan diri kita beb. Lagi satu gereja pun ada banyak duit dan boleh bagi offer yang lagi best dari pusat zakat sedangkan pusat zakat punya duit yang cukup banyak seperti yang kita tau logik ke tak? Lagi satu nape kita tak pernah didedahkan dengan jumlah kutipan zakat negeri? Aku cadangkan benda ni didedahkan kat umum untuk kebaikan semua.

Dari sudut pemikiran pulak kita sebenarnya tak lagi merdeka. Benda yang simple macam bahasa pun kita tak boleh nak kawal dengan baik. Sedar atau tak kita sebenarnya lebih mengagungkan bahasa luar dari bahasa kita sendiri. Masa PPSMI digubal dan dimulakan aku sendiri tengok macam mana seksanya anak-anak melayu terutama yang miskin ni belajar sains dengan matematik dalam BI. Sedangkan cikgu yang mengajar pun merangkak-rangkak BI dan terpaksa mintak tolong dengan cikgu lain yang fasih BI apatah lagi budak-budak ni. Korang jangan tengok dari sudut budak bandar yang memang kebanyakan boleh BI walaupun tak semua fasih. Macam aku jugak. Walaupun duduk bandar tapi BI aku takde hebat mana dan aku sendiri  pun tak suka kalu sesuatu ilmu tu diajar dalam keadaan yang menyusahkan.  Kalau korang tengok Indonesia rakyat diorang lebih utamakan bahasa Indonesia berbanding bahasa lain dan sebab tu kalu korang cari rujukan kat internet korang akan jumpa rujukan kajian diorang lagi banyak dari kita. Korang jangan menganjing orang yang tak reti BI ni sebab mat salleh sendiri pun tak cakap baku dalam bahasa diorang tu dan diorang sendiri pun ada loghat tersendiri. Macam kita jugak yang belajar BM dalam baku tapi tak pernah pun nak guna dalam baku. Bab rebranding nama pulak yang terbaru Puduraya ditukar ke Pudu Sentral. Hebat sangat ke nama ‘Sentral’ tu? Dah takde jatidiri lagi ke dalam diri kita ni? Kenapa kita tak boleh tiru Thailand dan Jepun di mana rakyat diorang amat mengagungkan bahasa diorang sendiri dan sanggup offer biasiswa untuk rakyat luar belajar di negara diorang dengan target nak kembangkan bahasa diorang macam yang Jepun buat.

Tabiat kita yang suka meniru apa yang orang lain buat menunjukkan kita ni sebenarnya masih lagi dijajah. Kalau meniru untuk kebaikan takpelah jugak ni meniru benda yang takde pekdah. Yang heran aku tengok orang kita ni bila sorang tu meniru gaya dan penampilan Rasulullah SAW (sunnah) orang tu kita tengok sangat pelik. Orang pakai serban, berjambang, korang tengok pelik. Orang yang tiru K-Pop tu korang kata hebat. Alahai....

Tabiat kita lagi satu pulak adalah mengukur kemerdekaan dari sudut kemajuan pembangunan. Jangan tipulah dulu masa aku kecik bila dengar orang nak sambut merdeka aku akan terpikir nak tengok kereta terbang sebab waktu tu kita mengejar wawasan 2020 yang mana aku yakin ramai antara kita dah lupa wawasan 2020 kan. Tapi kalau dah sampai menggondolkan gunung, bukit, mencemarkan sungai, laut yang mana akibatnya banyak hidupan mati korang ingat tu merdeka yang sejati ker? Alam ni bukan dihuni oleh kita jer tapi semua makhluk lain. Ini amanah kita waktu dilantik jadi khalifah. Kita jangan wat lupa pulak. 

Ok sekarang yang paling teruk dan merosakkan adalah perpecahan di kalangan kita. Dah la bangsa kita ni dah makin kurang bergaul dengan bangsa lain (korang boleh tengok benda ni dari sistem persekolahan kita) sekarang kita sesama melayu ni pulak dah makin teruk berpecah. Sejarah tak pernah menipu. Kita dijajah dulu sebab kita berpecah selain dari rasuah. 2 benda ni adalah virus yang boleh merosakkan negara kita. Kalau jadi something yang teruk lah kat negara kita apa kita nak buat? Pak-pak menteri korang jangan risaulah diorang dah fly pegi negara lain. Kita? Fikirkan benda ni dalam-dalam.sampai bila kita nak berpecah. dalam hal ni aku perati pemimpin kita tak sibuk dan tak sungguh-sungguh nak atasi benda ni. Maklum jela dalam pikiran masing-masing nakkan kuasa jer.

Aku percaya kalaulah kita secara bersama dapat bersatu untuk baiki negara kita dalam hal-hal yang aku sebut kat atas ni maka kita secara bersama sebenarnya dah buat sesuatu yang terbaik untuk negara kita. Mungkin tak semua antara kita termasuk aku yang mampu untuk jana pendapatan negara, panjat gunung Everest, berenang kat Selat Inggeris atau pegi latihan angkasawan (dah senyap kan benda ni) tapi kalau kita buat sekadar yang mampu aku rasa itu dah memadai asalkan niatnya ikhlas. Penyatuan Melayu secara total bersama bangsa lain akan dapat memajukan negara kita. Realitinya perkara ni tak berlaku sangat. Contoh kalau kat sekolah melayu hanya bercampur sesamm melayu. Mcam tu jugak dengan Cina dan India. Jarang kita dapat nampak kat sekolah ketiga-tiga bangsa ni dan jugak yang lain makan di satu meja dan benda ni berlarutan sampai kat universiti. 

Sedarlah makin hari makin teruk perpecahan sesama kita  orang Melayu sedangkan bangsa lain makin menuju kemajuan. Kalau korang tengok orang Cina sendiri sebenarnya lebih mengutamakan kemajuan bangsa diorang dan kesannya diorang tak bergaduh teruk dalam politik macam kita orang Melayu. Kenapa kita tak boleh tiru diorang? Diorang boleh meniaga dalam satu astaka yang besar tanpa santau menyantau tapi kita? Kita dan pemimpin kita lagi satu terlalu sibuk berpolitik sampai kita lupa perkara-perkara yang aku sebut kat atas tu walhal kalau kita tengok bangsa Cina sebenarnya lebih banyak buat benda-benda yang aku sebut kat atas tu especially bab utamakan bahasa, memulihara alam dan sumbangan bantuan kewangan kat golongan diorang yang susah. Sebab tu dalam rancangan bersamu TV3 tak ramai orang miskin dari bangsa diorang ni yang kuar dalam citer tu. Orang kita ni kebanyakan nakkan glemer je lebih dalam tindakan yang diambil dan pentingkan diri sendiri dan sanggup jatuhkan orang lain untuk kepentingan diri tambah-tambah ahli politik. Maklum je la benda dah tertanam dalam budaya dan diri kita sejak kecik. Tak pecaya korang tengok orang main congkak, kena tikam untuk dapatkan buah guli. Lagi banyak lagi hebat. Main wau pulak sapu gam kaca kat benang then gesel pada wau lain bagi putus. Main guli pulak kena tikam baru dapat rampas guli tu. Betulkan….sungguh ironi.

Salam kemerdekaan ke 54. Moga Allah lindungi kita semua amin

No comments:

Post a Comment