Sama-samalah kita renungkan...khas untuk diriku dan anda semua...
Terawih awal ramadhan
Terawih hujung ramadhan
'Menjadi soleh/solehah' tika ramadhan menjelma
Masuk je bulan lain dah jadi jahat balik or lebih jahat lagi
Malu ke masjid/surau di bulan lain
Tapi tidak di bulan ramadhan walhal solat berjemaah ni dituntut sepanjang masa dan tidak bulan ramadhan sahaja
Berpuasa yang mengambil masa kira-kira 13 jam (waktu malaysia ok) mampu dilaksanakan
Tapi solat yang amik masa tak sampai 10 minit berat dilakukan sedangkan keutamaan solat adalah lebih tinggi dari berpuasa
Lebih giat melatih anak/budak kecik berpuasa dengan memberikan galakan seperti duit raya, makanan berbuka yang best dll
Tapi tidak pulak untuk solat
Sesetengah orang hanya giat beribadat menjelang 10 ramadhan terakhir
Tapi di awal ramadhan rilek jer....or kadang-kadang tak buat apa pun
Tiap kali nak berbuka puasa berniat untuk mendapatkan menu berbuka yang hebat-hebat seolah-olah nak qada tak dapat makan sepanjang siang tadi
Tapi Tuhan suruh kita puasa ni salah satunya untuk kita ingat yang ramai lagi umat manusia yang tak dapat/ susah makan kat luar sana
Penat tika berpuasa
Penat balik lepas berbuka (emmm???)
Pakcik2 dan makcik2 yang meniaga kat bazar menjual makanan dengan harga mega yang kadang kala adalah di luar batasan kotak pemikiran kita walhal bulan ramadhan kita digalakkan lebih banyak berbuat kebaikan
10 terakhir ramadhan umat manusia akan memenuhi shopping complex, downtown
Berbanding masjid/surau
Masuk hujung ramadhan dalam kepala dah sibuk pikir nak segala-geala serba serbi semua baru sedangkan yang tahun lepas kadang-kadang pakai 2 3 kali jer
Tak terpikir ke macam mana nasib orang susah kat luar sana
Bagi golongan berada pula sibuk nak bersedekah kat anak yatim di bulan ramadhan sahaja
Dan tidak masuk 'pot' di bulan lain
No comments:
Post a Comment