Powered By Blogger

Saturday, August 27, 2011

Tsunami Aidilfitri

Assalamualaikum...

InsyaAllah kalau takde apa2 hal maka jadila kita semua umat Islam di Malaysia ni akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos 2011 (Selasa) bergantung pada  kajian dan perkiraan hisab serta kedudukan anak bulan Syawal. So aku nak wish salam aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia moga kita dirahmati olehNYA insyaAllah...

Back to the topics...Apa yang aku lihat tiap-tiap tahun bila lagi seminggu nak raya kita semua akan mula sibuk buat persiapan raya. Golongan student cam aku ni seminggu sebelum tu atau lagi awal dah mula sibuk cari tiket bas/keretapi untuk balik kampung. Lagi seminggu nak raya akan sibuk cari baju raya. Benda ni dah mula diamalkan sejak aku sekolah lagi. Namun sejak 3 4 tahun ni aku dah mula rasa kurang nak sambut raya. Bagi aku menyambut puasa ramadhan adalah lebih membahagiakan berbanding menyambut raya.

Sebabnya tiap kali raya aku perhatikan ramai antara kita ni dah mula lupa apa yang dilatih dan mula diamalkan di bulan ramadhan ni yakni berjimat cermat walaupun taklah semua amalkannya. Semangat berkobar-kobar nakkan semuanya serba serbi baru baik dari pakaian sampailah biskut raya nakkan menu yang baru dan canggih. Baik dari kenderaan sampailah perabot semuanya kalau boleh nakkan yang baru. Akibatnya berlakulah pembaziran. Masing-masing nak menang dan nampak hebat dengan frasa 'Raya Setahun Sekali Jer' menjadi pedoman. Kemudian bila raya dah habis maka ramailah diantara kita ni yang mula resah, risau sebab nak cover balik duit yang dah habis dibelanjakan ataupun nak bayar balik hutang akibat raya yang baru disambut tu. Time nak raya ni toksah cakaplah, surau masjid yang tinggal cuma kariah wajib jer. Muka-muka lain dah takde dah dan yang plan nak datang masjid, surau tu dah mula jadi hangat-hangat tahi ayam. Emm tu lah kita kan.

Pernah tak korang terpikir berapa agak-agak purata bajet belanja raya untuk seorang insan di Malaysia ni? Untuk belanja raya ni kita kira lumpsum la 1 family paling kurang pun 800. Purata 1 family dalam 4 orang so 800 untuk 4 orang maka sorang bajet 200. Kat Malaysia ni mungkin Melayu adalah lebih kurang 15 juta orang maklumlah kaum majoriti. Berapa banyak family dari jumlah tu? ok kita kira sorang 200. So 15 juta darab dengan 200 maka jadilah 3000 000 000 (3 billion). Tapi aku percaya jumlah 200 sorang tu sebenarnya sikit dan kemungkinan besar adalah lebih dari tu. Imagine lebih dari 3 billion dibelanjakan oleh kita semua untuk sambutan raya ni.

Kesemua ni berpunca dari budaya konsumerisme yang melanda bukan saja masyarakat kita malah semua manusia di seluurh dunia. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia konsumerisme bererti “faham atau gaya hidup yang menganggap barang-barang sebagai ukuran kebahagiaan”. Sementara Oxford Paperback Dictionary Thesaurus pula mentakrifkan consumerisme sebagai “keasyikan masyarakat membeli-belah”.

“Tabiat konsumerisme” seperti itulah yang memperdayakan kita untuk berbelanja secara membuta-tuli atau membazir. Menggalakkan kita membeli barang-barang berharga mahal walaupun tidak memerlukannya, terlalu sering makan makanan segera yang dalam jangka panjang menjejaskan kesihatan. Atau minum kopi dan bersantai di restoran mahal semata-mata Kad kredit dan budaya konsumerisme kerana hendak bergaya.

So para pemodal kapitalis ni akan amik peluang ni untuk up profit masing-masing dengan berpegang pada konsep ni. Maklumla budaya kita untuk menyambut raya. Masa ni lah semuanya akan berhabisan tanpa sedar dan para pemodal kapitalis ni akan buat pelbagai jualan untuk meningkatkan profit diorang. Budaya konsumerisme ni telah menular di dalam sanubari dan minda kita semua. Contohnya golongan remaja sekarang yang nakkan gadjet terkini dan canggih, pakaian yang fesyennya up to date dan jugak branded. Ini yang dikejar oleh diorang. Termasuk jugak golongan berkerjaya yang nakkan kereta, rumah, perabot yang sesuai dengan status masing-masing. Kita tak sedar perkara ni sebenarnya menular di dalam diri kita. Dalam kata mudah lagi besar duit lagi besar belanja/hutang.

Bagi barangan basah macam ayam, daging, sayuran, santan yang dikatakan mempunyai harga kawalan tapi masih lagi melambung harga bila menjelang raya. Anda kena ingat pemodal kapitalis sebenarnya yang mengusai ekonomi kita dan diorang ni sangat-sangat berpegang dengan prinsip untung mesti dimaksimumkan. Diorang kesah apa dengan warning pak-pak menteri sedangkan cukai negara diorang yang lagi banyak sumbangkan. Maka bila tiba raya atau puasa permintaan pengguna kat barangan-barangan ni akan naik so harganya mesti naik. Ni prinsip dan teori ekonomi yang diajar barat. Tak caya bukak buku ekonomi.

Sambutan raya ni sebenarnya dah jadi sambutan budaya dan tiap-tipa perayaan ada budaya sambutan masing-masing. Jadi bila budaya konsumerisme ni ditanam dalam diri kita sejak dulu maka ianya akan menjadi budaya masyarakat kita. Drama-drama melayu pasal sikap jiran-jiran berlawan konon untuk menunjukkan dia paling hebat dari segi persiapan raya dah beratus-ratus kali disiar kat tv...emm ni contohnya. Kesannya family-family yang miskin dihimpit tekanan dari jiran-jiran yang menayangkan kehebatan sambutan raya diorang maka dah tentulah diorang pun nak taknak terpaksa gak sediakan seberapa boleh yang baru untuk family diorang.  Tapi kita tak amik pusing hal ni dan jadikannya sebagai hiburan semata-mata. Jadi apa ertinya sesuatu perayaan itu diraikan dan disambut bila dalam diri anak-anak tu sendiri bersalam cium tangan, pipi semata-mata nakkan duit raya dan bukan sebab nakkan kemaafan dan mengeratkan silaturahim? Orang-orang yang pegi beraya nak tengok menu biskut, tv baru, perabot baru, fesyen pakaian baru dan bukan dengan niat nak menziarahi, bermaafan dan mengeratkan silaturahim. Dalam minda kita semuanya nakkan yang baru dan tanpa kita sedar/separa sedar kelengkapan raya kita yang sebelum ni banyak yang masih elok dan kadang-kadang nampak baru sebab jarang digunakan.



Konsumerisme ni jugak merebak dengan media. Bila mana dalam berita pak-pak menteri suruh kita berjimat tapi dia sendiri pun bergaya bagai nak rak. Then pastu iklan kat tv especially waktu perdana (8.00 - 9.00 malam) banyak promote jualan selain iklan pasal produk tu sendiri. It its a marketing strategy. Kita kena tau benda-benda ni. 

Akibatnya bila mana raya dah habis maka kita akan lihat ramai diantara kita yang termenung jauh mengenangkan  belanja yang dah banyak habis termasuk gak duit simpanan kita. Budaya konsumerisme di US jauh lagi teruk berbanding kita yang mana aku percaya lebih dari 20 billion US dollar habis bila krismas :

In 2003, Americans spent an average of $835 on holiday gifts. As Myvesta.org points out, many spend "out of proportion" to their income. The result is one helluva fiscal headache for consumers when their credit card bills arrive. - Yahoo Answers

Dalam konteks agama kita, Islam amat-amat membenci tabiat membazir. Tak caya baca ni :

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" – (Surah Al-Isra, 27).

Jadi selepas sebulan kita berpuasa :

Adakah kita sanggup melihat amal kebaikan kita sia-sia seperti habuk yang ditiup angin?

Adakah kita benar-benar menghayati ramadhan kita?

Tepuk dada tanya diri.....

Setiap 3 saat - seorang akan mati kerana kekurangan zat makanan. Kita membeli lauk pauk Hari Raya tetapi makanan yang ada habis dibuang ke tong sampah.

Sama-sama renungkan dan istighfar....




No comments:

Post a Comment