Powered By Blogger

Wednesday, August 10, 2011

When LONDON Burned

Assalamualaikum...





















                                                                         Sumber gambar dari : Huffington Post , Daily Mail dan BBC


Antara fakta dari rusuhan ini :

  • Ia berlaku selepas satu perarakan secara aman diadakan ke balai polis di Tottenham bagi membantah kematian seorang penumpang teksi yang ditembak mati polis dalam satu kejadian berbalas tembakan Khamis lalu (Pemandu tu nama dia Mark Duggan).
  • Kekacauan yang berlaku di Tottenham, utara London tercetus selepas seorang lelaki terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis.
  • Beberapa buah kereta peronda polis dan sebuah bas dua tingkat dibakar ketika beratus-ratus perusuh mengamuk di pekarangan balai polis di Tottenham High Road.
  • Perusuh memecah masuk kedai-kedai di High Road melalui tingkap sebelum dilihat menolak troli yang penuh dengan muatan barangan curi.
  • Kawasan London Tengah sering menyaksikan demonstrasi oleh golongan pelajar dan kesatuan pekerja dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi kekacauan terbaru ini merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam masa bertahun-tahun di kawasan pinggir bandar.


Kesannya pelajar Malaysia (Asyraf Haziq) turut menerima tempiasnya.....


Ringkasan dari aku : Semua ni berpunca dari kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat di mana diorang kini berhutang bertrillion US Dollar. Bila mana ekonomi diorang mengalami kejatuhan maka banyaklah negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan diorang ni turut menerima kesannya. So walaupun UK suatu masa dulu adalah kuasa besar dunia namun kini mereka hanyalah 'balachi' kepada US so  ekonomi diorang kini sedang menuju kehancuran. Begitu juga dengan Sepanyol, Greece (dah bangkrap), Itali, Portugal dan banyak lagi negara eropah lain. Jadi kesan ini juga akan turut dirasai oleh negara-negara membangun macam kita juga.

"Kemiskinan telah mula mencengkam maka kemudian timbul kemarahan dari masyarakat dunia yang memberontak dan ini semua berlaku kerana korupsi yang melanda setiap negara di dunia. Bila mana kekayaan hanya dinikmati oleh golongan elit sedangkan golongan bawahan ditindas maka jangan terkejut jika dunia akan berperang sekali lagi." - MFMY

No comments:

Post a Comment